Saturday, 12 March 2016

Bila anak-anak bangun pukul 4 pagi

Assalamualaikum w.b.t.. Kiranya ni macam live update sambil teman Kakak Zara tengok Despicable Me.. Tengah syok lagi layan tu.. Ya la semalam dah tidur awal kan.. Semua ni bermula bila Adam bangun nak susu, buang air dan badan dia macam panas sikit.. Bila lepas bagi susu, baru perasan badan dia panas lepas dia bangun main di kawasan 'playground' mereka.. So terus decide nak bagi ubat.. Tapi Adam buang air besar la pulak.. Alang-alang tukar pampers, terus basahkan kepala dan badan sikit sebab badan panas.. Lepas tu terus bagi ubat..


Tiba-tiba kakak Zara pulak bangun semasa dalam proses nak tidur kan Adam.. Terus ajak papa main susun puzzle ABC 123 dia.. Dalam masa yang sama, nak minta susu la.. Bila dah main lama, adik Adam pun mula nak pejam mata balik, kakak Zara minta nak tengok 'Potato'.. Nama lain bagi Minions.. So Mama tidur kan Adam, Papa pula teman Kakak Zara tengok TV la.. Mesti Subuh baru tidur ni.. Rasanya la..


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.