Sunday, 6 March 2016

Pantas Masa | Sangat Subjektif !

Assalamualaikum w.b.t.. Sejam dirasakan seminit.. Sehari dirasakan sejam.. Seminggu dirasakan sehari.. Sebulan dirasakan seminggu.. Setahun dirasakan sebulan.. Yes.. Ini yang dirasakan sekarang.. Masa sangat-sangat pantas berlalu.. Ada hari-hari kita mengharapkan masa tu bergerak perlahan.. Ada masanya pula kita mengharapkan masa tu patut bergerak pantas.. Bagi Eraz sendiri, rasa macam baru je masuk tahun 2016, tapi hari ni dah 06 haribulan 3.. Apa yang sudah kita buat untuk tahun 2016 ni? Apa yang sudah kita capai untuk tahun 2016 ni? Personal, Family, Personal, Agama dan lain-lain.. Bernilai kah setiap masa yang berlalu tu?


Pertama kali apa yang perlu ialah bersyukur kerana masih diberikan peluang buka mata di awal pagi untuk meneruskan hidup.. Kedua masih diberikan peluang untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anak, keselesaan isteri serta keluarga dan mungkin orang sekeliling.. Ketiga, diberikan kesihatan yang baik.. Keempat, diberikan kehidupan anak-anak serta kesihatan yang baik juga kepada ibu bapa.. Dan lain-lain lagi la.. Juga dipanjangkan umur untuk terus menjadi hamba Allah yang baik.. Pengisiannya macamana? Semakin hari tu berjalan, makin bertambahlah umur kita.. Sudah berjaya ke hidup kita sebagai seorang hamba Allah? Atau sebagai seorang anak? Atau sebagai seorang suami atau isteri? Atau sebagai seorang ibu atau bapa.. Atau juga sebagai seorang pekerja? Juga seorang kawan? Dan lain-lain..

Januari 2016, Februari 2016, Mac 2016 sekarang.. Next April 2016 dan seterusnya tiba ke Disember 2016.. Tinggalkan entri ni dengan tanda tanya.. Sama-sama kita doakan yang terbaik..

1 comment:

  1. Amin....moga kita manfaatkan setiap detik waktu yang dipinjamkan...in sya Allah..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.