Assalamualaikum w.b.t.. Sabtu baru ni wife ada whatsapp satu gambar tudung koleksi Siti Nurhaliza di Ariani.. Nampak cantik.. Harga pun ada less ni.. Masa tu wife hantar gambar Instant Erina yang harga asal RM 149, jadi RM 75.. Lepas bincang-bincang, ok la, Eraz setuju nak belanja wife dua tudung.. Dia happy, kita lagi la happy kan.. Try untuk terjah pergi pada malamnya tu juga sebab lepas ni tak tahu ada free masa ke tak kan.. Tapi Ariani ni tutup awal.. 8.30 malam dah tutup.. So decide pergi semalam selepas ambil anak di nursery.. Memang kami berempat la masuk sekali.. Adam for sure kena bergilir dukung sebab baru dapat merangkak kan..
elajah punya jelajah dalam kedai tu, nampak macam tak berkenan dengan jenis kain tudung tu.. So decide untuk beli design yang lain.. Kita orang lelaki ni, tengok macam sama je semua.. Kain tu panas ke atau sejuk bila pakai, mana la tahu kan.. Kalau nak tanya pendapat pasal corak dan warna, boleh la.. Design Ariani memang setengah tu memang cantik.. Kalau simple pun, mereka akan bermain dengan warna atau manik-manik kan.. Sebab tu la ada harga yang 400 lebih kan.. Lagi mahal pun ada.. Tapi masa SALE la ramai orang pergi beli.. Kalau less tu bawah dari RM 100 ok la untuk tudung kan..
So semalam, sempat la rembat 3 helai rasanya dan beli kan satu untuk Zara.. Zara memang suka mengikut Mama dia pakai tudung.. Kadang-kadang tu lama dia pakai, kadang-kadang tu, sekejap je.. Dalam kereta tu rasanya ada banyak dah tudung dia pakai.. Kadang-kadang pakai dalam rumah, masa kereta, gerak separuh jalan, nak buka.. Biasa la budak umur 2 tahun lebih kan.. Masih lagi bertatih nak belajar..
kanak-kanak meniru apa yang dilihat...Alhamdulillah, Zara ada minat...dan juga keinginan... :-)
ReplyDelete