Tuesday 24 May 2016

Bila Yang Tersayang Sukakan Sesuatu

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak sehari dua ni, Zara suka sangat makan aiskrim.. So bila semalam, stok tinggal satu dalam peti ais dan Zara makan sampai habis.. Lepas tu dia minta lagi.. Sebenarnya kalau ada pun, kami tak bagi juga sebab tak nak la ajar dia makan ais krim back to back macam tu.. Tapi permintaan Zara tu orang kata terdengar-dengar di telinga.. Haha.. Masa on the way balik kerja, terus la singgah kedai runcit dan beli 3 ketul bawa balik.. 


Kenapa 3? Tak kan nak bagi Zara semua sekali gus kan.. Bukan.. Asalnya dalam kepala plan untuk diri sendiri, wife dan Zara.. Itu plannya.. Tapi tak mustahil Mama Papa berkorban bagi pada Zara je semua.. Hehe.. Tapi sebenarnya itu yang terjadi.. Kami tak makan pun.. Satu dah dimakan oleh Zara.. Dua lagi masih tersimpan dalam peti ais.. Zara makan satu je.. Masa Eraz sampai rumah tadi, memang tak tunjuk pada dia.. Lepas tu baru beritahu.. Itu yang dia makan satu.. Dua lagi dia tak sedar dalam peti ais..

Sekali imbas dengan wife, macam tak percaya anak sulung dah besar.. Next year dah nak masuk tadika walaupun umur ikut bulan tak masuk 4 tahun lagi.. Keinginan Zara untuk belajar tu kuat nampaknya dan dah boleh menghafal serta mengenal..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.