Friday, 11 March 2016

Cabaran Masa Solat Dengan Anak Kecil

Assalamualaikum w.b.t.. Ini perkara biasa kot untuk semua orang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil..Tak kira anak yang pertama ke, kedua ke, ketiga ke dan seterusnya.. Mesti punya akan alami kalau masa solat tu, berdua je atau terlepas pandang sikit je.. Boleh bayangkan masa solat tu, anak kita tiba-tiba naik atas riba je, bergantung pegang atas belakang sebab nak berdiri ke, duduk tersenyum simpul atas sejadah tempat sujud ke, merangkak ke sana ke sini atas sejadah depan kita ke, dan lain-lain..


Bermula dengan Zara dulu, memang macam.. Tapi ada positifnya.. Mula-mula dulu merangkak duduk berhampiran.. Duduk di sebelah.. Kadang-kadang terlepas juga duduk atas sejadah masa kami berdua.. Tapi sekarang bila dia dah besar, walaupun umur tak sampai 3 tahun lagi, bila nampak je mama papa nak solat, dia pun dah pandai hampar sejadah.. Dah tahu cara angkat takbir.. Cara letak kedua-dua tanya.. Sujud.. Duduk tahiyat awal, berdoa dan ada beberapa lagi.. Tapi bacaan belum pandai lagi la.. Baru 2 tahu lebih kan.. Budak-budak memang cepat belajar..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.