Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah yang diletakkan oleh Metro Ahad hari ni.. Pulau Kereta Hantu.. Jangan ingat ini cerita hantu kan.. Al-maklum la filem Munafik tengah in sekarang.. Hehe.. Ini kes kereta klon yang mewah dari Singapura untuk dijual kepada orang Malaysia.. Kes-kes yang salah di sisi undang-undang ni biasa la.. Senang je di kesan oleh pihak yang berkenaan.. Sama je dengan kes-kes yang tidak sah lain.. Macam pelaburan skim cepat kaya ke, seludup barang itu ini ke, penyelewangan ke kan.. Apa-apa pun, balik kepada kes kes mewah yang klon ni..
Eraz seorang yang jenis memang tak suka kereta second hand.. Bukan sebab nak berlajak untuk dapatkan kereta baru.. Tapi fikirkan pasal jangka masa panjang.. Walaupun nak jenis kereta baru, bukan la sampai nak beli kereta berjenama mahal.. Kereta keluaran Malaysia pun ok je.. Janji boleh pakai dan kita selesa..
Serius.. Dalam kes ni, kepala orang ni hak dia.. Pemikiran pun lain-lain la.. Tak salah nak pakai kereta mewah second hand.. Atas minat dan kemampuan sendiri la.. Tapi dalam kes ni, dah la salah di sisi undang-undang.. Lepas tu klon pulak.. Rasa-rasanya selesa ke drive ke sana ke sini sedangkan kita tahu itu kereta tak sah? Renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.