Monday 14 March 2016

Bila Bermalam Dengan Nyamuk di Hotel Permai Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum melalui entri Kisah di Kuala Terengganu, Eraz sekeluarga ke Terengganu dan decide untuk bermalam di Hotel Permai Kuala Terengganu.. Kami membuat tempahan awal melalui Trivago dan alhamdulillah masih ada kosong.. Pilihan hotel untuk kami kali ni adalah sekadar untuk bermalam dan bagi anak-anak mandi kolam sebagai aktivti riadah mereka.. Lepas google-google, tengok-tengok, terus decide memilih untuk bermalam kat situ la.. Harapnya selesa untuk kami.. Sampai je dalam pukul 4 lebih tu, terus check ini dan terus ke bilik No. 13*.. Ok la biliknya.. Selesa la untuk kami 4 beranak.. Lepas tengok-tengok kawasan, ada tercatat satu notis ini di tingkap.. Tengok di bawah :


Apa tanggapan korang? Alamak, kat hotel pun ada nyamuk ke? Hehe.. Dalam kepala memang kami kata, kalau tak buka tingkap tu, nyamuk tak masuk kot.. Ok.. So kita jangan bukak tingkap langsung sebab aircond pun ada kan.. Tapi nak dijadikan cerita, musuh ketat kami malam tu ialah nyamuk!! Dengan Adam yang demam panas, dapat gangguan nyamuk pula, adoi.. Stress dan tidur for sure la tak cukup kan.. Kalau tahu la ada nyamuk, memang kami akan standby awal-awal kot ubat nyamuk.. Nak bawa kelambu tu, melampau la kan.. Hehe.. 


So hasil gangguan nyamuk, anak-anak pun ada mungkin sorang satu atau dua gigitan dan papa dan mama ni pun kena juga.. Sebab first time bermalam di Hotel Permai ni, jadi kami tak tahu la.. Kebetulan kena bilik bawak kot.. Kalau bilik mahal dan tinggi-tinggi, selamat la kot.. So? Kalau siapa-siapa nak bermalam di Hotel Permai, tanyalah dulu receptionist tu samada bilik tu kemungkinan ada nyamuk ke tak.. Boleh la standyby ubat nyamuk awal-awal.. Kesian la kalau ada anak kecil kan.. Kadang-kadang mereka ni, kalau tidur, mana la nak berselimut.. Adam kena satu di pipi.. Hehe.. Sabar je la..

2 comments:

  1. Assalammualaikum...eraz,

    seronok dapat berjalan bersama2 keluarga.. hotel permai.

    mselim3

    pls; ada masa nak jejalan ganu gak nie..

    ReplyDelete
  2. Sekarang cuaca panas, kadar kitaran nyamuk jd cepat, nyamuk zmn skrg pun dh banyak mutasi, dok dlm rumah pon, skrg ni nyamuk banyak gila. Tak tau lah, celah mana dia masuk...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.