Tuesday 16 February 2016

Bila Gelagat Anak-Anak Dirindui

Assalamualaikum w.b.t.. Bila anak-anak dalam proses membesar, masa ini la banyak gelagat yang kita dapat rasakan macam comel je kalau mereka buat kan.. Ada ketikanya, dah sepatutnya dengan umur setahap itu, dia dah boleh buat itu ini.. Bila tengok perkembangan yang positif, alhamdulillah alangkah syukurnya nikmat yang Allah bagi berbanding dengan rakan-rakan lain yang mendapat sedikit dugaan.. Terbaru Adam Fitri.. Bermula dari kakaknya yang memang suka Didi & Friends, sekarang ni dah berjangkit kepada adiknya, Adam Fitri.. Spontan.. Bila buka je Didi & Friends, automatik duduk diam-diam lepas tu tepuk tepuk tangan dua-dua belah.. Berbunyi pulak tu..


Tak sangka dalam usia dia tu, dah faham itu ini dan bertindakbalas kena pada tempatnya.. Gelagat-gelagat macam ni la kalau terpaksa berpisah dengan anak untuk dua tiga hari, si abah atau ibu akan rindu giler.. Itu memang tak jumpa lama kan.. Tapi kalau ke pejabat untuk office hour selepas hantar ke nursery, pun boleh teringat.. Terus rasa tak sabar nak balik kan.. Walaupun dapat anak lelaki yang membesar dengan sangat aktif, tak duduk diam, tapi penat ke, apa ke, layan la jugak sebab masa dan ketika ini tak akan berulang.. Bila dia dah besar, kita dah tak boleh nak timang dia macam tu.. 

Kakak pula memang kreatif juga,, 'Lego' yang dia ada, macam-macam dah boleh buat.. Sekarang ni asyik buat 'po-po'.. Panggilan untuk pistol / senapang.. Lepas tu nak 'tembak' orang la.. Mewarna? Pun sama.. Tak kisah la walaupun tak cantik.. Tapi yang pasti, minda dia aktif menggunakan pensel warna yang ada.. Kalau sebelum kami belikan buku mewarna, kami la mangsa Zara yang disuruh untuk lukis apa-apa di buku dulu.. Manja? Itu cerita lain.. Hehe..

#Kan best kalau boleh bawa anak-anak isteri bercuti sekarang ni..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.