Kelambu Nyamuk Moden | Assalamualaikum w.b.t.. Kawasan tempat tinggal Eraz ni, ada ketika tak de nyamuk, semua nyamuk memang lesap hilang.. Tapi masa ketika muncul-munculnya nyamuk-nyamuk tu, memang sakit hati.. Ramai giler dan mangsanya ialah anak-anak.. Kalau nampak ada merah-merah pada kulit anak sebab gigitan nyamuk, memang rasa macam nak marah je.. Padahal dah pasang ubat nyamuk jenis yang elektrik.. Tapi macam dah tak endah nyamuk-nyamuk tu..
So sebab sebabkan anak-anak ni, berbincang dengan wife untuk dapatkan kelambu nyamuk yang moden sekarang ni.. Kenapa moden? Kalau korang masa kecil-kecil dulu guna kelambu, akan tahu macamana jenis kelambu dulu-dulu.. Eraz orang kampung, dan memang masa kecil-kecil dulu tidur dalam kelambu.. Kelambu pula jenis yang kena ikat pada tiang atau mana-mana tempat yang boleh la.. Kena cari 4 penjuru.. Setiap hari kena buat macam tu.. Malam pasang, esok bagi, subuh-subuh dah bangun dan bukak semula untuk simpan.. Dulu pulak, mana jenis tidur dalam bilik.. So memang wajib kena simpan la..
Berbeza dengan zaman sekarang, kelambu nyamuk pun dah moden.. Tak perlum ikat situ sini.. Dah ada jenis yang macam khemah tapi transparent la kan.. Siap boleh bawa ke mana-mana lagi.. Senang.. Ubat pun confirm tak boleh masuk punya.. Tidur malam memang nyeyak la sebab tak fikirkan pasal nyamuk yang nak gigit anak-anak.. Kat mana nak beli? Rasanya secara online pun dah ramai orang jual.. Kalau korang biasa pergi DIY, pun ada sekarang ni.. Banyak size kot.. Kalau belikan size yang sama dengan katil, boleh letak atas katil.. Serius..
Fikir-fikir balik, ianya seolah-olah dah kembali ke zaman dulu.. Tidur pakai kelambu.. Kalau dulu tak de aircond.. Tapi sekarang ada rezeki pakai aircond plus pasang kelambu nyamuk.. Korang rasa? Hehe.. Demi keselamatan anak-anak juga.. Ya la sekarang ni kan banyak penyakit berpunca dari nyamuk.. So better kita cuba elakkan dari berusaha untuk berubat.. Hidup pun tenang..
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.