Wednesday, 31 August 2016

Salam Merdeka

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Sempena 59 tahun merdeka tahun ni, dapat spend masa dengan family tersayang.. Saat-saat yang paling penting kan.. Tak terlibat dengan aktiviti kemerdekaan jadi, alhamdulillah.. Bukan tak nak terlibat tapi sebab masa bersama keluarga tu tak banyak, so syukur lah untuk hari ni.. Salam Merdeka semua.. Semoga Malaysia terus aman selamanya macam sebelum-sebelum ni, hari ni dan esok esok.. Insyaallah..



Balik je masing-masing dari kerja, wife ambil anak-anak kat nursery, terus kemas-kemas, sediakan makanan anak-anak, sediakan diri dan bertolak balik kampung di Machang.. Tidur semalaman di rumah Ma Abah Eraz.. Alhamdulillah.. Bangun pagi-pagi, temankan Ma ke pasar borong untuk beli bahan mentah dan barang dapur.. Zara ikut sekali tapi bukan Adam sebab risau dia tangkap ikan-ikan dalam bekas.. Hehe..

By the way, petang ni kena balik awal sikit sebab nak ke Stokis DeXandra untuk re-stock perfume.. Semua tu order dari agent dropship dan pelanggan.. Alhamdulillah.. Punca rezeki kedua kami.. Ada yang berminat nak join dropship under #TeamErazFadli? Margin keuntungan sangat tinggi dan sama-sama kita berkongsi rezeki yang ada.. Boleh SMS/Whatsapp 0179773382 untuk pertanyaan detail ok.. Untuk tempahan perfume pun, boleh SMS/Whatsapp 0179773382 juga..


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.