Monday, 22 February 2016

Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4 | Ada Masalah Bunyi ke?

Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni kali pertama tengok Mentor Milenia ni.. Lepas tamat Gegar Vaganza 2 sebelum ni, malam Ahad memang tak tengok sangat TV.. Tapi malam ni sebab tak de buat apa-apa sambil berkemas untuk outstation, on TV3 dan cuba layan Mentor Milenia ni.. Sorry memang tak tahu akan semua peserta Mentor Milenia ni.. Mentornya tahu la.. Cuma masa kali pertama tengok tu, ada satu benda yang tak kena.. Lepas peserta demi peserta habis, rasa macam berlaku lagi.. Muzik ada masalah ke? Macam tak dengar sangat.. Suara peserta je kuat..

Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4
Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4
Sebagai juri awam la juga kan, buat pertama kali dengar ni, ada peserta yang memang ok dan rasanya ada juga peserta yang macam tak best je suara.. Tapi biasa la, realiti programme.. Nyanyian pula tu.. Mesti ada pelbagai jenis suara dan tak semestinya masa ujibakat ada suara yang sedap, boleh nyanyi semua lagu kan.. Apa yang pasti, nama pemenang malam ni Eraz ingat.. Pemenang mingguan jatuh kepada Qody.. Katanya dah 3 minggu berturut-turut.. Tiada saingan ke? Rasanya saingan terdekat Qody ialah peserta lelaki seorang lagi tu, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi iaitu Fareez..

Mya jadi peserta yang tersingkir malam ni.. Rasanya nyanyi lagu Aku Cinta Padamu.. Dalam kepala Eraz, ada dua peserta yang patut berada di tempat terbawah malam ini iaitu Ebba dan Zetty.. Zetty memang berada di bottom 2 tetapi terselamat.. Tapi Ebba tidak.. Di twitter trending #MentorMilenia dan menyatakan sepatutnya Ebba yang tersingkir.. Dengarnya tadi, memang kureng pun.. Sama macam Zetty.. Tapi itu telinga juri awam kan.. Juri profesional mesti lebih arif.. Errmmmmm.. Ahad nanti tak tengok lagi ke? Errrmmmm.. Mungkin tidak.. Thank you..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.