Monday, 27 June 2016

Qaseh Gold Junior Untuk Zara & Adam

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat dapatkan Qaseh Gold Junior untuk Zara & Adam.. Adam baru sahaja dapat bagi untuk amalkan sebab paling awal pun boleh bagi seawal umur 1 tahun.. Zara memang dah pernah bagi sebelum ni dan sekarang dah habis.. So tambah stok untuk Zara tapi permulaan untuk Adam.. 


Qaseh Gold Junior ni memang antara yang terbaik untuk anak-anak.. Antaranya sebab ianya ada 8 ramuan sunnah dalam satu botol yang mana korang tak perlu nak bazirkan banyak duit untuk botol berlainan khasiat.. Bila dah banyak ramuan berkhasiat, insyaallah kami sebagai ibu bapa mengharapkan Zara dan Adam dapat kelebihan untuk menguatkan sistem immunisasi.. Ya la, budak-budak duduk nursery ni, pagi hantar tak de pulak berair hidung, tapi bila balik, berair hidung pula.. Berjangkit dengan rakan-rakan yang lain..

Selain itu, apa yang Eraz tahu, dengan Qaseh Gold ni juga, anak-anak insyaallah lebih cerdas dan bertenaga.. Kalau nampak anak-anak ni aktif, kita pun senang hati kan.. Kalau la juga dapat anak-anak yang suka sepahkan rumah sebab aktif, korang kena sabar la.. Haha..

Eraz sendiri pernah try sekali Qaseh Gold Junior ni sebelum bagi pada Zara.. Saje nak tahu rasa macamana kan.. Serius, best tu.. Boleh kata lazat.. Haha.. Memang senang anak nak makan.. Tak perlu nak pegang kuat-kuat.. Zara sendiri minum.. Kadang-kadang kami bagi dengan syringe sebab sambil mereka main-main nak minum kan.. Sukatan pun tepat..

Tarikan terakhir yang menarik ialah daya ingatan anak-anak menjadi tajam.. Perkembangan Zara memang sangat-sangat membanggakan.. Insyaallah Adam pun akan jadi macam kakak dia.. Bukan kata semua sebab Qaseh Gold Junior, tapi cara kehidupan seharian juga.. Ibu bapa memang perlu memainkan peranan la kan..

#Bukan paid review ni ya.. Tapi nak share untuk ibubapa yang lain..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.