Tuesday 10 May 2016

'Keakraban' Adam Fitri Dengan Doraemon + Nobita

Assalamualaikum w.b.t.. Gelagat anak ni macam-macam.. Masa ada depan mata, kadang-kadang rasa nak pegang je sebab nak bagi mereka duduk diam.. Tapi kalau dah masa hantar ke nursery, kita ke office, teringat la pulak.. Kalau masa buat hal, rasa macam nak marah je.. Tapi fikir-fikir, kelakar pun ada sebab mereka budak-budak lagi kot, tak boleh nak berfikir macam orang dewasa.. 

Tengok la gambar kat bawah tu.. Kalau sampai masa di tengok movie Doraemon, memang diam je depan TV.. Kalau ada masa di rasa nak tengok sambil berdiri, siap lentuk-lentuk lagi di atas kabinet depan TV.. Kami pula yang risau kalau tengok Adam duduk macam tu lama-lama.. Ya la, umur tak sampai setahun, duduk depan tv lama-lama, risau mata boleh terjejas.. So, bila berkelakuan macam tu, memang cepat-cepat ambil dan bagi dia duduk..


Kalau Kakak Zara dia, tengok tv lebih kepada sambil tidur.. Tapi Adam ni lebih suka tengok tv sambil duduk atau berdiri.. Kalau pagi-pagi nak pergi kerja, dan tak nak dia merayap ke sana ke mari, boleh la pasang TV dan letak dia depan.. Kalau nak lama lagi, bagi susu pulak sebotol.. Hehe.. 

2 comments:

  1. kecik2 da suka doraemon..haha! comel!

    ReplyDelete
  2. comel sangat..siap terlentok manja kat depan tv..hehehe..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.