Monday, 9 May 2016

Hampir Kantoi Untuk Kejutan Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam semua tahu ialah Mother's Day kan.. Dan kebetulan pula Eraz cuti bersama anak-anak.. Wife kerja macam biasa.. So boleh la buat plan sikit-sikit.. Sebelum ni fikir nak buat suprise dengan hantarkan bunga.. Tapi macam dah biasa buat kan.. Dan bunga tak boleh makan kan.. Haha.. So plan beli kek la..

Bila anak-anak dah bangun, mandi, makan apa semua, boleh la keluarkan.. Jadi dalam pukul 12:30 tengahari kot Eraz angkut Zara dan Adam pergi kedai kek di Kubang Kerian.. Alhamdulillah, anak-anak pun semua ok-ok.. Sampai je kat kedai, Zara takpe sebab boleh jalan sendiri kan.. Adam terpaksa la dukung.. Bila dah settle beli kek, dengan dukung Adam sebelah, pegang kek sebelah, nak pimpin tangan Zara lagi kan.. Camne.. Tapi alhamdulillah, dari keluar rumah tanpa kek, sampai rumah dengan kek.. Semua ok..


Bila dah sampai rumah, terus masukkan kek dalam peti ais.. Dekat-dekat wife nak balik, baru la bawa keluar kek.. Masa tu nak keluarkan kek dari kotak, wife call sebab nak beritahu dah nak sampai ke rumah.. Zara ada sekali.. Budak-budak kan.. Nasib baik sebab matikan panggilan sebab Zara dah nak beritahu Mama dia yang dia beli kek kat Mama.. Haha.. Nasib baik sempat matikan panggilan.. Kalau tak, hilang suprise..

So Eraz letak kek atas katil sebab kalau bukak je pintu bilik, akan terus nampak kek.. Suprise menjadi.. Alhamdulillah.. Wife gembira, anak-anak gembira, Papa lagi la gembira kan.. Kita sambut sebagai penghargaan sebagai ibu ringkas-ringkas je la.. Janji kek tu sedap dan best di makan.. Zara paling happy nak potong kek.. Makan tu takde la banyak mana pun.. Hehe..

#Hampir Kantoi

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.