Monday 22 February 2016

'Bekalan' Dari Isteri

Assalamualaikum w.b.t.. Dah update di Instagram.. So kali ni entri blog pula.. Dalam insta mungkin sangat ringkas.. Dalam ni boleh la 'membebel' sikit.. As usual, setiap kali nak outstation selama beberapa hari, ini bekalan wajib untuk suaminya.. Kali ni tambah satu jenis ubat lagi sebab kebetulan pula kena ulser di bibir dan lidah.. Dah dua-tiga hari tak boleh nak bercakap dengan selesa.. Itu bercakap.. Makan? Terseksa.. Eraz macam biasa, kalau kena ulser sebelah kiri atau kanan, memang gigi akan rasa sakit sikit.. Takde masalah gigi sebenarnya, tapi mungkin sebab tak guna sangat gigi bahagian tu selama ulser.. Kan? Tapi positifnya, ini hanyalah ujian kecil dari Allah sebagai tanda ingatan.. Sebelum ni lagi teruk ulsernya sebab terkena dalam tekak.. Rujuk entri INI..


Dari kecil, Ma selalu bagitahu air masak tu kena cukup.. Baru tak kena ulser.. Tapi arahan tu memang susah nak ikut.. Sampai sekarang ni pun, wife pula ambil alih beritahu tentang air tu.. Hehe.. Sebab tu la, tergigit atau terkena berus gigi sikit je, terus datang ulser.. Ulser ni macam dah sebati dalam hidup.. Dua tiga orang dalam family Eraz selalu dapat ulser mulut.. Tegar mungkin.. So korang, air dalam badan kasi cukup ya!! Wassalam..

2 comments:

  1. musim panas sekarang ni ulser cepat naik. Ya Fattah Ya Salam

    ReplyDelete
  2. panas sekarang.... kena kasi lebih sikit air dalam badan...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.