Monday, 4 April 2016

Hari Keluarga di Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, selepas sekian lama tak join Hari Terbuka bersama rakan-rakan pejabat, tahun 2016 ni, berjaya juga dilaksanakan walaupun ada rintangan serba sedikit situ sini.. Digabungkan bersama staf dari Kelantan dan Terengganu, so ahlinya bertambah-tambahlah ramai.. Semasa awal perbincangan, beberapa kali berubaha tempat.. Antara nama destinasi yang sempat dibincangkan ialah Bandung, Krabi, Kota Kinabalu dan bebeapa hari lagi.. Tapi akhirnya, bincang punya bincang, pergi tempat dekat je la.. Paling penting ialah save masa dan semua family boleh join kan..


Tok Aman Bali Beach Resort terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan.. Ini merupakan kali kedua Eraz ke sana.. Kalau dulu hanya bersama wife sebab baru kahwin, tapi kali ni, bersama wife dan Zara serta Adam.. Selain berfamily day ni, niat paling penting lagi ialah nak luang masa bersama anak untuk bergembira.. Budak-budak mana yang tak suka main air kan? So sampai je petang tu, lepas tea break sesi petang, sebelum berBBQ untuk dinner, terus bawa Zara dan Adam main air.. Bagusnya anak kami ni, bukan kami yang perlu ajak untuk naik ke bilik lepas main air, tapi Zara sendiri yang bagitahu nak naik.. 


Kalau tak de BBQ, tele match, bukan namanya Hari Keluarga kan.. Alhamdulillah, walaupun Zara masih kecik dan tak boleh nak join sangat game, tapi bapaknya sempat la main dua tiga permainan.. Masa yang diluangkan memang sangat berharga selepas sakit kepala bekerja walaupun dah tahu bila masuk office nanti, memang akan sakit kepala lagi! Haha.. Dalam kepala, memang akan bawa anak-anak untuk beraktiviti macam ni lagi walaupun pun Hari Keluarga yang besar, tapi hanya kami-kami je..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.