Tuesday, 15 March 2016

Bila Kena Demam Panas Secara Mengejut !

Assalamualaikum w.b.t.. Al-kisahnya semalam, dalam pada menguruskan Adam Fitri yang demam, sekali Papa nya juga demam secara tiba-tiba.. Wife memang cuti semalam sebab ingin menjaga Adam Fitri yang demam.. Habis satu badan berbintik merah.. Kata doktor, itu virus biasa.. Bergantung kepada antibodi seseorang budak itu.. Tapi di Papa nya pula, malam yang sampai dari Kuala Terengganu tu macam ok je lagi.. Nak tidur malam pun macam ok je lagi.. Tapi alih-alih bangun pagi nak pergi kerja tu, wife kata banda panas giler! Eh! Tapi tetap gagah kan diri pergi kerja juga.. Sampai on time alhamdulillah..

Tapi bila sampai je office, terus mula rasa mengantuk giler, badan rasa berat dan penat giler, sejuk aircond lagi la bertambah-tambah rasa demam ni.. Badan memang tak payah nak cakap la, memang panas sepanas-panasnya.. Tapi tetap terus kan kerja lagi.. Lama kelamaannya, tak tahan juga, telan panadol.. Rasa macam tak ok juga, so decide ke klinik untuk jumpa doktor.. Check-check memang demam panas la.. Kepala dah mula sakit.. Betis ke bawah dah mula sakit.. Sejuk tak payah nak cakap la.. Tapi badan panas.. So doktor bagi la MC sehari.. Sampai rumah, tak sempat nak main dengan anak ke apa, terus tidur sampai ke pukul 6 petang.. Alhamdulillah, lepas bangun tu ok la sikit..


Makan memang tak payah nak cakap la.. Beli nasi kerabu konon nak buat lunch, tapi memang tak sentuh.. Tak lalu langsung.. Dinner? Pun sama.. Walaupun ada tomyam, request buah je.. Memang tak lalu.. Dalam kepala duk fikir, jangan la makin kurus aku ni.. Hehe.. Request nak tidur awal alih-alih bila dah tidur, wife kejut sekali lagi untuk makan ubat sebab badan mula panas balik.. Alahai.. Hari ni? Datang kerja walaupun tak larat sebab pagi ada meeting.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.