Sunday, 17 July 2016

Today - Mr. Mama

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni memang tak de plan apa-apa atau ke mana-mana sebab memang dah fokus untuk menjadi Mr. Mama dan jaga dua orang anak kesayanganku itu.. Adam Fitri yang tak berapa sihat sikit jadi lebih manja sejak semalam.. Mungkin sebab dapatkan suntikan untuk setahun baru ni ataupun Adam ada nak tumbuh gigi baru.. Kadang-kadang nampak air liur tu memang nak meleleh keluar.. Harap hari ni sihat walafiat supaya esok dapat ke nursery..


Ikutkan kalau Adam tak tdo atau Zara pun, memang tak dapat la nak bukak laptop untuk menulis entri.. Nanti kan dua-dua anak tu pun jadi blogger macam Papa dia.. Tak boleh cari makan dah Papa.. Dan entri ni pun tak dapat la nak karang panjang sebab risau Adam bangun.. Dia macam tidur tak berapa nak lena.. Tak selesa badan agaknya..

2 comments:

  1. Semoga menjadi Mr Mama yang baik. Harap Adam cepat sihat. Amiin yra...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.