Tuesday, 5 July 2016

Popia Seaweed untuk Raya 2016


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah rasa Popia Seaweed ni? Apa rasa? Sedap tak? Kalau satu balang tu, boleh tak habiskan dalam masa satu hari? Haha.. Eraz rasa, kalau bagi pada Eraz, memang boleh habiskan kot satu hari untuk satu balang.. Sebabnya Eraz memang 'hantu' pada Popia Seaweed ni.. Pertama kali try tahun lepas kot, terus jadi favourite sampai sekarang.. Tapi di Kelantan ni memang tak ramai orang meniaga Popia Seaweed ni.. Tapi..

Tapi alhamdulillah, ada seorang kawan merupakan kawan sekerja ni dapat carikkan.. Ada kawan dia yang buatkan.. So bila dapat tahu kawannya itu masih lagi buat Popia Seaweed ni, terus la order.. Dah pernah rasa hasilnya sebelum ni, so terus order 3 balang.. Hari pertama dapat, terus ngap sebelah malamnya.. Sorang makan, hampir setengah balang habis.. Nak habiskan satu balang, rasa macam melampau pula..

Eraz dan wife ada plan nak buat sendiri Popia Seaweed ni.. Barang a.k.a bahan dah beli semua rasanya.. Cuma gunting baru je takde.. Gunting sedia ada tu macam dah guna gunting semua barang kot.. So kena beli gunting baru dulu, then kami akan cuba proses la.. Seaweed ni boleh tahan juga harganya.. Sebab itu la harga 1 balang tu pun boleh tahan.. 

Sebenarnya boleh buat business sebenarnya.. Tapi memandangkan kami ni dua-dua bekerja, anak pun masih kecik lagi, kami lupakan dulu la nak buat sendiri dan jual.. Nak ambil dropship pun tak berbaloi sebab dari KL kan.. Postage dah berapa.. Nak jual pula lepas kalau dari luar Kelantan, kena postage lagi kan.. Risau tak berbaloi.. cukuplah kami fokus pada De'Xandra Perfume.. Hehe..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.