Saturday, 12 March 2016

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa

Assalamualaikum w.b.t.. Bila ada hujung bersama dengan wife dan kebetulan memang ada hal nak keluar, tempat lunch favourite kami ialah Nasi Ulam Cikgu.. Kalau sebut nasi ulam cikgu, memang semua orang Kota Bharu atau Kelantan umumnya akan tahu.. Orang akan bayangkan ramainya orang dan sedapnya makanan mereka.. Ramai tertumpu di Perkampungan Kraftangan di Kota Bharu.. Tapi disebabkan cawangannya di Pengkalan Chepa lagi dekat dengan kami, so kami terjah je ke sana.. Memang rasa sama je.. Orang pun  penuh.. Cuma tempat makan sedikit terhad..


Kalau dah ke sana, menu wajib kami semestinya Ikan Keli Goreng.. Dah la besar.. Garing dan rangup pulak tu.. Serius.. Sayur lemak, kadang-kadang ambil telur dadar, kadang-kadang tukar dengan resepi ayam.. Yang paling best ulam-ulaman la.. Kacang botol dengan pucuk jenerih! Budu plus tompoyak.. Fullamak.. Air pula boleh pilih banyak.. Tapi selalu ambil air bandung atau air sirap la.. 

Bab harga memang kadang-kadang tak sangka.. Setakat ambil menu tadi tu, tak lepas RM 20 pun.. Memang tak rugi la.. Ambil memang kira banyak la untuk Eraz, wife dan Zara.. Adam kecil lagi.. Air suam pun free je.. So kalau mana-mana nak cari nasi ulam terbaik, boleh ke sana.. Dengarnya ada satu cawangan lagi di KTC.. Tak pernah pergi lagi.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.