Assalamualaikum w.b.t.. Ajar Zara berenang? Memang tak la.. Dia sendiri pun tak tahu mahir ke tak, ini nak ajar anak? Kalau betul serius, kena bawa masuk kelas la kan.. Sebenarnya ini salah satu daripada aktiviti kami semasa menginap di Hotel Permai Kuala Terengganu yang lepas.. Memang plan pun untuk riadah petang kiranya.. Bukan untuk papa or mama, tapi khas untuk Zara.. Jarang-jarang sekali dapat rehat bersama, so luangkan la masa untuk main air kolam kan.. Nama pun budak-budak.. So bila budak-budak nak main, papa or mama la terpaksa main sekali di kolam kanak-kanak tu..
Ada bawa Zara ke kolam dewasa.. Tapi sekejap je dia bertahan di situ sebab bosan kot.. Dekat kolam budak-budak, ramai 'kawan-kawan'.. So lepas bawa 'berenang' dua tiga round, terus Zara beritahu papa nak pergi ke kolam sebelah.. Tempat mula-mula dia turun.. Padahal situ ramai orang.. Tak de la bebas sangat kan.. So layan je la.. Memang masa tu khas untuk dia.. Sebelum ni main tak pakaikan pelampung ala-ala life jacket tu.. Tapi sebab baru beli dan terus try bagi dia pakai.. Alhamdulillah, Zara tak de merengek suruh buang.. Dia pakai je sampai habis..
Paling best lagi, Papa Mama tak sempat nak ajak naik masuk bilik sebab risau dia sejuk, dia sendiri yang minta nak naik.. Memang kami nampak dia macam nak sejuk dah.. Lagi satu, mungkin Zara ni tengok dalam tv, lepas pakaikan jacket keselamatan tu, dia macam pandai pulak nak berenang.. Pandai pulak dia libas-libaskan kaki belakang.. Zara nak masuk kelas berenang ke? Hehe.. Apa-apa pun, masa camni la sangat berharga antara parents dan anak..
Sepatutnya Adam Fitri pun main sama.. Tapi nasib tak baik dia sebab Adam tiba-tiba demam.. Adam maybe ok, tapi kami la yang frust sebab tak dapat nak ajak Adam main kolam kan.. Hujung bulan ni kami plan nak pergi bercuti di Tok Aman Bali.. So mungkin masa tu tak de halangan lagi.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.