Tuesday, 12 April 2016

Tak Jatuh Ego Seorang Suami Menjemur Pakaian Ahli Keluarganya

Assalamualaikum w.b.t.. "Tak Jatuh Ego Seorang Suami Menjemur Pakaian Ahli Keluarganya " ini merupakan satu status beserta gambar yang telah dimuatturun oleh Founder KBBA a.k.a blogger popular kita di facebook hari ni.. Ben Ashaari.. Sangat menarik isu ni sehingga ramai giler kot yang LIKE dan SHARE.. Pendapat? Pun pelbagai la kan.. Tapi bagi Eraz, setuju sangat dengan pendapat Ben.. Tak jatuh pun ego seorang suami itu apabila menjemur pakaian sendiri dan ahli keluarga nya.. Eraz pernah buat entri lebih kurang pasal ni dulu.. Rujuk entri ni sekejap : Salah ke Lelaki / Suami Buat Kerja Rumah ?


Entri pada 19 AUGUST 2015 tu memang Eraz dah hurai detail tentang pendapat Eraz.. Memang bagi Eraz, biasa je.. Dari kecil Eraz memang didedahkan dengan pandangan menolong kaum wanita a.k.a ibu kita a.k.a kakak kita a.k.a adik perempuan kita a.k.a sekarang ni isteri kita.. Bayangkan masa isteri sedang sarat mengandung ke, mampu ke kita tengok mereka tu buat kerja dengan keadaan yang sedemikian.. Atau masa isteri tidak sihat, tak kan nak biarkan kain tak berbasuh lama kan.. Kang seluar dalam pun takde, susah nanti..

So apa pendapat korang semua terutama kaum-kaum lelaki mahupun bapa-bapa sekalian..

10 comments:

  1. Relax la..Abah SA pun ampai baju gak..sampai dah pencen ni pun dia ampai baju lagi...

    ReplyDelete
  2. dalam islam, buat kerja rumah adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi memang patut bekerjasama la kan.. Cool..

      Delete
  3. betul tu.. tak salah... bantu apa yang patut. tolong menolong kan amalan mulia.. hehe

    ReplyDelete
  4. Abang Eraz!!! Kita dah kembali blogging..hahah. Rindu la kt blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anim!!! Long time no see.. Welcome back dik..

      Delete
  5. Fida kalau suami masak memang rasa bahagianya rasa..Suami Fida tak selalu sangat tolong masak dan kutip kain..Tapi sebulan sekali ada la..sekurang2nya..ada jugak hati dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least ada membantu, ok la.. Lepas ni siapa tahu kan..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.