Thursday 23 June 2016

Bila Zara Ber'Water Colour'

Assalamualaikum w.b.t.. Hari Ahad baru ni, tiba-tiba wife nak belikan set water colour untuk Zara.. Rasanya setahu Eraz, Zara tak de pula minta nak water colour tu.. Rupanya wife nak bagi pendedahan baru kepada Zara untuk gunakan water colour.. Mana tahu kat sekolah nanti ada aktiviti macam tu kan.. So tak de la dia macam tak biasa..


Alhamdulillah semalam bila diberi pada Zara, memang dia excited.. Mula-mula wife layan, lepas sambung dengan Eraz pula.. Dan Zara nampaknya takde macam nak lukis kat tempat lain selain dari kertas lukisan yang kami belikan.. Memang kalau minta dia lukis dalam drawing board yang dah siap lakar tak menjadi, sebab itu kami belikan yang kosong.. Biar je dia nak lukis apa..


So macam-macam corak la jadi.. Tak nak pula melukis seorang, so Eraz dan wife terpaksa la juga lukis sama walaupun lepas je lukis elok-elok, Zara kasi warnakan lagi kawasan tu.. Hehe.. Apa-apa pun, walaupun umur Zara baru nak masuk 3 tahun bulan depan, progress dia alhmadulillah baik.. Kesihatan pun ok.. Alhamdulillah.. 


Tahun depan kami dah decide untuk keluarkan Zara dari nursery sekarang dan daftar di tadika yang kami dah survey.. Walaupun tak masuk umur 4 tahun lagi masa tu (kalau ikut tahun, 4 tahun), kami nak dia dapatkan pendidikan formal termasuk bahasa inggeris dan mengaji al-quran.. Insyaaallah.. 

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.