Wednesday, 31 August 2016

Salam Merdeka

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Sempena 59 tahun merdeka tahun ni, dapat spend masa dengan family tersayang.. Saat-saat yang paling penting kan.. Tak terlibat dengan aktiviti kemerdekaan jadi, alhamdulillah.. Bukan tak nak terlibat tapi sebab masa bersama keluarga tu tak banyak, so syukur lah untuk hari ni.. Salam Merdeka semua.. Semoga Malaysia terus aman selamanya macam sebelum-sebelum ni, hari ni dan esok esok.. Insyaallah..



Balik je masing-masing dari kerja, wife ambil anak-anak kat nursery, terus kemas-kemas, sediakan makanan anak-anak, sediakan diri dan bertolak balik kampung di Machang.. Tidur semalaman di rumah Ma Abah Eraz.. Alhamdulillah.. Bangun pagi-pagi, temankan Ma ke pasar borong untuk beli bahan mentah dan barang dapur.. Zara ikut sekali tapi bukan Adam sebab risau dia tangkap ikan-ikan dalam bekas.. Hehe..

By the way, petang ni kena balik awal sikit sebab nak ke Stokis DeXandra untuk re-stock perfume.. Semua tu order dari agent dropship dan pelanggan.. Alhamdulillah.. Punca rezeki kedua kami.. Ada yang berminat nak join dropship under #TeamErazFadli? Margin keuntungan sangat tinggi dan sama-sama kita berkongsi rezeki yang ada.. Boleh SMS/Whatsapp 0179773382 untuk pertanyaan detail ok.. Untuk tempahan perfume pun, boleh SMS/Whatsapp 0179773382 juga..


Read more ...

Tuesday, 30 August 2016

Kelantan Umum Cuti Peristiwa Pada 11 September 2016

Kelantan Umum Cuti Peristiwa Pada 11 September 2016 | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekejap tadi wife beritahu yang Kelantan diumumkan Cuti Peristiwa pada hari Ahad, 11 September 2016 nanti.. Ianya sempena sambutan Aidiladha.. Dalam masa yang sama memberi peluang kepada semua rakyat Kelantan untuk beraya Aidiladha lebih tenang.. Kenapa tenang? Sebab Jumaat Sabtu sebelum tu dah cuti hujung minggu, bersambung dengan Ahad dapat cuti peristiwa dan terus bersambung cuti Hari Raya Aidiladha selama dua hari pula.. 

Selain daripada itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob juga meminta orang ramai mengambil peluang untuk berpuasa pada hari berkenaan sempena hari wukuf.. So! Mesti ramai rakyat Kelantan happy kan tapi bukan Eraz la sebab Eraz memang cuti dah Ahad tu.. Jumaat Sabtu sebelum tu kerja.. Huhu..

Read more ...

Monday, 29 August 2016

Bila Dilanggar Seorang Pakcik Motosikal

Assalamualaikum w.b.t.. Malang tidak berbau.. Itu istilah paling tepat dalam kejadian ini.. Dalam pada berhati-hati setiap kali melalui laluan itu, terkena juga.. Takde la serius sangat sampai sakit-sakit tapi hanya no. plat kereta sahaja yang patah dan tercalar la sikit kot.. Kira syukur alhamdulillah la kan sebab tak de kemalangan jiwa atau apa.. Macamana boleh terjadi?


Laluan tu memang laluan biasa ke rumah mertua.. Dalam pada dalam perjalanan drive ke rumah mertua masa lunch break dan kebetulan azan Zohor masa tu, tiba-tiba seorang pakcik tua keluar dari rumah dengan motosikal.. Eraz sempat break tapi pakcik tu tak sempat.. Terus langgar depan dengan moto.. Nasib baik la Eraz memang dah brek.. Takde la pakcik tu kena impak yang kuat.. Orang tua, kesian la kan..

Terus turun cuba alihkan motosikal sebab lepas langgar, dia cuba alihkan motosikal dan tertekan minyak ke sebelah.. Sangkut di pokok pisang.. Laluan tu memang sempat.. Sebuah kereta je muat.. Dan nasib baik juga, motosikal tak jatuh, pakcik tu pun tak jatuh.. Tapi Eraz keluar juga untuk bantu alihkan motosikal dan tanya keadaan.. Nampaknya brek tangan moto tu rosak.. Takpe, janji pakcik tu ok.. No. plat patah, sikit je..

Pakcik tu berulang kali bagitau no. plat patah, but Eraz bagitau, takpe, no. plat je.. Pakcik ok tu dah alhamdulillah.. Dalam kepala risau kot-kot pakcik tu terkejut dan kena serangan jantung ke apa kan.. Nasib baik semua ok.. Tapi lepas pada tu, rasa macam fobia pula nak lalu.. Kot-kot ada yang tiba-tiba keluar lagi kan..
Read more ...

Monday, 22 August 2016

Langkawi Hotels dan Homestay

Langkawi Hotels dan Homestay | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya bagi Eraz sendiri, antara hotel dengan homestay, masing-masing ada kelebihan tersendiri.. Betul tak? Kalau 10 tahun dulu, memang homestay masih belum meluas di fikiran orang Malaysia tapi sekarang ramai orang tempatan yang dah pandai invest buat homestay sebagai pendapatan utama atau sampingan.. Lagi beruntung mereka yang ada tanah dekat kawasan tumpuan orang datang melancong seperti Langkawi.. Memang boleh buat untung..


Isu kos menginap selalu menjadi faktor utama selain dari keselesaan dan kelengkapan.. Kira macam faktor utama la.. Orang yang melancong secara jimat mesti nak cari hotel murah atau homestay yang murah kan.. 


Hotel di Langkawi

BTW, mencari hotel murah di langkawi tidak susah pun tapi bukan semua ada kemudahan yang baik.. Di sini Eraz senaraikan Langkawi Hotels luar dari pekan Kuah yang harga korang bayar berbaloi dengan lokasi dan kemudahan yang disediakan.

1. T Star Cottage Langkawi (Below RM100)

Hotel ini terletak berhampiran dengan Pantai Tengah.. Harga bilik memang antara yang terendah sesuai bagi mereka yang betul-betul bajet.. Mempunyai kemudahanasas seperti wifi.. Cuma bilik yang paling mahal ada air-cond.. Bilik yang harga kurang sedikit hanya pakai kipas..

2. ANZ Langkawi Inn

Penginapan ini bukan sahaja murah tapi yang bagus ia terletak dekat dengan kawasan favourite iaitu hanya 5 km dari Pantai Cenang.. Bilik biasa masih di bawah RM100 dan bilik keluarga dalam sekitar RM120.. Bilik semua ada air-cond, tv, pemanas air dan wifi..

3. Chalet TM3

Lokasinya berhampiran Lapangan Terbang Langkawi. Bagi mereka yang cuti bersama keluarga boleh cuba chalet ini sebab bilik yang disediakan luas dan selesa.. Harga tidak menentu boleh jadi mahal sedikit waktu cuti sekolah tapi yang paling murah biasa dapat dalam RM115.. Kemudahan baik seperti wifi untuk setiap bilik, air-cond, tv, meja dan rak pakaian.. Free parking bagi mereka yang menyewa kereta di sana..

4. Desa Motel

Antara pilihan yang popular, Desa Motel terletak dekat dengan Pantai Tengah.. Tempat agak strategik ada kedai serbaneka berhampiran.. Bilik biasa yang ada satu katil berkembar boleh dapat harga bawah RM100.. Mempunyai air-cond dan kemudahan wifi setiap bilik.. Free parking dan ada perkhidmatan dobi..

Itu senarai pendek sahaja kalau mahu lebih detail sila rujuk (link) untuk lihat hotel murah langkawi yang ada di pasaran terkini..

Homestay di Langkawi

Percambahan homestay di Langkawi macam cendawan tumbuh lepas hujan sebab permintaan yang tinggi dan homestay yang ada selalu penuh waktu cuti sekolah.. Mereka yang datang dengan keluarga biasanya menempah homestay berbanding hotel di Langkawi sebab korang dapat satu rumah untuk bercuti dan puas hati.. Boleh masak-masak jimat belanja makan..

Homestay sana mostly orang melayu tuan rumahnya dan mereka offer pada yang muslim sahaja tapi ada juga homestay owner melayu yang open pada orang non muslim dengan syarat tidak boleh bawa bahan makanan tidak halal seperti arak dan daging B..

Hati-hati dalam memilih homestay takut tertipu maklumlah homestay tidak sama macam hotel yang ada rekod perniagaan.. Buat urusan dengan pemilik homestay bukan dengan orang tengah bagi mengelakkan dari membayar kadar sewa rumah yang lebih mahal.. 

Senarai untuk tempahan homestay di Langkawi :

1. Kushi Guest House (SMS/Whatapps: 012-4708326/012-5008867/013-5175952) - tempahan untuk muslim sahaja..

2. Homestay Rabiatul Adawiyah (+60 12-4055364) Kampung Perana,, Jalan Kampung Yoi, Mukim Ulu Melaka,, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia..

3. AWIES HOMESTAY (+60 19-479 5721) No.78 Taman Cenderawasih,, Mata Ayer,, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia..

4. Eylizar Homestay Langkawi (+60 19-564 0251) Kuah, Langkawi, Kedah, Malaysia..

5. langkawi homestay (+60 19-417 2177) No 482, Taman Nilam Kisap, Jalan Ayer Hangat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia..

6. Haszlena Homestay Nilam (60 17-574 5063) 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia..

7. ZEETECH HOMESTAY LANGKAWI (+60 19-550 8142) Sri Lagenda Apartment Condominium Resort, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia..

8. Basrim Homestay (+60 17-452 9386) Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia..

9. LODGE 63 LANGKAWI HOMESTAY (+60 13-518 9844) Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia..

10. D’Houz Langkawi Homestay (+60 12-407 8543) No.54, Mukim Kuah, Taman Rima Emas, Kedah, 07000 Langkawi, Malaysia..

Atau Eraz suggest korang checkout https://www.traveloka.com/en-my/ untuk cari hotel atau homestay yang korang prefer.. Diharapkan entri ni dapat membantu korang untuk mencari hotel atau homestay di Langkawi ok.. 
Read more ...

Monday, 8 August 2016

Safety Security Baby Gate

Assalamualaikum w.b.t.. Safety Security Baby Gate.. Mesti korang pernah dengar kan.. Selalunya ramai yang letak gate ni di permulaan nak naik tangga ke tingkat atas.. For sure nak mengelakkan daripada anak kecil kita tiba-tiba seorang diri cuba naik tangga.. Better letak gate untuk mengelakkan anak kecil kita jatuh tanpa sengaja kan.. Elakkan dari cedera.. Itu lebih baik.. Dan dalam situasi kami pula lain..

Disebabkan rumah bukan bertingkat-tingkat, kami belikan juga Safety Security Baby Gate ni sebab Adam Fitri selalu sangat nak ke dapur.. Tambah-tambah lagi masa Mama dia nak memasak.. Risau pula tengok dia capai itu ini kan.. Risau kot-kot yang tak elok berlaku.. So kami decide untuk beli juga gate ni demi keselamatan dan keselesaan membuat kerja di dapur.. Ya la, kalau time nak memasak, masa tu la Adam datang untuk 'membantu', memang berjam-jam la waktu memasak tu..

Yes, Eraz memang selalu jaga di ruang tamu ketika Eraz ada la.. Tapi memang beberapa minit sekali la terpaksa collect Adam kat dapur dan bawa ke tempat lain.. Dan ada ketika kami semua berkampung kat dapur.. Senang kan.. Tapi kalau masa Mama nak masak masa Papa tak de camne? Kakak Zara kecil lagi.. Baru 3 tahun.. Tak boleh nak control keaktifan Adam lagi.. So last decision, beli je Safety Security Baby Gate.. Banyak di pasaran sekarang ni..


Alhamdulillah, selepas beberapa hari je order, terus dapat.. Selalu memang shopping di Lazada.. Tapi wife kata, kali try la beli 11street pula.. Tak pernah cuba lagi kan.. Nampak macam banyak sale.. So for the first time, terus beli kat situ.. Cepat juga sampai.. Itu penting.. Murah pun satu hal kan.. Tapi ada juga yang kecewa sikit.. Apa? Cuba baca ni ayat yang Eraz letak kat Facebook :


"First time order barang di 11street, Safety Security Baby Gate.. Lepas je sign up, order dan bayar, baru perasan ada diskaun untuk new members.. Haha.. RM 30 jugak max akan dapat.. Tapi dah terlajak.. Malas dah nak cancel order sebab dah bayar.."

Tapi redha.. Bukan rezeki kali ni kan.. Mana tahu kot-kot baucar tu tak boleh guna untuk Safety Security Baby Gate kan.. Mesti ada barang-barang terpilihkan.. So malas nak revert balik then proceed je.. Alhamdulillah.. Sampai kat office gate tu dengan keadaan yang baik sekali dan cepat.. Macamana rupa Safety Security Baby Gate tu? Eraz beli yang Bgbabyshop Safety Security Baby Gate Model 181 With 3 Extension Fit 86 - 138cm.. So inilah gambarnya..


Maka terhalanglah Adam ke dapur.. Automatik kakak Zara pun sama.. Tapi bukan setiap masa la kami close.. Bagi juga sekali kala mereka main area yang selamat kan.. Tapi masa nak memasak or apa-apa yang tertentu, kena la close! Hehe..
Read more ...

Wednesday, 3 August 2016

5 Tips Renovasi Rumah Untuk Bakal Ibu Bapa

5 Tips Renovasi Rumah Untuk Bakal Ibu Bapa | Assalamualaikum w.b.t.. Semasa anda sedang menunggu kehadiran cahaya mata anda, terlalu banyak persiapan yang perlu dilakukan. Tapi, bagaimana pula dengan bilik tidur untuk bayi anda? Adakah anda sudah menyiapkannya? Jangan risau, saya tidak salahkan anda jika belum. Malah, ini adalah beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sebelum memulakan renovasi rumah untuk menambah bilik di rumah anda.

Luas dan Kekal Lama

Untuk memastikan bilik bayi anda itu sesuai untuk jangka masa yang lama, pastikan ianya cukup besar untuk diletakkan sebuah katil kanak-kanak, bukan katil bayi sahaja. Kerana dalam masa beberapa tahun sahaja, katil bayi itu akan ditukar kepada katil yang lebih besar. Perancangan awal untuk menyediakan bilik yang lebih luas ini semestinya lebih menjimatkan. Bilik yang luas juga akan memberi ruang untuk anak anda melakukan aktiviti harian dan ruang untuk barang mainannya kelak.


Pintu Yang Menghubungkan Bilik Anak Ke Bilik Anda

Jika bilik bayi bersebelahan dengan bilik anda, meletakkan pintu yang menghubungkan kedua-dua bilik ini adalah idea yang sangat bernas. Ini akan memudahkan anda untuk memerhati dah memeriksa anak anda semasa dia sedang bermain atau tidur. Anda juga boleh pergi memujuk mereka dengan lebih pantas.

Dinding Bermagnet Untuk Gambar Hiasan

Adakah anda merancang untuk menghias dinding bilik anak anda dengan gambar-gambar aksi comelnya? Lupakan teknik lama yang menggunakan paku untuk menggantung bingkai. Kini anda boleh dapatkan kontraktor yang berpengalaman untuk menukar dinding tersebut kepada dinding yang bermagnet. Pilihan ini jauh lebih selamat dan anda boleh beli lebih banyak mainan bermagnet untuk dilekatkan di situ. Mereka pasti suka!

Pencahayaan Baik Untuk Bayi Lebih Sihat

Cahaya pagi baik untuk bayi. Pastikan bilik bayi anda mempunyai tingkap yang besar agar cahaya matahari dapat menceriakan bilik itu. Anda juga perlu pastikan langsir yang dipasang cukup tebal agar bayi anda dapat tidur siang dengan selesa. Langsir yang bermotifkan comel dan bercorak sangat sesuai untuk si kecil anda. 


Gambar dari: Homebox Design & Build.

Lindungi Bayi Daripada Bahaya Elektrik

Sebabnya masih lagi misteri, tetapi bayi sangat sukakan soket elektrik. Anda mungkin terfikir tidak penting untuk meletakkan soket elektrik di bilik bayi anda. Tapi ingat, bayi anda akan membesar dan keperluan mereka akan berubah mengikut masa. Jadi buat masa ini, jangan lupa untuk tutup soket elektrik dengan penutup khas.

Percayakan Ahli Profesional

Elakkan daripada memasang sendiri rak atau kabinet yang digantung di dinding jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada anak anda. Upah kontraktor renovasi yang boleh dipercayai untuk memasang perabot, katil bayi dan kerja-kerja penambahbaikan lain untuk bilik anak anda. Jangan lupa untuk lihat portfolio, baca ulasan dan maklumbalas pelanggan kontraktor itu juga.

RecomN.com mempunyai beratus-ratus kumpulan yang profesional dan boleh dipercayai untuk memberi sentuhan baru yang menarik untuk rumah anda. Hantar butiran mengenaibilik bayi impian anda serta butiran lain yang berkaitan ke RecomN.com dan dapatkan kontraktor renovasi yang terbaik di Malaysia!
Read more ...

Tuesday, 2 August 2016

Rambut Adam Panjang Lagi !

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam baru je bawa Adam pergi gunting rambut kat kedai gunting baru ni.. Tapi sekarang nampak macam dah panjang balik.. Dalam hati rasa macam nak simpankan rambut panjang sikit.. Sebabnya kalau kerat pendek sangat, rasa macam hilang macho tu.. Hehe.. Tapi.. Bila budak kecik ada rambut sikit, mula la nampak tak terurus.. Ya la, tangan tu senang je nak kacau-kacau rambut kalau lepas kita sikat kan.. 


Tapi hari tu masa 1st time gunting rambut, memang menangis bagai nak rak la.. Haha.. Ya la 1st time kan.. Memang Eraz pegang je la.. Mama dia cuba tenangkan Adam.. Mula-mula tu memang ok tapi lepas beberapa saat, terus menangis sampai siap.. Tapi sebab senang je nak gunting guna mesin tanpa apa-apa fashion, cepat la siap.. 

Lepas kena 1st time Adam menangis tu, plan dalam kepala ni, mesti next gunting rambut setahun kemudian kot.. Sebabnya masa gunting 1st arini, umur Adam dah hampir nak masuk setahun kot.. Sekali kali ni cepat la pulak rambut tumbuh.. Bila nampak panjang sikit, macam tak terurus la pulak.. Kesian pulak kat Adam.. So, memang kena cari slot jugak la kot bawak di kedai.. Menangis pun menangis la kot.. Huhu.. 
Read more ...

Monday, 1 August 2016

Happy 3rd birthday, Zara Faleesya

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. 25 Julai baru ni genap umur 3 tahun untuk anak sulung kami, Zara Faleesya.. Alhamdulillah.. Puteri sulung yang kami duk nanti-nanti selama 2 tahun selepas kahwin ni dah genap berumur 3 tahun.. Kalau nak ikutkan perkembangan Zara, alhamdulillah semua nampaknya macam ok.. Disebabkan semua ok, bermula tahun 2017, kami akan hantar Zara ke salah satu tadika di Kota Bharu ni.. Alhamdulillah dah book tempat, cuma tinggal nak daftar je la nanti..


Disebabkan tahun terakhir di nursery yang mana Zara sudah duduk situ bermula umur 3 bulan lagi, so kami decide nak celebrate birthday Zara di nursery bersama kawan-kawan Zara.. Eraz memang apply cuti ganti pada hari tu tetapi Mamanya minta off untuk 3 jam khas untuk Zara.. Beberapa sebelum tu memang dah bagitau Zara yang nak tiup kek di nursery.. So nampak la dia excited..


Kek memang di tempah oleh Mama Zara beberapa hari sebelum tu.. Disebabkan kesukaan Zara salah satunya ialah Minions, so kami decide nak tempah kek minions la.. Senang tempah dengan orang yang kami biasa sebab mereka boleh buat delivery terus ke nursery.. Tak perlu kami pergi ambil.. Dan alhamdulillah, citarasa kek tu dari segi rupa dan rasa memang sedap.. Puas hati bila tengok budak-budak semua makan..


Selain kek, kami sediakan juga goodies bag pada semua kawan-kawan Zara di nursery.. Memang rancang dah lama tapi sempat keluar membeli belah semua yang diperlukan tu pada malam sebelum tu je.. Tak banyak pun.. Beli goodies bag dan 4 barang yang kami letakkan dalam tu.. Semuanya yang sesuai untuk kanak-kanak.. Balik je malam lepas beli tu, tidurkan Adam supaya tak kacau kami sediakan, terus mulakan operasi.. Zara la paling excited tolong..


Lebih kurang dalam pukul 9.45 pagi, sampai je nursery, setup meja sikit, alas sikit, susun goodies bag, letak kek, pasang lilin, terus mula la.. Risau lewat kang, terganggu masa budak-budak berehat.. Adam join sekali sebab satu nursery.. Tahun depan duk sorang-sorang la Adam tanpa kakak Zara.. Lepas je makan-makan dan kami nak balik, ajar Zara bagikan goodies bag kepada semua kawan-kawan dia.. Alhamdulillah..
Read more ...