Tuesday, 1 March 2016

Bila Dalam Kereta Pun Boleh Banjir !

Assalamualaikum w.b.t.. Amacam? Dalam kereta pun boleh banjir ke? Sebab air hujan ke? Memang la ada hujan dua tiga hari ni.. Tapi setiap malam berteduh.. Mana boleh bocor kan.. Tumpah air ke? Mana la tahu kot-kot ada botol air yang terbuka tudung kan.. Boleh la tumpah.. Tapi tak kan la basah sampai ke belakang.. Haha.. Tapi macam semua jangka, kalau bab kereta, tidak lain dan tidak bukan, aircond la apa lagi.. Samada bocor atau saluran tersumbat.. Bila dibuang pelapik kaki, inilah hasilnya.. Habis semua karpet kekal dalam kereta tu kena.. Dua tiga pun tak kering ni kalau macam ni.. So pertama sekali kena tengok mana masalah.. 


Mulanya nak pergi check hari Ahad.. Tapi disebabkan anak tak berapa nak sihat, tangguh ke hari ni.. So hari ni, pagi-pagi lagi pergi ke kedai yang disyorkan oleh kawan-kawan terdekat.. Bagi mereka yang berpengalaman check.. Hasilnya ialah saluran keluar air hasil 'pembuangan' dari aircond tersumbat.. So kena kasi clear la laluan air tu.. So kali ni clearkan benda tu dulu.. Kalau berlaku lagi, kena service la mana patut.. 


Ini kereta wife.. Biasalah kalau berlaku apa-apa, suami la kena ambil tindakan kan.. Tak kan nak bagi wife pergi ke bengkel.. Kereta ni macam ni la.. Kalau tak service kerap, mesti tak jangka apa akan berlaku.. Jujurnya aircond memang jarang service.. Kereta Eraz sendiri pun.. So sebagai pengajaran, selalu-selalulah bawa kereta ke tempat service.. Kasi dia sihat juga.. Kalau dah jadi macam dah banjir dalam kereta, siapa susah? Kita sendiri juga kan..

2 comments:

  1. kalau bab servis ni, sebagai perempuan memang tak berani pergi sesorang. takut kena tipu je. hihi.. lepas ni kena ambik berat pasal servis aircond.

    ReplyDelete
  2. Berape kosnye tuan servis salur keluar aircond ni..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.