Tuesday, 12 April 2016

Imunisasi Bayi 9 Bulan | Vaksin Penyakit Campak

Assalamualaikum w.b.t.. Imunisasi Bayi 9 Bulan.. Sebenarnya imunisasi ni baru wujud tahun ni.. Kalau dulu, lepas sahaja imunisasi 6 bulan, terus ke 12 bulan kan.. Vaksin Penyakit Campak.. Tetapi rasanya bermula tahun 2016 ni, Vaksin Penyakit Campak ditambahkan dos dan ianya dimulakan pada bulan ke 9.. So semalam, kami bawa Adam Fitri untuk dapatkan suntikan vaksin tu..


Sebenarnya umur Adam dah nak masuk 11 bulan.. Tapi disebabkan demam dan sebagainya, baru semalam baru boleh dapatkan suntikan.. So untuk imunisasi bayi 12 bulan, vaksin penyakit campak seterusnya pun akan lambat juga la.. Setakat ni alhamdulillah, tak pernah lagi demam selepas dapatkan suntikan.. Tapi kali ni nampak lain macam.. Lepas Maghrib tu dah dapat rasa badan Adam mula panas.. Terus pukul 8.00 malam kami check suhu badan dah naik ke 38.7.. Terus bagi ubat..


Tengahmalam selepas 6 jam sekali lagi.. Disebabkan tak selesa, memang Adam tak nak duduk dalam bilik.. Terpaksa la bawa Adam main-main kat luar walaupun dah pukul 2.00 pagi.. Tertidur terus di luar.. Hari ni dalam pukul 9 pagi, sekali lagi bagi ubat supaya demam tu tak melarat.. Harapnya esok Adam dah ok.. Risau jugak kan.. So arini, wife terpaksa EL dan esok kalau tak ok, Eraz akan ambil turn..

4 comments:

  1. Mudah-mudahan Adam sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..so mcm mana Adam hari ni

      Delete
    2. Hari ni Adam dah ok.. Dah pergi nursery.. :)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.