Thursday, 30 June 2016

Bila Salah Tempat Main Mercun

Assalamualaikum w.b.t.. Bila musim bulan Ramadhan, bermulalah episod bunyi mercun, berita tentang budak itu, budak ini akibat mercun.. Itu pun dalam kerajaan haramkan mercun.. Kalau kerajaan tak haramkan, lagi banyak dan lebih takut kot mendengar berita dan pencemaran bunyi tu.. Ini minggu depan dah nak raya, lagi bertambah-tambah bunyi mercun ni.. 


Dah baca status FB di atas? "Kenapa anak jiran ni tak main mercun depan rumah dia ya.. Kenapa perlu main mercun depan rumah jiran sebelah dia iaitu rumah aku?".. Semalam tiba-tiba selepas berbuka puasa, ada anak-anak jiran main mercun betul-betul depan pagar rumah kita.. Situasi tu macam pelik la sikit sebabnya ..

Sebabnya kalau ditengokkan kawasan depan rumah dia clear je.. Takde pulak orang parking kereta ke, tong sampah ke, meja kerusi ke.. Tapi tiba-tiba main mercun depan pagar rumah kita.. Dah la kereta dekat je dengan pagar tu kan.. Kalau nasib tak baik macam mana? Minta jauh..

Itu baru kali pertama.. Kali kedua tak pasti lagi la tu akan berulang ke tidak.. Peranan ibu bapa memainkan peranan di sini.. Kalau itu arahan mereka, memang tak boleh nak kata apa la.. Salah arahan.. Kalau memang budak-budak tu yang decide, ibu bapa kena main peranan la.. Tak kan la nak tunggu jiran tegur kan.. Wassalam..
Read more ...

Wednesday, 29 June 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Read more ...

Tuesday, 28 June 2016

Zakat Fitrah 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah sudah selamat menunaikan pembayaran Zakat Fitrah untuk diri sendiri, isteri, Zara dan Adam.. Sama macam tahun lepas, tahun ni pun masih lagi berempat.. Berlima? Errrmmmm.. Lambat lagi kot.. Hehe.. Tapi insyaallah.. Rasa lega sudah selamat pasal Zakat Fitrah ni.. Benda wajib kan, mesti la kena tunaikan walaupun last minute.. Tapi tahun ni ok, cepat la juga.. Hehe..


Di Kelantan tak macam di KL sebab katanya siap ada ala-ala drive thru lagi kan.. Kaunter pun mungkin banyak.. Tapi kat Kelantan memang terhad sikit benda-benda macam tu.. Kalau ada pun mungkin tak diwar-warkan sangat dan Eraz sendiri pun tak keluar sangat untuk ke Mall ke atau lain-lain.. Dengarnya di Tesco, KB Mall ada kaunter khas di buka..

Pernah terserempak kaunter Zakat Fitrah di Mydin Kubang Kerian.. Tapi 4 tahun yang lepas kot.. Kebelakangan ni masa pergi tu macam tak de.. Kami bukan jenis yang suka keluar ke Mall sangat.. Kalau ada hal penting je.. Maklum la cuti suami isteri lain-lain.. Tapi itu bukan alasan.. Mesti ada tempatnya kan.. Pandai-pandai la cari.. Tempat paling senang ialah di masjid.. Sibuk-sibuk sangat pun, pergi Solat Zohor berjemaah atau Solat Asar berjemaah dan pastinya akan ada tok imam akan buka peluang untuk siapa-siapa nak bayar Zakat Fitrah.. 

So siapa yang belum tunaikan Zakat Fitrah tu, boleh dah kot tunaikan sebab Syawal nak sampai dah ni.. Minggu depan dah kot kan.. Perkara wajib.. Sama-sama kita ingat-mengingati.. Kena selesai kan Zakat fitrah dulu baru apply cuti raya ya.. Hehe..
Read more ...

Monday, 27 June 2016

Qaseh Gold Junior Untuk Zara & Adam

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat dapatkan Qaseh Gold Junior untuk Zara & Adam.. Adam baru sahaja dapat bagi untuk amalkan sebab paling awal pun boleh bagi seawal umur 1 tahun.. Zara memang dah pernah bagi sebelum ni dan sekarang dah habis.. So tambah stok untuk Zara tapi permulaan untuk Adam.. 


Qaseh Gold Junior ni memang antara yang terbaik untuk anak-anak.. Antaranya sebab ianya ada 8 ramuan sunnah dalam satu botol yang mana korang tak perlu nak bazirkan banyak duit untuk botol berlainan khasiat.. Bila dah banyak ramuan berkhasiat, insyaallah kami sebagai ibu bapa mengharapkan Zara dan Adam dapat kelebihan untuk menguatkan sistem immunisasi.. Ya la, budak-budak duduk nursery ni, pagi hantar tak de pulak berair hidung, tapi bila balik, berair hidung pula.. Berjangkit dengan rakan-rakan yang lain..

Selain itu, apa yang Eraz tahu, dengan Qaseh Gold ni juga, anak-anak insyaallah lebih cerdas dan bertenaga.. Kalau nampak anak-anak ni aktif, kita pun senang hati kan.. Kalau la juga dapat anak-anak yang suka sepahkan rumah sebab aktif, korang kena sabar la.. Haha..

Eraz sendiri pernah try sekali Qaseh Gold Junior ni sebelum bagi pada Zara.. Saje nak tahu rasa macamana kan.. Serius, best tu.. Boleh kata lazat.. Haha.. Memang senang anak nak makan.. Tak perlu nak pegang kuat-kuat.. Zara sendiri minum.. Kadang-kadang kami bagi dengan syringe sebab sambil mereka main-main nak minum kan.. Sukatan pun tepat..

Tarikan terakhir yang menarik ialah daya ingatan anak-anak menjadi tajam.. Perkembangan Zara memang sangat-sangat membanggakan.. Insyaallah Adam pun akan jadi macam kakak dia.. Bukan kata semua sebab Qaseh Gold Junior, tapi cara kehidupan seharian juga.. Ibu bapa memang perlu memainkan peranan la kan..

#Bukan paid review ni ya.. Tapi nak share untuk ibubapa yang lain..

Read more ...

Saturday, 25 June 2016

Masih Setia Dengan Botol Susu MAM

Assalamualaikum w.b.t.. Bila dengan Lazada buat sale Raya dan dah tiba masanya kami kena tukar botol susu Adam, teruslah Eraz ke laman web Lazada.. Tengok-tengok memang ada sale.. Tak sure sejauh masa murahnya.. Hehe.. Tapi sebab ada plus diskaun kalau guna kad kredit Maybank, rembat saje lah.. Harap-harap sempat la sampai sebelum raya..


Kalau sebelum ni Adam guna yang 160 ml je, tapi sekarang kami upgrade kepada 260 ml.. Warna tetap sama, warna favourite Papa Eraz, biru.. Haha.. Dan semestinya setia dengan jenama MAM sebab pada kami, walaupun sedikit mahal, ianya banyak memberi kelebihan berbanding brand lain.. 

Memang bermula dari Zara lahir lagi kami gunakan jenama MAM.. Lepas Adam lahir, kami setia juga dengan MAM.. Tambah Adam ni ada perangai lain sikit dari kakak.. Ada ketika, walaupun dia tak hisap susu betul-betul, dia suka letakkan botol susu dengan putingnya dalam mulut.. Duduk sambil tengok tv.. So untuk mengelakkan Adam hisap angin yang boleh menyebabkan kembung perut, botol susu MAM la penyelesaiannya.. Alhamdulillah, setakat hari ini, Adam dengan kakak Zara memang tak pernah kembung perut.. Alhamdulillah..

Kenapa macam tu? Sebabnya botol susu jenama MAM ni model yang ada rongga-rongga atau lubang di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu.. Jadi ianya tidak akan mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.. Sekian untuk penjelasan.. Dah macam review berbayar je.. Haha.. 

#Bukti kesetiaan Eraz pada jenama MAM? Klik SINI..
Read more ...

Thursday, 23 June 2016

Bila Zara Ber'Water Colour'

Assalamualaikum w.b.t.. Hari Ahad baru ni, tiba-tiba wife nak belikan set water colour untuk Zara.. Rasanya setahu Eraz, Zara tak de pula minta nak water colour tu.. Rupanya wife nak bagi pendedahan baru kepada Zara untuk gunakan water colour.. Mana tahu kat sekolah nanti ada aktiviti macam tu kan.. So tak de la dia macam tak biasa..


Alhamdulillah semalam bila diberi pada Zara, memang dia excited.. Mula-mula wife layan, lepas sambung dengan Eraz pula.. Dan Zara nampaknya takde macam nak lukis kat tempat lain selain dari kertas lukisan yang kami belikan.. Memang kalau minta dia lukis dalam drawing board yang dah siap lakar tak menjadi, sebab itu kami belikan yang kosong.. Biar je dia nak lukis apa..


So macam-macam corak la jadi.. Tak nak pula melukis seorang, so Eraz dan wife terpaksa la juga lukis sama walaupun lepas je lukis elok-elok, Zara kasi warnakan lagi kawasan tu.. Hehe.. Apa-apa pun, walaupun umur Zara baru nak masuk 3 tahun bulan depan, progress dia alhmadulillah baik.. Kesihatan pun ok.. Alhamdulillah.. 


Tahun depan kami dah decide untuk keluarkan Zara dari nursery sekarang dan daftar di tadika yang kami dah survey.. Walaupun tak masuk umur 4 tahun lagi masa tu (kalau ikut tahun, 4 tahun), kami nak dia dapatkan pendidikan formal termasuk bahasa inggeris dan mengaji al-quran.. Insyaaallah.. 
Read more ...

Wednesday, 22 June 2016

Sahur Dengan Overnight Oat

Assalamualaikum w.b.t.. Selalu bersahur dengan nasi dan lauk pauk kan.. Macam biasa, kalau awal-awal puasa, ok la kot.. Mood bersahur tu masih menebal.. Selera pun macam up lagi kan.. Tapi bila dah puasa lebih 10 hari, dan hari ni dah masuk 17 Ramadhan, rasa macam nak cuba sesuatu yang baru.. Dah alhamdulillah wife memperkenalkan sesuatu yang baru..


Overnight Oat.. Bila sebut Oat pun dah tahu khasiatnya kan.. Tahap kekenyangan bila makan oat di awal pagi atau malam.. Tapi kali ni bukan hanya oat, tapi dah macam ice cream pun ada.. Sediakan sebelah malam lagi, simpan dalam peti ais.. Ada yogurt.. Buah strawberi.. Buah anggur ke.. Rasa memang meletop.. Korang patut cuba.. Insyaallah menyelerakan dan tak cepat lapar.. 

Resepi Overnight Oat? As usual, bukan Eraz yang buat.. Tapi korang boleh tanya Mr. Google.. Memang banyak cara ada.. Sangat simple tapi juga sangat sedap!
Read more ...

Tuesday, 21 June 2016

Ini Bukan Resipi Ayam Buttermilk

Assalamualaikum w.b.t.. Korang semua mesti pernah dengar tentang Ayam yang dihasilkan bersama buttermilk ni kan.. Dan macam tajuk entri tu, ini bukan resipi.. Hehe.. Kalau nak resipi, korang boleh google.. Berlambak ada dalam tu.. Macam-macam cara masakan yang ada.. Tapi basicnya tetap sama.. Ini salah satu menu masakan isteri untuk kami sekeluarga semalam.. Dan semestinya hasil request si suami ni la.. Terima kasih sayang..


Kalau google, macam-macam jenis gambar nampak kan.. Ada yang jenis kering, ada yang jenis sedang-sedang kuahnya tapi Eraz memang request pada isteri untuk lebihkan susu tu.. Sebab selain makan dengan nasi putih, boleh makan macam tu je kan.. Pernah cuba? Alhamdulillah, memang kena dengan selera untuk ayam buttermilk ni.. Tapi biasa la, kalau dah ada butter dan milk, cepat muak kan.. Cepat kenyang.. So kalau tak nak membazir, jangan buat banyak sangat..

Kami pun pada mula tu tengok pada ayam dalam simpanan, macam tak banyak.. So risau la kalau-kalau tak cukup kan.. Zara pun suka makan ayam.. Tapi alhamdulillah, sebenarnya cukup! Menu apa lagi nak request? Errrrmmmmm.. Hehe.. Tapi rasa macam nak buat Seaweed Popia je..
Read more ...

Sunday, 19 June 2016

Kenapa Perlukan Bantal Busuk?

Assalamualaikum w.b.t.. Persoalan.. Kenapa perlukan sangat bantal busuk? Ada tu dari kecil sampai ke besar.. Had maksimum umur untuk ada bantal busuk tu tak pastilah.. Jadi hanya orang yang betul-betul ada bantal busuk sahaja yang tahu.. Eraz? Maaf.. Bebas dari bantal busuk.. Nak kira alhamdulillah ke camne tu? Hehe.. Cuba tengok gambar di bawah ni.. Itu Eraz google image Bantal Busuk sebagai contoh.. Tengok pun dah tahu kan..


Eraz sendiri pernah tengok ada budak yang ada bantal busuk ni.. Sampai hitam bantal dia.. Mak dia basuh, memang dia marah la.. Nak ke mana-mana, mesti kena ada bantal busuk tu.. Itu yang Eraz kata tadi, hanya orang yang terlibat sahaja yang tahu apa perasaan dia dengan bantal busuk tu.. Dan kenyataaan di bawah ni Eraz jumpa di laman sosial tentang bantal busuk.. Jom baca :

1. Bantal busuk ini busuk pada orang lain tapi menyenangkan bagi tuan bantal tu.. Sama jugak la dengan kain selimut kita kan.. Kita rasa kain selimut tu bau ok je, tapi kadang-kadang mungkin orang lain bau semacam.. Hehe.. Contoh je la..

2. Datang dalam pelbagai bentuk dan saiz tapi akhirnya mengecut dan menipis juga.. Ada juga yang guna teddy bear sebagai bantal busuk.. Sampai hilang bulu..

3. Bantal tu tak dicuci.. Kalau cuci, habis bau hilang dan kaler pun dah tak kehitaman sangat.. Yes.. Memang betul.. Tengok je la contoh gambar di atas kan..

4. Tuan bantal busuk susah tido kalau tak de bantal.. Ini ternyata betul.. Mungkin dia rasa tak lengkap..

5. Tuan bantal busuk jadi pemarah bila orang lain pakai bantal busuk dia..

6. Kalau bercuti atau balik kampung wajib bawak bantal busuk..

7. Terakhir, kalau bantal tu tinggal pun, sehari dua je boleh tahan.. Lepas tu meroyan..

Ok! So macamana wahai pemilih bantal busuk sekalian.. Betul ke kenyataan di atas tu? Jom share lagi pengalaman atau benda-benda lain yang kami tak faham akan perasaan pemilik bantal busuk.. Wassalam..
Read more ...

Selamat Hari Papa !

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Hari Bapa kepada semua pembaca blog erazfadli.com! Untuk Eraz, alhamdulillah, ini tahun ke 3 ke 4 tahun bergelar bapa selepas berkahwin berkahwin pada tahun 2011.. Selepas berkahwin, bukan terus dapat bergelar bapa tetapi ada mengharungi pelbagai cabaran dan perasaan juga.. Bunting pelamin tu ada tetapi Allah pinjam sekejap sahaja kepada kami untuk memberikan keyakinan supaya berusaha lebih untuk menjadi ibu bapa..


Alhamdulillah bulan Julai 2013 setelah dua tahun bergelar suami, puteri kami. Zara lahir kedua.. Perasaan memang tak dapat digambarkan masa.. Al-maklum la anak sulung.. Then alhamdulillah, lepas dua tahun, Adam pula hadir.. Sekarang Zara dah bergelar dan nak masuk sekolah dah manakala Adam dah nak dapat berjalan lancar.. Pengorbanan?

Bagi sesesiapa dah alami, for sure tahu.. Tanggungjawab kan.. Baru la faham macamana kuatnya insan bergelar bapa dalam kehidupan seharian bergelar lelaki, bapa, abang, adik, kawan, pekerja dan lain-lain.. Tahap mana sakit kepala tu, anda sajelah yang tahu.. Apa yang difikirkan, anda juga la yang tahu.. Apa-apa pun, Selamat Hari Bapa sekali lagi kepada semua!!
Read more ...

Saturday, 18 June 2016

Child Safety Locks Diperlukan Sebab Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Masa Zara kecik-kecik dulu, tak de pula kami nak kena beli child safety locks ni.. Maybe sebab Zara tu perempuan, keaktifan dia terkawal.. Tapi berbeza dengan anak lelaki kami yang sorang ni.. Adam Fitri.. Keaktifan di memang berbeza dengan kakak dia.. Al-maklum la budak lelaki kan.. Semuanya bermula lepas di pandai meniarap dan merangkak..

Bila dah start boleh bergerak ke sana ke sini, mula-mula dah pandai masuk menyorok bawah meja.. Lepas tu dah pandai nak masuk bilik air sendiri.. Lagi? Dah pandai nak pegang untuk matikan butang suis kipas berdiri.. Lagi dan lagi.. Terbaru ialah laci a.k.a drawer dan pintu kabinet di mana sahaja termasuk di dapur, Adam nak selongkar.. Bukan nak mengemas, tapi nak keluarkan semua barang dalam tu..


So child safety locks memang sangat diperlukan sekarang.. Banyak jenama ada di luar.. Kami dah dua kali beli dan kedua-dua jenama yang berbeza.. Ianya sangat penting untuk mengelakkan anak kecil bukak laci atau pintu kabinet yang tak sepatutnya dan boleh membahaya kan mereka.. Kadang-kadang kita tak sedar kan..

So kalau korang perlukan sesuatu untuk lock kan laci atau pintu kabinet apa-apa pun, boleh lah beli child safety locks ni di mana yang ada.. Kalau ada DIY tempat korang, kat situ ada.. Size pun panjang sikit.. Kalau tidak, di mall yang ada barangan baby pun selalunya ada.. Insyaallah ia akan membantu kita hilangkan risau serta rumah kurang bersepah.. Hehe..

Semoga entri ni dapat membantu.. Wassalam..
Read more ...

Friday, 17 June 2016

Cerekarama Mek Kelate TV3

Cerekarama Mek Kelate TV3 | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dah lama tahu akan kewujudan drama ni.. Tapi masa tu tak pasti bila siarannya.. Tup tup keluar promo di TV3 untuk tayangan bulan Ramadhan.. Sebagai orang Kelantan, memang nak tengok la.. Tarikan untuk kami kan.. Tak pasti sangat jalan cerita keseluruhan.. Tapi ini ada sedikit sinopsis..

Cerekarama Mek Kelate TV3

Mek Kelate mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Mek Tie, Mek Nor dan Mek Yea keluar mencari rezeki di Kuala Lumpur.. Dalam pada melaksanakan misi pencarian rezeki mereka, pelbagai cabaran dan ragam yang timbul.. Sedikit kekecohan berlaku pada 3 sahabat ini dalam mencari wang di Kuala Lumpur.. Apa impian mereka? Dapatkah tercapai? Memang kena tengok drama dalam slot cerekarama TV3 iaitu Mek Kelate yang dilakukan oleh Janna Nick, Kilafairy dan Tisha Shamsir..

Cerekarama Mek Kelate TV3

Katanya ada penampilan Fasha Sandha.. Betul ke tak, memang kena tengok dulu la.. Hehe.. Rasanya macam takde.. Mungkin penulis blog tu silap orang kot.. Boleh ke Janna Nick dengan Kilafairy bercakap dialek Kelantan? Haaa.. Itu menarik.. Nama pun tak asing lagi kan.. Tapi Tisha Shamsir mungkin ramai yang tak biasa dengar..

Cerekarama Mek Kelate TV3

Tisha Shamsir memang sedia maklum orang Pasir Puteh Kelantan.. Tisha Shamsir mungkin asing sikit bagi semua, tapi dia pernah berlaku filem Villa Nabila, penampilan awal dalam Polis Evo, pelakon tetap siri Gerak Khas, drama bodyguard serta peserta Mentor..

Cerekarama Mek Kelate TV3

Tayangan bila? Tak lama dah sebab esok.. Haha.. Slot Cerekarama, Sabtu, 18 Jun 2016 pukul 10.00 malam.. Jom rekod awal-awal.. Mana tahu lambat sampai dari Solat Terawih kan..

Cerekarama Mek Kelate TV3

#Selamat menonton Cerekarama Mek Kelate TV3

Cerekarama Mek Kelate TV3
Read more ...

Thursday, 16 June 2016

Beli Barang Dapur, Bayar dan Tinggalkan?


Assalamualaikum w.b.t.. Berdasarkan tajuk entri tu, mesti dah boleh baca kan apa isi dalammya.. Mula-mula beli barang dan spesifiknya barang dapur.. Lepas tu macam biasa biasa beratur di kaunter untuk bayar.. Then bila dan bayar semua, terus angkut ke kereta untuk bawa balik ke rumah kan.. 

Tapi lepas sampai rumah, angkut semua barang then tiba-tiba macam ada benda kurang.. Rupa-rupanya ada barang yang mana satu atau dua plastik tertinggal.. Apakah perasaan anda? Kalau pertama kali berlaku apa rasa? Kalau repeat kali kedua berlaku dengan nilai yang lebih banyak, apa lagi perasaan korang? Hehe..

Itu la yang terjadi pada Eraz sejak dua tiga minggu ni.. Perkara sama berulang.. Satu sebelum puasa, satu dalam puasa.. Punyalah pergi beli barang dapur sorang-sorang, boleh pulak tinggalkan kat situ.. Confirm tinggal tu sebab dalam resit dalam barang tu.. Kalau nak kata tinggal ni tempat parking, mungkin tak logik.. Mungkin tertinggal di atas simen tepi kaunter.. Errrmmmm.. Takde rezeki.. Redha..

Kenapa agaknya? Rasanya mungkin pelupa, tak fokus or lain-lain la kot.. Sekali fikir, alamak, ruginya wang kan.. Sekali fikir, dah takdir sebab tak berhati-hati.. Bukan rezeki kita.. Kalau dikira untuk perfume, kira untung 3, 4 botol kot.. Hehe.. Takpe lah, next time kena lebih berhati-hati.. So! Siapa nak order De'Xandra Perfume, boleh terus contact DeXandra Perfume Original 0179773382 atau letak je komen di sini, pihak mereka akan hubungi.. Terima kasih.. Wassalam..
Read more ...

Monday, 13 June 2016

Hingus Keluar Dari Telinga Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Hingus keluar dari telinga? Bunyi macam pelik kan.. Tapi harap maklum, ianya tidak mustahil ya.. Mungkin pada anak pertama tidak pernah berlaku.. Tapi tidak mustahil ia akan berlaku pada anak kedua atau seterusnya.. Bagi yang ada pengalaman, mungkin mereka sudah tahu apa perlu dibuat, mana patut bawa anak berkenaan kan.. Tapi yang pertama kali, mungkin akan cara risau juga kan.. Ok!

Kalau lah berlaku pada anak anda keluar macam hingus atau ada juga yang panggil nanah (fizikalnya macam nanah tapi tidak berbau busuk), kena cepat-cepat ke klinik untuk dapatkan ubat telinga dan antibiotik.. Jika terlambat, kita risau akan effect kepada telinga anak tu.. Setiap hari semestinya kena besihkan telinga tu tapi kena berhati-hati.. Elakkan meminta pengasuh bersihkan sebab risau tersalah cara..

Kenapa boleh berlaku hingus / nanah keluar dari telinga ni? Mengikut doktor, salah satu disebabkan oleh anak tu lama selesema.. Sesetengah doktor memberikan sekali ubat selesama tapi ada sesetengah doktor tidak memberikan ubat selesama.. Mungkin ada la effect-effectnya.. Macam-macamana pun, ibu bapa kena cari jalan ubat selesaikan masalah selesema then dalam masa yang sama, hingus dari telinga pun pasti akan berkurangan.. 

Siapa yang ada pengalaman keluarkan hingus anak secara manual dengan masukkan air bercampurkan bahan yang dibenarkan oleh doktor? Bunyinya macam menggerunkan.. Tapi kalau terdesak, memang kena buat la kan.. Harapnya entri ni dapat membantu ibu bapa yang pertama kali tengok ada hingus atau cairan yang keluar dari telinga anak kecil.. Mungkin yang dah ada pengalaman boleh share pengalaman di ruangan komen.. Bagi yang ada pertanyaan, boleh komen juga.. Mungkin ada yang boleh membantu.. 
Read more ...

Sunday, 12 June 2016

Tips Penjagaan Bateri iPhone

Assalamualaikum.. Rasanya dua hari lepas kot ada bercakap dengan anak buah tentang bateri iPhone dia.. Dia kata memang sekejap giler dah habis walaupun dah caj penuh.. Eraz sendiri pun kadang-kadang macam tu tapi pada masa ketika duk online lama sangat la.. Plus layan whatsapp juga kan.. Kalau tak de powerbank, memang gelisab juga la..

So! Entri ni khas untuk semua pengguna iPhone.. Mana-mana geng yang rasa bateri iPhone dia cepat habis, silalah ikut cara ini.. Insyaallah boleh jimat sementara masa ketika kite memang perlu untuk save bateri.. Tambah-tambah masa travel kan.. Tak bawak powerbank pula dan mungkin di kawasan hutan masa tu.. Hehe.. So jom baca ni :


So! Selamat mencuba semua.. Harap-harap dapat membantu.. Wassalam..



Read more ...

Saturday, 11 June 2016

Pesanan Teragung - Siti Nordiana

Pesanan Teragung - Siti Nordiana
Pesanan Teragung - Siti Nordiana (Single 2016)

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak update kepada semua peminat Siti Nordiana yakni Juara Gegar Vaganza Musim kedua tahun lepas.. Single terbaru Nana dah keluar.. Tajuk : Pesanan Teragung.. So korang boleh la dengar kalau ada masa.. Dari segi sisi telinga Eraz, lagu ni mampu popular kalau dipromote dengan baik oleh radio-radio top dan rancangan TV popular.. Mana tahu akan tercalon masuk ke AJL dan majlis anugerah terbaik.. Sedikit info tentang lagu Pesanan Teragung ini ialah :

Tajuk : PESANAN TERAGUNG
Lagu : Audi Mok
Lirik : Omar K

Tengok dari penulis lagu dan lirik tu, dua nama yang dah ada nama baik dalam industri.. Siti Nordiana bernasib baik sebab single keluar awal berbanding dengan Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai dulu.. Ayai dulu hampir setahun kot baru keluar single dengan Awi Rafael tu.. So Nana, dengan nama yang tengah naik ni, Good Luck!! Jom dengar lagu di bawah :


Lirik lagu Pesanan Teragung? Nanti kita usahakan k..
Read more ...

Friday, 10 June 2016

Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa di sini yang kerap kena ulser mulut? Eraz salah seorang daripada korang.. Dah banyak jugak kot entri pasa ulser mulut dalam blog ni.. So ini Eraz jumpa maklumat di facebook dan rasanya molek benar berkongsi.. Mana tahu terlepas kan.. Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut.. 

Selalunya kalau ulser, kalau biasa-biasa, bertahan macam tu je.. Bagi dia sembuh sendiri.. Kalau teruk sangat, baru la pergi klinik atau farmasi.. Paling kurang pun dapat ubat sapu kan.. Kalau teruk sangat, baru dapat ubat telan.. Pernah sekali tu dapat ulser dalam tekak.. Memang perit gila! First time..

Dalam bulan-bulan puasa ni, ulser pun akan kerap kalau kita yang berpuasa ni kurang minum air kosong kan.. Memang niat tu nak minum bagi cukup air kosong, tapi bila tiba masa, memang terlupa minum sampai ke sahur..

So! Ini adalah Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulut yang terdiri dari :










Read more ...

Thursday, 9 June 2016

Tepatkan Percaturan Ambil Perlindungan Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya sebelum berkahwin, memang tak de fikir pun nak dapatkan perlindungan untuk diri sendiri.. Kebetulan pula tempat kerja sekarang memang dah ada perlindungan untuk staf iaitu AIA.. Kira nak pergi klinik, tak kena bayar dah.. Nak pergi hospital swasta terpilih pun ok dengan AIA walaupun tak pernah guna kan.. Bila dan kahwin, wife pun ada kelebihan dia untuk kebajikan perubatan melalui tempat dia kerja..

Tapi sejak dua menjak lepas tu, terfikir nak ambil perlindungan untuk diri sendiri, wife dan dua anak tersayang tu.. Rasa macam perlu pulak.. Ya la, mana la tahu kan, kot-kot berlaku apa-apa yang tidak diingini.. Malang tu tak berbau.. Kawan zaman sekolah dulu ada seorang yang jadi pengurus kewangan Prudential BSN Takaful ni.. Pernah la bincang dengan dia.. Tapi lepas pada tu, berkobar-kobar tu hilang untuk mulakan.. Hehe.. Kebetulan pula kawan sekolah tu tinggal jauh dari Kelantan..

Tup-tup awal tahun ni ke hujung tahun lepas kalau tak silap, lepas bincang dengan wife, tengok-tengok perbelanjaan bulanan, rasanya perlu kot kami mulakan.. Kira nak ambil satu family.. Sebab nak bincang dengan lebih detail bersemuka, Eraz dan wife decide panggil seorang lagi kawan dari matrix dulu datang.. As usual, jumpa di kopitiam la.. Discuss-disscuss tengok bajet pada masa tu, ok la.. Mungkin boleh proceed ni..

Dan alhamdulillah, kami selamat selesai dapatkan perlindungan dengan Prudential BSN Takaful.. Eraz paling tinggi sebab kepala kan.. Wife rendah sikit je.. Anak-anak dua-dua ambil juga yang plan RM 100 ++.. Termasuk untuk pendidikan mereka nanti.. So dapatlah kad di bawah ni..


So sampai sekarang memang diteruskan macam biasa.. Kalau dicampurkan keempat-empat individu yang dilindung, total RM 700 ++ juga.. Harapnya kewangan kami maintain setiap bulan untuk cover perlindungan ni.. Kalau fikirkan perbelanjaan, memang tak nak lagi kot.. Tapi bila fikirkan anak isteri, pengorbanan sebagai ibu bapa tu kena ada.. 
Read more ...

Tuesday, 7 June 2016

Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 USM 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebelum ini Eraz pernah buat entri pasal Tarikh Proses Ujian Saringan Permohonan Jawatan Kosong USM 2016 untuk Gred 41, so kali ini berita baik untuk siapa yang mohon Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 di USM samada di Penang atau Kelantan.. 

Kalau untuk jawatan kosong Gred 41 baru ni, semua proses saringan dilakukan di USM Induk, Penang, tapi kali ni katanya ada juga sesetengah dapat panggilan untuk lakukan ujian saringan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan..

So status samada berjaya atau tidak untuk Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 ke bawah boleh semak di http://erecruit.usm.my/semakanonline/..

Harus di ingat yang kawan-kawan, semakan ini hanya untuk jawatan gred 29 dan ke bawah sahaja juga bagi jawatan yang tidak tersenarai di bawah.. Dikatakan emel makluman lanjut akan dihantar kepada semua calon yang layak.. Boleh lah semak email masing-masing.. Sekiranya tiada, sila berhubung terus dengan pihak kami.. Pihak kami tu merujuk pihak USM.. Maklumat mereka ada di http://erecruit.usm.my/semakanonline/..

Maklumat lain :

Untuk jawatan yang disenaraikan di bawah, Ujian Saringan/Temuduga akan dilaksanakan pada bulan Julai 2016. Sila tunggu makluman selanjutnya dari pihak USM..

1. PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
2. PEGAWAI SAINS C41

Untuk jawatan yang disenaraikan di bawah, tiada ujian saringan akan dilaksanakan.. Calon yang telah mendapat makluman SMS akan terus dipanggil ke sesi temuduga.. Jangkaan pada bulan Julai hingga Ogos 2016.. Tertakluk kepada perubahan.. Sila tunggu makluman selanjutnya dari pihak USM..

1. PEGAWAI FARMASI UF41/UF44/UF48/UF52/UF54
2. PEGAWAI OPTOMETRI U41
3. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
4. PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54
5. PEGAWAI PERUBATAN, GRED UD43/UD44/UD47/UD48/UD51/UD52/UD53/UD54
6. JURURAWAT U29
7. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
8. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
9. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
10. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
11. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
12. PEREKA B29
13. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19




Good Luck semua!
Read more ...

Tanda Korang Dah Boleh Tukar Kerja !

Assalamualaikum w.b.t.. Semestinya ramai pembaca blog Eraz Fadli ni orang yang bekerja dan ada juga yang masih mencari kerja kan.. Juga ramai yang sedang belajar di IPT.. Tapi entri kali ini khas untuk siapa-siapa yang bekerja dan mempunyai simptom-simpton yang akan dinyatakan di bawah.. Perkara biasa la kalau perasaan-perasaan macam ni ada dalam hati dan jiwa kita kan.. 

Eraz sendiri ada ketika rasa masa-masa tu juga nak update resume nak minta kerja baru.. Tapi dalam pada duk stress itu ini, sampai sekarang dah hampir 10 tahun bekerja di sini.. Mungkin isu ni ada banyak sebab yang akan mempengaruhi.. Semestinya sebab kawasan, peluang dan lain-lain lagi.. Tapi apa yang Eraz jumpa di Facebook ni mereka senaraikan tanda-tanda korang dah boleh tukar kerja kalau dapat rasa perasaan macam ni.. Jom baca!










Read more ...