Wednesday, 3 August 2016

5 Tips Renovasi Rumah Untuk Bakal Ibu Bapa

5 Tips Renovasi Rumah Untuk Bakal Ibu Bapa | Assalamualaikum w.b.t.. Semasa anda sedang menunggu kehadiran cahaya mata anda, terlalu banyak persiapan yang perlu dilakukan. Tapi, bagaimana pula dengan bilik tidur untuk bayi anda? Adakah anda sudah menyiapkannya? Jangan risau, saya tidak salahkan anda jika belum. Malah, ini adalah beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sebelum memulakan renovasi rumah untuk menambah bilik di rumah anda.

Luas dan Kekal Lama

Untuk memastikan bilik bayi anda itu sesuai untuk jangka masa yang lama, pastikan ianya cukup besar untuk diletakkan sebuah katil kanak-kanak, bukan katil bayi sahaja. Kerana dalam masa beberapa tahun sahaja, katil bayi itu akan ditukar kepada katil yang lebih besar. Perancangan awal untuk menyediakan bilik yang lebih luas ini semestinya lebih menjimatkan. Bilik yang luas juga akan memberi ruang untuk anak anda melakukan aktiviti harian dan ruang untuk barang mainannya kelak.


Pintu Yang Menghubungkan Bilik Anak Ke Bilik Anda

Jika bilik bayi bersebelahan dengan bilik anda, meletakkan pintu yang menghubungkan kedua-dua bilik ini adalah idea yang sangat bernas. Ini akan memudahkan anda untuk memerhati dah memeriksa anak anda semasa dia sedang bermain atau tidur. Anda juga boleh pergi memujuk mereka dengan lebih pantas.

Dinding Bermagnet Untuk Gambar Hiasan

Adakah anda merancang untuk menghias dinding bilik anak anda dengan gambar-gambar aksi comelnya? Lupakan teknik lama yang menggunakan paku untuk menggantung bingkai. Kini anda boleh dapatkan kontraktor yang berpengalaman untuk menukar dinding tersebut kepada dinding yang bermagnet. Pilihan ini jauh lebih selamat dan anda boleh beli lebih banyak mainan bermagnet untuk dilekatkan di situ. Mereka pasti suka!

Pencahayaan Baik Untuk Bayi Lebih Sihat

Cahaya pagi baik untuk bayi. Pastikan bilik bayi anda mempunyai tingkap yang besar agar cahaya matahari dapat menceriakan bilik itu. Anda juga perlu pastikan langsir yang dipasang cukup tebal agar bayi anda dapat tidur siang dengan selesa. Langsir yang bermotifkan comel dan bercorak sangat sesuai untuk si kecil anda. 


Gambar dari: Homebox Design & Build.

Lindungi Bayi Daripada Bahaya Elektrik

Sebabnya masih lagi misteri, tetapi bayi sangat sukakan soket elektrik. Anda mungkin terfikir tidak penting untuk meletakkan soket elektrik di bilik bayi anda. Tapi ingat, bayi anda akan membesar dan keperluan mereka akan berubah mengikut masa. Jadi buat masa ini, jangan lupa untuk tutup soket elektrik dengan penutup khas.

Percayakan Ahli Profesional

Elakkan daripada memasang sendiri rak atau kabinet yang digantung di dinding jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada anak anda. Upah kontraktor renovasi yang boleh dipercayai untuk memasang perabot, katil bayi dan kerja-kerja penambahbaikan lain untuk bilik anak anda. Jangan lupa untuk lihat portfolio, baca ulasan dan maklumbalas pelanggan kontraktor itu juga.

RecomN.com mempunyai beratus-ratus kumpulan yang profesional dan boleh dipercayai untuk memberi sentuhan baru yang menarik untuk rumah anda. Hantar butiran mengenaibilik bayi impian anda serta butiran lain yang berkaitan ke RecomN.com dan dapatkan kontraktor renovasi yang terbaik di Malaysia!

2 comments:

  1. Dinding bermagnet?cmna tu... Kira yg besi2 jelah bleh lekat kt dinding ek

    ReplyDelete
  2. Mcm umah fida ni..bilik ada yg x ada tingkap...sesak gak nafas nanti..hmm kena fikir cara ni

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.