Assalamualaikum w.b.t.. Sebab pasa Ikea, mesti teringat akan barang-barangnya dan seterusnya Meatball.. Kalau sesiapa yang ke Ikea, mesti akan 'belasah' meatball tu kan.. Tapi agaknya kenapa menjadi perhatian? Sedap sangat ke? Eraz ni orang Kelantan.. Kalau nak pergi selalu ke Ikea, memang tak la.. Jarang-jarang ke KL dengan family atau atas urusan kerja, sempat la juga ke sana.. Barang-barang kat sana memang boleh buat kita rambang mata kan.. Dan bila dah sampai sana, memang tak boleh miss la kan Meatballnya sekali.. Hehe..
Pengalaman pertama rasa meatball ni masa pergi Ikea Damansara dan masa tu alhamdulillah, ada kawan seoffice belanja.. Alhamdulillah.. Dah la orang kata sedap kan, lepas tu ada orang belanja pulak.. Bertambah-tambah la sedapnya kot.. Hehe.. So bila first time nampak depan mata tu, errrmmmm, habis ke tak ni.. Tapi try la dulu.. Ok! Serius memang sedap! Haha.. Tambah dengan sos dan bahan-bahan lain yang ada tu, bertambah-tambah la selera makan.. Pada awalnya ingatkan tak habis, rupanya licin juga..
Tambah lagi, kawan tu order ayam, desert.. Alamak, memang kenyang la dinner malam tu.. Fully Sponsored pulak tu kan.. Alhamdulillah.. Pada kawan yang berkenaan, terima kasih.. Semoga murah lagi rezeki anda.. Nak balik pulak, ditapaukan lagi karipap Ikea tu.. Fuh! Korang pula macamana? Meatball Ikea ni kena dengan selera korang tak? Kalau Eraz, memang repeat lagi la lepas ni.. Hehe..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.