Saturday, 13 February 2016

Bila Upload Gambar Zara Faleesya Bertudung

Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru Eraz ada upload satu gambar Zara Faleesya bertudung.. Umur baru 2 tahun lebih.. Tak wajib lagi menutup aurat.. Tapi bila ada peluang, memang kami cuba untuk biarkan dia pakai tudung sebab senang bila dia dah besar.. Sebelum ni pun, setiap kali nampak Mama dia bertudung, terus dia ambil tudung favourite dia dan pakai.. Biasa la budak-budak, cepat belajar dari perbuatan dan tingkahlaku orang tua.. Sebab tu la kita kena sentiasa beri gambaran dan tingkahlaku yang baik kepada anak-anak sementara mereka ingin membesar..


Bila upload, ramai yang komen cakap macam dah besar, tapi realitinya baru 2 tahun 6 bulan.. Eraz sendiri pun macam tak percaya.. Re-confirm dengan wife umur Zara.. Hehe.. Alhamdulillah, untuk gambar yang diambil malam tahlil arwah Tok Bah Zara tu, Zara pakai tudung tu sampai masjlis tamat.. Bukan senang nak snap gambar malam tu.. Ini pun dapat sipi-sipi je.. Gambar yang lain banyak tak clear dia aktif bermain ke sana ke mari malam tu.. Lepas ni boleh la try pakaikan Adam Fitri jubah yang nenek dengan atok dia belikan masa menunaikan umrah.. Tapi kalau dah boleh berjalan, lagi hensem kot.. Kopiah dah ada.. 

Antara komen-komen di media sosial :

  • Comel
  • Matangnya nmpk... so motherly...
  • Zaraaa...nmpk dewasa sangattt!!!
  • Nampak besar mcm sekolah doh..
  • Ayu je tau hehe
  • Matang sungguh kakak ni ye


dan lain-lain..

#Macam tak percaya dah ada dua anak

4 comments:

  1. tapi mmg nampak macam dah besar dah diaa...tak terfikir pun...rasa macam dah lama dia lahir..hihi

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.