Sunday, 28 February 2016

Bila Sudah Viral | Siapa Yang Untung ?

Assalamualaikum w.b.t.. Sepanjang minggu lepas, for sure punyalah semua orang tahu tentang dua produk yang viral di media sosial.. Bermula dengan hal tudung, seterusya kepada jubah lelaki.. Rasanya tak perlu kot bercerita kenapa kedua-dua produk itu viral.. Pasal harga, design, cara promosi, model dan lain-lain la.. Tapi, apa yang owner tu dapat setelah produk mereka viral? Haaa... Mereka happy ke? Sedih ke? Susah hati ke? Cuba tengok gambar di bawah ni dulu..



Dua gambar di atas tu bukan gambar produk asal.. Tapi setelah viral, muncullah individu yang kreatif wujudkan gambar berkenaan.. Untuk gambar ketiga, itu memang original.. Setakat ni tak jumpa yang kreatif createkan gambar lain.. Rasanya kalau tudung berharga beribu tu akan terjual ke lepas viral? Semestinya terjual punye.. Owner tu mesti happy kan.. Tak pasal-pasal ramai yang promote produknya di media sosial.. Ramai orang berada akan dapatkan tudung tu.. For sure ada yang berasal berbaloi.. Itu untuk golongan berada la.. Yang lain, hehe..

Jubah lelaki untuk lelaki sado? Haaa... Kalau perempuan tengok gambar tu rasa macam tak sesuai, lelaki? Kalau lelaki pun tengok macam tak sesuai, itu something wrong.. Andai kata jubah tu tak laku, tak boleh nak kata apa.. Tapi at least pada ownernya, dia akan terkenal.. Betul tak? Tak mustahil kalau dia design jubah lelaki yang cantik dan sedap mata memandang, tak mustahil jadi hot sale kan.. Betul tak? Fikirkan sendri..

Same je kes dengan individu yang post sesuatu, the artis atau sape-sape salah faham.. Lepas tu viral.. Bukan orang tu dapat nama ke? Bukan follower instagram atau twitter dia naik ke? Kadang-kadang benda tu tak sengaja.. Dengan berniat baik, tetapi di salah faham, ada hikmah berlaku disebaliknya kan.. So?

2 comments:

  1. Haah. Yang untung konpom owner. At least nanti bila dia design yang cun, orang dah kenal. Jackpot terus.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.