Tuesday, 28 June 2016

Zakat Fitrah 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah sudah selamat menunaikan pembayaran Zakat Fitrah untuk diri sendiri, isteri, Zara dan Adam.. Sama macam tahun lepas, tahun ni pun masih lagi berempat.. Berlima? Errrmmmm.. Lambat lagi kot.. Hehe.. Tapi insyaallah.. Rasa lega sudah selamat pasal Zakat Fitrah ni.. Benda wajib kan, mesti la kena tunaikan walaupun last minute.. Tapi tahun ni ok, cepat la juga.. Hehe..


Di Kelantan tak macam di KL sebab katanya siap ada ala-ala drive thru lagi kan.. Kaunter pun mungkin banyak.. Tapi kat Kelantan memang terhad sikit benda-benda macam tu.. Kalau ada pun mungkin tak diwar-warkan sangat dan Eraz sendiri pun tak keluar sangat untuk ke Mall ke atau lain-lain.. Dengarnya di Tesco, KB Mall ada kaunter khas di buka..

Pernah terserempak kaunter Zakat Fitrah di Mydin Kubang Kerian.. Tapi 4 tahun yang lepas kot.. Kebelakangan ni masa pergi tu macam tak de.. Kami bukan jenis yang suka keluar ke Mall sangat.. Kalau ada hal penting je.. Maklum la cuti suami isteri lain-lain.. Tapi itu bukan alasan.. Mesti ada tempatnya kan.. Pandai-pandai la cari.. Tempat paling senang ialah di masjid.. Sibuk-sibuk sangat pun, pergi Solat Zohor berjemaah atau Solat Asar berjemaah dan pastinya akan ada tok imam akan buka peluang untuk siapa-siapa nak bayar Zakat Fitrah.. 

So siapa yang belum tunaikan Zakat Fitrah tu, boleh dah kot tunaikan sebab Syawal nak sampai dah ni.. Minggu depan dah kot kan.. Perkara wajib.. Sama-sama kita ingat-mengingati.. Kena selesai kan Zakat fitrah dulu baru apply cuti raya ya.. Hehe..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.