Monday, 8 February 2016

Rekabentuk Pelan 3D Rumah Kediaman

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dalam entri sebelum ini, Eraz ada bercerita dengan pengalaman merekabentuk pelan lantai rumah kami sendiri.. Bermula dengan mengambil sehelai kertas dan pensel, terus kami suami isteri mengadap untuk berkongsi idea untuk membuat pelan lantai sendiri mengikut apa yang kami nak.. Walaupun dah lewat malam masa tu, tetap kami teruskan sebab tak nak terbengkalai kerja serta nak kepuasan hati.. Lewat tu sebab menunggu putera dan puteri tidur.. Kalau tak tidur, kang ada pulak mereka yang melukis..


Contoh Pelan 3D dari Google

Setelah kami berjaya menghasilkan pelan lantai yang kami nak, esoknya Eraz dengan penuh keyakinan melukiskan semula dengan cantik sebelum diserahkan kepada kontraktor.. Kali ni sama juga, ambil kertas, pensel tapi ada juga pemadam dan pembaris.. Bila dah ok, terus submit kepada kontraktor.. Pada mulanya ada dua bilik berkongsi bilik air yang sama, tapi kami ubahkan kepada bilik air asing-asing demi memikirkan masa depan kelak.. Mulanya nak letak 4 x 4 sq ft tapi pihak kontraktor kata kecil.. So kami luaskan la.. Yang lain-lain kami bincangkan melalui whatsapp dan panggilan telefon.. Alhamdulillah kedua-duanya mempunyai komunikasi dua hala dan cepat..

Lepas emailkan pelan lantai tu, pihak kontraktor ambil masa untuk lukiskan secara profesional dan selepas 1, 2 hari, pihak kontraktor serahkan semula kepada kami.. Bila kami setuju, terus mereka proceed ke pelan 3D.. Tak sabar juga kan nak tengok design dari depan hingga ke belakang dan juga dari bawah hingga ke bumbung.. Sangat berkenan dengan bumbung jenis layang.. Tapi sesetengah rumah adalah tidak sesuai.. Walaupun di dalamnya kami decide untuk kelihatan moden, tapi untuk bumbung kami decide untuk buat secara bumbung bujang..

Bila pihak kontraktor email kepada kami pelan 3D yang dihasilkan, kami ambil masa sekejap untuk tengok sekeliling samada puas hati atau tidak.. Lepas bincang-bincang, akhirnya kami setuju akan rekabentuk luar itu.. Alhamdulillah.. So sekerang kena tunggu laporan sebut harga pula.. Dalam kepala, kami nak mereka include partiton antara living area dan dining area serta kabinet dapur.. Harap tak tinggi.. So tunggu sebut harga pula!!

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.