Drama | Dia Semanis Honey (Akan Datang Mei 2016) - Assalamualaikum w.b.t.. Lepas update pasal drama terbaru arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey baru ni, rasa macam nak baca sinopsis pulak.. Katanya drama ni akan ditayangkan pada bulan Mei 2016 ini di saluran Astro Ria dan Ria HD.. Tak pasti la slot mana satu kan.. Banyak update terkini tentang drama ni, korang boleh Like Page Dia Semanis Honey ni.. Pelakon pula nampaknya gabungan lama dan baru.. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Hairul Azreen, Nadya Syahera, Erin Malek, Hafeez Mikail, Ziha AF dan lain-lain.. Sinopsis? Ada di bawah :
Sinopsis:-
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.
Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….
Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.
“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.
“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.
“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.
Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?
Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”
“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.