Monday, 4 April 2016

Bila Sherry Ibrahim Bertudung

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya semalam kot terbaca di Berita Harian Online yang Sherry Ibrahim kini sudah bertudung.. Alhamdulillah.. Setuju atau tidak, mana-mana artis wanita yang dulunya free hair tetapi sekarang ni bertudung, memang akan bertambah cantik dan berseri-seri.. Siapa setuju? Sebelum ni memang tak rasa pun nak terjah instagram Sherry Ibrahim ni.. Tapi lepas dapat tahu dia bertudung, terus rasa nak terjah instagram Sherry Ibrahim.. Memang bertambah serinya bila dia bertudung.. Harapnya lepas ni, makin ramai artis wanita kita bertudung.. Rasanya Sherry Ibrahim tak akan hilang peminat dengan bertudung, tetapi tidak mustahil akan bertambah lagi peminatnya..

Sherry Ibrahim Bertudung

Dengarnya Sherry Ibrahim juga akan menyertai program realiti terbaru Astro iaitu Gempak SuperStar.. Mana tahu Sherry Ibrahim akan rezeki untuk menjadi juara atau berada di tempat yang baik kan.. Artis wanita ni, kadang-kadang kita tak sangka pun dia akan bertudung sekelip mata cepat.. Hidayah dia.. Tapi ada juga artis wanita yang kita rasa macam dengan sikap dan sifatnya sekarang, dia yang dirasakan akan bertudung, tidak berlaku.. Jadi macam biasa, don't judge a book by its cover..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.