Sunday, 13 March 2016

Kisah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t.. Kisah di Kuala Terengganu ni bermula semalam hinggalah hari ini.. Masa taip entri ni, Eraz dan keluarga dah selamat sampai di Kota Bharu.. Alhamdulillah.. Sekarang dah pukul 11.37 pm tapi rasa macam nak taip sesuatu di blog.. Al-maklum la hari ni macam kosong je di sini.. Bermula dengan ajakan dan jemputan pihak keluarga ke satu majlis perkahwinan sepupu wife hari ini, bermulalah plan si bapa untuk anak-anak dan isteri.. Keluarga sebelah mertua ada ajak juga kek Cameron Highlands pada hari Jumaat dan Sabtu, tetapi terpaksa mengecualikan diri kerana wife tak berapa nak ok lagi.. Sorry family.. Tapi ke Terengganu ok la sebab jalan tak mendaki bukit kan..


Perancangan itu ini dibuat untuk dua hari di Kuala Terengganu (KT) tetapi apa kan daya, tak berapa nak mengizinkan walaupun sudah sampai di sana.. Pada awal Jumaat, kami berkemas dan keluar makan, Adam Fitri masih ok.. Tapi bila sampai nak bertolak dan on the way ke KT, badan Adam dah mula panas balik.. Nak patah balik, dah sekerat jalan.. Hotel pun dah bayar.. So teruskan sahaja lah.. Berbekalkan ubat yang ada dan basahkan badan serta kepala Adam, demam nampak on off kebah tak kebah.. Ada ketika dia macam tak bermaya langsung, ada ketika dia bangun main jam 3 hingga 5 pagi semalam, ada ketika dia panas badan, ada ketika badan dia ok.. Semua on off.. Memang kena sabar..

Dan beberapa perancangan kami memang tersasar kerana memikirkan ketidakselesaan Adam.. Walaupun boleh dilaksanakan tetapi Adam tidak selesa, sebagai ibu bapa, pun akan menjadi tidak selesa la kan.. Tak pe family ku, nanti kita buat trip lagi.. Don't worry.. Mungkin bukan masa kita kali ni.. Walaupun begitu, ada beberapa aktiviti sempat dilakukan semasa Adam ok.. Alhamdulillah, wife dan anak-anak suka, syukur.. Nanti kita story morry.. Hehe..

Sekarang? Sampai di rumah semula tadi, sempat bagi Adam dan Zara makan dan lepas tu badan Adam panas balik.. Mandikan dan kasi dia tidur.. Saat ini, badan Adam masih ok.. Bintik-bintik merah timbul di kulit hari ni.. Tak tahu samada campak atau alergik.. Insyaallah esok nak bawa p jumpa doktor..

#Tahniah kepada Izzat dan Sarah kerana sah bergelar suami isteri hari ini, 13 Mac 2016.. Plan asal nak pernah majlis akad nikah Izzat juga tergendala..


2 comments:

  1. comelnya adam tdo gitu...mcm anak kita juga suka tdo di pangku...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.