Tuesday, 8 March 2016

Tebus Mata Drypers Point Shop di Drypers Baby Club

Assalamualaikum w.b.t.. Ramai tak pengguna Drypers kat sini untuk anak-anak korang? Perasan tak yang di bungkusan Drypers tu ada no. macam kod yang boleh di key in dalam portal drypers untuk dapatkan point? Kalau point tu banyak, dapat la redeem barang dari Drypers.. At least dapat la benda-benda tu free kan.. Sebenarnya, Eraz sendiri pun tak sedar.. Tapi kawan wife yang beritahu wife sendiri.. Zara dan Adam, dua-dua guna drypers.. Tapi masa tahu tu, Zara dah besar.. Dah banyak buang la.. Tapi lepas pada tu, kami kumpul no. kod tu dan key in dalam Drypers Baby Club.. Tapi tak semua juga la berjaya key in sebab kadang-kadang pak cik lupo.. Buang plastik tu.. Haha..

Tapi hasilnya ok la jugak.. Last week Eraz dah berjaya kumpulkan dalam 5700 point.. Jadi untuk redeem pertama kali ni, dapat la redeem dua barang mainan untuk anak.. Baki 600 simpan dulu.. At least free kan.. Dah redeem last week, tapi bila dapat tu, tak tahu la bila.. Tak kisahlah, janji dapat sebab benda free kan.. Bukan bayar pun.. Yang bayar, pampers tu je untuk kegunaan harian.. So kali ni dapat redeem Rub-a-Dub Soft Book dengan Clack-and-Slide Activity.. Total point diguna 5100..


So siapa di sini baru pertama kali tahu akan perkara ni? So kalau anak korang pengguna drypers, apa salahnya kumpulkan no. kod tu untuk key-in.. Sekejap je.. At least boleh dapatkan sesuatu dari pampers yang kita beli kan.. Senarai barang tu tak de la banyak sangat.. Tapi kalau point banyak, boleh la pilih-pilih.. Kumpul je dulu points.. Bila dah banyak, baru decide untuk redeem.. Baru la banyak pilihan kan.. Ini antara senarai barang yang boleh diredeem.. Mulanya nak redeem pampers.. Tapi macam rugi je.. Sebab kuantiti sikit!


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.