Monday, 1 August 2016

Happy 3rd birthday, Zara Faleesya

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. 25 Julai baru ni genap umur 3 tahun untuk anak sulung kami, Zara Faleesya.. Alhamdulillah.. Puteri sulung yang kami duk nanti-nanti selama 2 tahun selepas kahwin ni dah genap berumur 3 tahun.. Kalau nak ikutkan perkembangan Zara, alhamdulillah semua nampaknya macam ok.. Disebabkan semua ok, bermula tahun 2017, kami akan hantar Zara ke salah satu tadika di Kota Bharu ni.. Alhamdulillah dah book tempat, cuma tinggal nak daftar je la nanti..


Disebabkan tahun terakhir di nursery yang mana Zara sudah duduk situ bermula umur 3 bulan lagi, so kami decide nak celebrate birthday Zara di nursery bersama kawan-kawan Zara.. Eraz memang apply cuti ganti pada hari tu tetapi Mamanya minta off untuk 3 jam khas untuk Zara.. Beberapa sebelum tu memang dah bagitau Zara yang nak tiup kek di nursery.. So nampak la dia excited..


Kek memang di tempah oleh Mama Zara beberapa hari sebelum tu.. Disebabkan kesukaan Zara salah satunya ialah Minions, so kami decide nak tempah kek minions la.. Senang tempah dengan orang yang kami biasa sebab mereka boleh buat delivery terus ke nursery.. Tak perlu kami pergi ambil.. Dan alhamdulillah, citarasa kek tu dari segi rupa dan rasa memang sedap.. Puas hati bila tengok budak-budak semua makan..


Selain kek, kami sediakan juga goodies bag pada semua kawan-kawan Zara di nursery.. Memang rancang dah lama tapi sempat keluar membeli belah semua yang diperlukan tu pada malam sebelum tu je.. Tak banyak pun.. Beli goodies bag dan 4 barang yang kami letakkan dalam tu.. Semuanya yang sesuai untuk kanak-kanak.. Balik je malam lepas beli tu, tidurkan Adam supaya tak kacau kami sediakan, terus mulakan operasi.. Zara la paling excited tolong..


Lebih kurang dalam pukul 9.45 pagi, sampai je nursery, setup meja sikit, alas sikit, susun goodies bag, letak kek, pasang lilin, terus mula la.. Risau lewat kang, terganggu masa budak-budak berehat.. Adam join sekali sebab satu nursery.. Tahun depan duk sorang-sorang la Adam tanpa kakak Zara.. Lepas je makan-makan dan kami nak balik, ajar Zara bagikan goodies bag kepada semua kawan-kawan dia.. Alhamdulillah..

2 comments:

  1. omaigad. lamanya tinggal dunia blog haha zara dah besar dah. dulu masa aktif berblog zara baru ja lahir hehe. happy birthday zara.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.