Saturday, 18 June 2016

Child Safety Locks Diperlukan Sebab Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Masa Zara kecik-kecik dulu, tak de pula kami nak kena beli child safety locks ni.. Maybe sebab Zara tu perempuan, keaktifan dia terkawal.. Tapi berbeza dengan anak lelaki kami yang sorang ni.. Adam Fitri.. Keaktifan di memang berbeza dengan kakak dia.. Al-maklum la budak lelaki kan.. Semuanya bermula lepas di pandai meniarap dan merangkak..

Bila dah start boleh bergerak ke sana ke sini, mula-mula dah pandai masuk menyorok bawah meja.. Lepas tu dah pandai nak masuk bilik air sendiri.. Lagi? Dah pandai nak pegang untuk matikan butang suis kipas berdiri.. Lagi dan lagi.. Terbaru ialah laci a.k.a drawer dan pintu kabinet di mana sahaja termasuk di dapur, Adam nak selongkar.. Bukan nak mengemas, tapi nak keluarkan semua barang dalam tu..


So child safety locks memang sangat diperlukan sekarang.. Banyak jenama ada di luar.. Kami dah dua kali beli dan kedua-dua jenama yang berbeza.. Ianya sangat penting untuk mengelakkan anak kecil bukak laci atau pintu kabinet yang tak sepatutnya dan boleh membahaya kan mereka.. Kadang-kadang kita tak sedar kan..

So kalau korang perlukan sesuatu untuk lock kan laci atau pintu kabinet apa-apa pun, boleh lah beli child safety locks ni di mana yang ada.. Kalau ada DIY tempat korang, kat situ ada.. Size pun panjang sikit.. Kalau tidak, di mall yang ada barangan baby pun selalunya ada.. Insyaallah ia akan membantu kita hilangkan risau serta rumah kurang bersepah.. Hehe..

Semoga entri ni dapat membantu.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.