Thursday, 7 April 2016

Giliran Adam Fitri !

Assalamualaikum w.b.t.. Ok.. Kalau kakak Zara Faleesya dulu, dia tak agresif sangat dengan stereng kereta ni.. Walaupun masih kecil, tak de la dia macam minta nak pergi ke seat driver untuk main stereng tu.. Kalau ada peluang Eraz ambil Zara then letak atas riba, dia pegang kejap.. Lepas tu terus duduk diam.. Kira macam rest je.. Tak de la sibuk nak drive sama kan.. So selalu la masa nak hantar pergi nursery, sengaja ambil Zara letak atas pangku.. Tapi berbeza dengan adik Adam Fitri ni..


Sekarang ni memang dia dah mula tak boleh tengok stereng kereta.. Kalau duduk dalam car seat, kalau boleh nak bukak seat belt then terus pergi ke seat driver.. Kalau masa Mama dia pegang, memang nampak dia nak sangat ke tempat Papa drive.. Sangat berbeza dengan kakak dia, bila Adam dapat stereng, memang dialah driver jadinya.. Terus pegang stereng dan pegang itu itu.. Lampu ke viper je, memang on la jadinya.. Dan susah nak drive kalau dia ada di pangkuan.. So better tak offer terus pada Adam semasa drive..

Memang nampak apa berbezanya tingkah laku antara anak lelaki dan anak perempuan.. Anak lelaki memang suka sangat explore benda baru dengan agresif berbanding dengan anak perempuan yang suka juga explore tetapi bahave sikit.. Haha.. Bab pegang anak masa drive tadi, memang tidak digalakkan tapi Eraz kadang-kadang buat kalau nak drive ke destinasi yang sangat dekat.. 

Sekarang Adam masih lagi merangkak dan dalam proses nak belajar berjalan.. Rasanya bila dia dah mula berjalan, for sure nak duduk di seat belakang sebab setiap kali naik kereta, mesti duk intai kakak Zara dia di belakang sedang buat apa.. Kalau Zara dulu memang Mama dia pangku di depan sehinggalah Adam Fitri lahir. 

6 comments:

  1. ragam anak lelaki memang berlainan...syok layan...

    ReplyDelete
  2. Huhu..Ammar pun sama...Suka sgt port dkt stereng kete ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Kene tunggu ayyan besar nak tau jgk dia suka tak stereng kete haha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.