Monday, 29 February 2016

Cara Buat Aiskrim Sumi

Cara Buat Aiskrim Sumi | Assalamualaikum w.b.t.. Aiskrim Sumi ni tengah viral di media sosial sekarang ni.. Ramai tengah cuba buat sendiri sebab bukannya susah pun kan.. Tak perlu nak order beli pun.. Kecuali nak guna untuk beri pada orang yang datang kenduri la.. Itu dengan kuantiti yang banyak kan.. Tapi kalau sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, rasanya boleh buat sendiri kot.. So hari ni Eraz nak buat entri pasal cara buat Aiskrim Sumi.. Serius memang sedap.. Dah rasa dah tadi sebab ada staf buatkan.. Hehe..


Cara Membuat Aiskrim Sumi :

1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 Tin Air 
2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
Sedikit Garam
Plastik aiskrim

Cara-cara :

Sumi dipotong 4 atau lebih
Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
Sejukkan
Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
Setelah beku boleh la makan
Cik en baru buat dan masih menunggu aiskrim sumi cik en membeku. 

SIAP!! Lagi best juga kalau sumi tu tukar kepada Oreo dan Choki-Choki.. Memang meletop.. Sekarang ni tak buat lagi.. Tapi rasa macam nak ajak wife buat je lepas balik dari kerja ni.. Tapi kena make sure hero dan heroin tu tidur dulu la.. Kalau tak memang hancul la aiskrim kami.. Hehe..


IKLAN :


Dapatkan De'Xandra Perfume dengan DeXandra Perfume Original 0179773382 / ZaraAdam_Online

Harga : RM 65 sebotol / RM 120 dua botol (Jimat RM 10.00)

Whatsapp 0179773382 sekarang!

*Serius tahan lama
*Boleh bawa SOLAT
*Senang bawa travel


Read more ...

Sikit Sahaja Stok Untuk Anak Tapi Sudah Cecah RM 200 !

Assalamualaikum w.b.t.. Ok tak tajuk tu? Sebenarnya inilah realitinya zaman sekarang.. Kos sara hidup memang sangat tinggi untuk membesarkan anak-anak khususnya dan kehidupan seharian amnya.. Betul tak? Kalau Eraz tak letak harga di tajuk entri, rasa-rasanya boleh agak ke harga barang dalam bakul tu dah cecah RM 200.00.. Siapa yang tahu akan harga sebungkus susu Dugro tu dan se pek pampers tu, harus la boleh teka kan.. Tapi nak tak nak, kena beli juga kan.. Bagi yang ada gaji bulanan, atau income lain-lan ok la, kalau orang-orang kampung, susah la sikit.. So kenalah cari alternatif lain..


Pampers dan Susu tu diantara yang berpatutan boleh dapatkan.. Kira dah kategori sedang-sedang la.. Masih ada yang lagi mahal, dan ada juga yang lebih murah.. By the way, itu hanyalah stok untuk seminggu atau lebih skit kot untuk susu.. Pampers pulak sekejap je tu sebab dua anak kan.. Sib naik dua anak pakai size yang sama.. Tapi dah RM 200.. Kalau nak cukupkan sebulan?? Berapa la agaknya..

Kalau dah makan gaji, sure ada yang cukup, dan tidak.. Sebab itu la perlunya kerja extra contohnya jual perfume kan.. Hehe.. Rezeki itu ditangan Allah.. Tapi kita sebagai manusia, kenalah berusaha untuk menjadi lebih baik lagi kan.. Jadi.. Setinggi mana harga barang-barang itu, setinggi mana kos sara hidup kita seharian, terpaksa la kita berusaha kan.. Insyallah ada rezeki kita.. So! Jom Like DeXandra Perfume Original 0179773382 di Facebook dan Follow Instagram zaraadam_online..
Read more ...

Apa Dah Jadi Dengan Anugerah MeleTOP ERA 2016 ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa tengok Anugerah MeleTOP ERA 2015? Dan siapa yang tengok Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni? Korang rasa macam lagi best di layan dalam semua aspek? Pendapat Eraz sendiri untuk Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni, MAAF, 2015 lagi best lagi 2016.. Kenapa? Banyak benda yang tak smooth.. Bermula dari pemilihan lagu-lagu antara artis yang membuat persembahan.. Keadaaan yang tidak ready untuk sesetengah penyampai anugerah.. Takde rehearsal ke? Bermula dengan persembahan pembukaan antara dari pemenang Gegar Vaganza 2015, Siti Nordiana.. Korang perasan tak persembahan dia? Pemilihan lagu yang salah kot.. Lepas tu bermula dengan penyampai anugerah pertama iaitu Izzue, Ayda dan Amira, nampak sangat macam tak de latihan kan.. Ke format baru? #PendapatPeribadi


Pengacara.. Sayangnya.. Tarikan utama nak tengok Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni sebab ada Jihan Muse.. Teringat lagi betapa hebatnya dia menjadi pengacara untuk GV2015 dan APM2015 di Singapura yang lepas.. Tapi kenapa malam ni Jihan tenggelam..? Kenapa banyak pulak aksi menyindir Jihan? Dato' AC, Nabil dan Neelofa juga macam tak setenang dan sehebat tahun lepas.. Kalau yang tahun lepas, rasanya beberapa aksi mereka masih diingati.. Nabil dan Lofa cuba wujudkan antara yang berkesan tahun lepas iaitu Lofa belajar cakap N9 kepada Nabil belajar cakap Klate.. Tapi? Dah krik krik.. #PendapatPeribadi

Perlu ke wujud segmen 'miming' tu? Salah seorang yang membuat persembahan ialah Mark Adam.. Dia penyanyi kot.. Tapi sebab dia salah seorang calon Artis Lawak, sebab tu dia terpilih segmen tu kot.. Dato' Siti Nurhaliza, Ella antara yang terbaik.. Lagu dan persembahan yang mempunyai message.. Seperti biasa, Anugerah MeleTOP ERA 2016 menjadi salah satu anugerah yang meleret-leret dah.. Dan over run kot.. Sekarang di pukul 12, masih lagi Kumpulan membuat persembahan.. Hehe.. Maaf.. #PendapatPeribadi

Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2016? Tak kisah pun.. Yang pasti malam Ayda Jebat dan Johan.. Ini hanyalah pendapat peribadi sahaja sebagai penonton Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni kan.. Orang lain mungkin mempunyai pendapat berbeza kan.. Wassalam..
Read more ...

Sunday, 28 February 2016

Bila Sudah Viral | Siapa Yang Untung ?

Assalamualaikum w.b.t.. Sepanjang minggu lepas, for sure punyalah semua orang tahu tentang dua produk yang viral di media sosial.. Bermula dengan hal tudung, seterusya kepada jubah lelaki.. Rasanya tak perlu kot bercerita kenapa kedua-dua produk itu viral.. Pasal harga, design, cara promosi, model dan lain-lain la.. Tapi, apa yang owner tu dapat setelah produk mereka viral? Haaa... Mereka happy ke? Sedih ke? Susah hati ke? Cuba tengok gambar di bawah ni dulu..



Dua gambar di atas tu bukan gambar produk asal.. Tapi setelah viral, muncullah individu yang kreatif wujudkan gambar berkenaan.. Untuk gambar ketiga, itu memang original.. Setakat ni tak jumpa yang kreatif createkan gambar lain.. Rasanya kalau tudung berharga beribu tu akan terjual ke lepas viral? Semestinya terjual punye.. Owner tu mesti happy kan.. Tak pasal-pasal ramai yang promote produknya di media sosial.. Ramai orang berada akan dapatkan tudung tu.. For sure ada yang berasal berbaloi.. Itu untuk golongan berada la.. Yang lain, hehe..

Jubah lelaki untuk lelaki sado? Haaa... Kalau perempuan tengok gambar tu rasa macam tak sesuai, lelaki? Kalau lelaki pun tengok macam tak sesuai, itu something wrong.. Andai kata jubah tu tak laku, tak boleh nak kata apa.. Tapi at least pada ownernya, dia akan terkenal.. Betul tak? Tak mustahil kalau dia design jubah lelaki yang cantik dan sedap mata memandang, tak mustahil jadi hot sale kan.. Betul tak? Fikirkan sendri..

Same je kes dengan individu yang post sesuatu, the artis atau sape-sape salah faham.. Lepas tu viral.. Bukan orang tu dapat nama ke? Bukan follower instagram atau twitter dia naik ke? Kadang-kadang benda tu tak sengaja.. Dengan berniat baik, tetapi di salah faham, ada hikmah berlaku disebaliknya kan.. So?
Read more ...

Friday, 26 February 2016

TIPS Pemakaian Perfume Yang Betul

TIPS Pemakaian Perfume Yang Betul
TIPS Pemakaian Perfume Yang Betul

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni Eraz nak kongsikan antara tips pemakaian perfume yang betul.. Penting juga sebenarnya demi menjaga kewangian dan penjimatan.. Betul tak? Digalakkan simpan semalaman di dalam peti ais apabila perfume sampai kerana proses delivery untuk bau kembali Fresh.. Bukan Frozen ya.. Untuk cuba bau boleh spray 2 kali di baju bahu kiri.. Biarkan selama 30 saat dan bau..

1. Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok

Perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, malah menyebabkan bau menjadi berbeza.. Kesalahan ini sering berlaku ketika sembur pada pergelangan tangan..

2. Jangan "Spray" perfume anda terlampau dekat

Semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm (sejengkal) daripada kulit /pakaian anda..

3. Sembur 1x di bawah leher kiri anda,1x di dada & 1x di belakang leher

Selepas itu, sembur 2 kali di bahu pakaian anda..

4. Selepas sembur minyak wangi biarkan lebih kurang 30 saat supaya ia sebati dgn kondisi badan

Bagi yg kulit sensatif,sembur pada pakaian anda sahaja..

5. Simpan minyak wangi di tempat betul

Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung..

Tips advance : Simpan perfume anda semalaman(12am-8am) di dalam peti ais bukan frozen ya sebulan sekali.Baunya lebih "Fresh".

6. Bagi yang bermotorsikal digalakkan memakai setelah sampai ke destinasi

Tidak digalakkan sembur dipergelangan tangan bagi yang memakai gelang / jam tangan kerana ia boleh menyebabkan dimensi bau yang berlainan..

Follow Instagram zaraadam_online


De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online
Read more ...

Tuesday, 23 February 2016

Gempa Bumi di Tasik Kenyir ?

Assalamualaikum.. Tengah-tengah duk layan Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter ni, terbaca laporan dari Facebook Malaysian Meteorological Department tentang berlakunya gempa bumi dengan magnitude rendah 2.7 pada malam tadi 23 Februari 2016 pukul 9.25 pm.. Betul ke orang sekitar Tasik Kenyir? Ada rasa gegaran? First time dapat berita gegaran berlaku di Terengganu.. Kalau betul sahih berlaku, sama-sama kita doakan semuanya akan baik-baik belaka.. Amin dan Insyaallah..

Read more ...

Monday, 22 February 2016

'Bekalan' Dari Isteri

Assalamualaikum w.b.t.. Dah update di Instagram.. So kali ni entri blog pula.. Dalam insta mungkin sangat ringkas.. Dalam ni boleh la 'membebel' sikit.. As usual, setiap kali nak outstation selama beberapa hari, ini bekalan wajib untuk suaminya.. Kali ni tambah satu jenis ubat lagi sebab kebetulan pula kena ulser di bibir dan lidah.. Dah dua-tiga hari tak boleh nak bercakap dengan selesa.. Itu bercakap.. Makan? Terseksa.. Eraz macam biasa, kalau kena ulser sebelah kiri atau kanan, memang gigi akan rasa sakit sikit.. Takde masalah gigi sebenarnya, tapi mungkin sebab tak guna sangat gigi bahagian tu selama ulser.. Kan? Tapi positifnya, ini hanyalah ujian kecil dari Allah sebagai tanda ingatan.. Sebelum ni lagi teruk ulsernya sebab terkena dalam tekak.. Rujuk entri INI..


Dari kecil, Ma selalu bagitahu air masak tu kena cukup.. Baru tak kena ulser.. Tapi arahan tu memang susah nak ikut.. Sampai sekarang ni pun, wife pula ambil alih beritahu tentang air tu.. Hehe.. Sebab tu la, tergigit atau terkena berus gigi sikit je, terus datang ulser.. Ulser ni macam dah sebati dalam hidup.. Dua tiga orang dalam family Eraz selalu dapat ulser mulut.. Tegar mungkin.. So korang, air dalam badan kasi cukup ya!! Wassalam..
Read more ...

Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4 | Ada Masalah Bunyi ke?

Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni kali pertama tengok Mentor Milenia ni.. Lepas tamat Gegar Vaganza 2 sebelum ni, malam Ahad memang tak tengok sangat TV.. Tapi malam ni sebab tak de buat apa-apa sambil berkemas untuk outstation, on TV3 dan cuba layan Mentor Milenia ni.. Sorry memang tak tahu akan semua peserta Mentor Milenia ni.. Mentornya tahu la.. Cuma masa kali pertama tengok tu, ada satu benda yang tak kena.. Lepas peserta demi peserta habis, rasa macam berlaku lagi.. Muzik ada masalah ke? Macam tak dengar sangat.. Suara peserta je kuat..

Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4
Mentor Milenia Battle 4 / Minggu 4
Sebagai juri awam la juga kan, buat pertama kali dengar ni, ada peserta yang memang ok dan rasanya ada juga peserta yang macam tak best je suara.. Tapi biasa la, realiti programme.. Nyanyian pula tu.. Mesti ada pelbagai jenis suara dan tak semestinya masa ujibakat ada suara yang sedap, boleh nyanyi semua lagu kan.. Apa yang pasti, nama pemenang malam ni Eraz ingat.. Pemenang mingguan jatuh kepada Qody.. Katanya dah 3 minggu berturut-turut.. Tiada saingan ke? Rasanya saingan terdekat Qody ialah peserta lelaki seorang lagi tu, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi iaitu Fareez..

Mya jadi peserta yang tersingkir malam ni.. Rasanya nyanyi lagu Aku Cinta Padamu.. Dalam kepala Eraz, ada dua peserta yang patut berada di tempat terbawah malam ini iaitu Ebba dan Zetty.. Zetty memang berada di bottom 2 tetapi terselamat.. Tapi Ebba tidak.. Di twitter trending #MentorMilenia dan menyatakan sepatutnya Ebba yang tersingkir.. Dengarnya tadi, memang kureng pun.. Sama macam Zetty.. Tapi itu telinga juri awam kan.. Juri profesional mesti lebih arif.. Errmmmmm.. Ahad nanti tak tengok lagi ke? Errrmmmm.. Mungkin tidak.. Thank you..
Read more ...

Sunday, 21 February 2016

Perbezaan iPhone Original Dengan iPhone Klon

Perbezaan iPhone Original Dengan iPhone Klon | Assalamualaikum w.b.t.. Salam Ahad.. Hari ni tak sempat nak muncul dengan satu entri pun lagi.. Al-maklum la jadi Mr. Mama.. Kiri adik Adam.. Kanan Kakak Zara.. Sekarang? Still ada kiri kanan cuma yang kiri ada kat tepi ni dan yang kanan sedang tidur.. Dari semalam nak buat entri pasal Perbezaan iPhone Original Dengan iPhone Klon ni.. Mana la tahu berguna pada yang mencari-cari maklumat kan.. So sila baca ni.. Info dari SINI..

Perbezaan iPhone Original Dengan iPhone Klon

Perbezaan iPhone Original Dengan iPhone Klon

1. First sekali, software.. Original pakai sistem IOS dan ada ID untuk setiap phone... Tapi klonnya pakai Android, tak perlu ID untuk phone..

2. Display (Interface) dia sama macam original.. Susunan ikon dan menu tu sama dengan original.. Gesture dia pun sama dengan original.. Kalau slide dari bawah, keluar shortcut untuk musik.. Kalau slide dari atas, keluar notification..

3. Facetime ade juga di klon, tapi tak boleh pakai..

4. Harga!!.. Berbeza jauh!

5. Appstore, bila tekan dekat Appstore.. Dia akan masuk Playstore untuk klon.. Jadi tak perlu nak bayar apa-apa untuk download.. Just download App macam samsung jugak..

6. Fingerprint memang tak de klon ni...HP harga 520 tak boleh nak buat yang fingerprint.. Kalau ada, harga memang melambung...

7. Bateri dia dah duduk dalam, jadi tak boleh cabut.. Bateri original pun boleh pakai.. Bateri kena tukar yang klon je kalau dah kong..

8. Casing boleh pakai yang original dekat klon ni..

9. Bluetooth boleh dengan handphone biasa sebab dia pakai android bukan IOS..

10. Memori internal dia sekarang dah 8GB.. Model paling latest.. Untuk sesiapa yang tak tahu, iPhone tak boleh masuk memori kad sebab memori dia dah ada dalam..

The end.. Semoga dapat membantu untuk mengetahui Perbezaan iPhone Original Dengan iPhone Klon..
Read more ...

Saturday, 20 February 2016

[GAMBAR VIRAL] Resit Mydin Dengan Stereng BMW

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Eraz baru tahu hari ni.. Orang Kuantan mungkin dah tahu lama kot.. So nak sampai Kelantan tu lambat sikit.. Viral ni berpunca dari seorang pembeli di Mydin memuatkan gambar di Facebook dengan snap gambar resit Mydin di dalam kereta BMW dan tertunjuk sekali gambar stereng kereta dia sekali.. Caption : "salam, nak tanya warga kuantan. Kalau tersalah beli barang dekat mydin, boleh tukar balik tak?".. Itu je captionnya.. So ini antara dua samada tak sengaja atau sengaja.. Tapi kita ambil positive side, dia tak sengaja dan tak sangka akan menjadi viral.. Apa berlaku lepas tu? Haaaa.. Tengok gambar di bawah :

Gambar Permulaan

Gambar Viral di bawah :







Banyak lagi gambar yang diupload oleh pengguna Facebook.. Tapi Eraz upload sebahagian je la.. Hanya untuk suka-suka.. Gambar mana satu paling gempak?? Caption mana paling cun? Haha.. 

Kredit : Facebook
Read more ...

Perfume Scent Of Peace by Bond No 9 Murah Giler !

Assalamualaikum w.b.t.. Sangat-sangat eksklusif kalau dapat miliki Perfume Scent Of Peace by Bond No 9 dengan harga yang murah giler.. Kenapa EKSKLUSIF? Bayangkan kalau harga perfume sebenarnya lebih RM 1K tetapi dengan De'Xandra Perfume hanya RM 65.00 sebotol sahaja.. Dan kalau korang beli dua botol samada sepasang atau sama je kedua-dua, harga hanya RM 60.00 sebotol sahaja! Mana nak dapat kan.. Bila lagi nak rasa perfume harga lebih RM 1K.. 

Bond No. 9 The Scent Of Peace For Him
Bond No. 9 The Scent Of Peace For Her

Baunya lebih kepada citrus fresh yang sangat esklusif.. Bau yang jarang-jarang sangat ada perfume lain.. Biasa-biasa kita bau yang sweet-sweet floral atau vanilla, tapi kali ni De'Xandra.. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa bau yang menarik ini.. Eraz sendiri pakai.. Memang best! Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh whatsapp 0179773382..



Follow Instagram zaraadam_online


De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online

Read more ...

Friday, 19 February 2016

Toksoplasma | Kuman Kucing Boleh Akibatkan Keguguran

Assalamualaikum w.b.t.. Tajuk tu berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia berikutan kes pelakon / penyanyi Azza Elite keguguran baru-baru ini.. Selepas pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan bahawa badannya dijangkiti Toksoplasma yang boleh mengakibatkan keguguran. Ini kali ke-4 Azza Elite keguguran dalam proses mendapatkan anak.. Doktor memberitahu bahawa kuman Toksoplasma itu terdapat di badan kucing.. Tapi, ada tapinya.. Semua yang dilaporkan itu bergantung kepada seseorang itu.. Ada juga orang yang membela kucing yang ramai tetapi tidak terkesan apa-apa.. Mungkin atas 'kekuatan' seseorang orang..


Bagi seorang wanita yang dalam usaha mendapatkan anak setelah lama berkahwin tanpa putus asa memang sangat dipuji.. Begitu juga dengan si suami.. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak putus asa, insyaallah akan berhasil.. Dalam masa yang sama, panjagaan diri dari sebarang aktiviti lasak, pemakanan sangat penting untuk dijaga dalam tempoh usaha untuk mendapatkan zuriat.. Kadang-kadang kita tak jangka, berlakunya hamil dalam masa yang sama kita sangat aktif dalam aktiviti seharian.. Dugaan dari Allah serta cabaran ni adalah ujian dari Allah.. Allah tahu yang terbaik untuk kita.. Insyaallah..
Read more ...

Tampil Maskulin & Bergaya Bersama TOPMAN


Assalamualaikum w.b.t.. TOPMAN.. Memang salah satu jenama yang Eraz selalu beli dari zaman habis universiti sampailah sekarang.. Fesyen TOPMAN memang sangat terkini dan tak luput zaman.. Kualiti? Memang Eraz sendiri boleh buktikan yang terbaik kerana sweater first jingga putih dulu masih boleh pakai sampai sekarang.. Bermula dari sweater itulah, setiap kali berkunjung ke TOPMAN terutama di Mid Valley Megamall, mesti sangkut at least satu..

By the way, Eraz pasti semua orang mempunyai jenama fesyen kegemaran masing-masing, bukan? Well, at least, Eraz tahu Eraz ada jenama fesyen kesukaan saya sendiri dan ianya adalah TOPMAN! 

Sudah pasti juga Eraz mempunyai sebab tersendiri dan jawapannya terletak kepada koleksi produk fesyen yang cukup meluas yang ditawarkan oleh jenama hebat ini dan juga barisan produk fesyen yang cukup menarik oleh TOPMAN.


Jika Eraz sedang mencari baju t-shirt lelaki terkini yang bergaya untuk dipakai secara kasual ketika keluar bersama rakan-rakan korang pada hujung minggu, jenama ini mempunyai stail baju t-shirt terbaru yang terbaik untuk korang. Malah, TOPMAN Malaysia mempunyai seleksi pakaian terkini lelaki yang cukup meluas untuk dipilih. Koleksi kemeja lelaki TOPMAN yang terkini misalnya would go well with a blazer dan juga chinos pants yang mana pilihan yang terbaik untuk dipakai ke pejabat. Produk TOPMAN kegemaran Eraz ialah seluar skinny jeans – dengan warna yang gelap ianya boleh dipadankan dengan baju kegemaran Eraz dan kasut sneakers untuk gaya yang kasual namun stylish ketika keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu.


Topman juga cukup terkenal sebagai sebuah jenama fesyen antarabangsa terkemuka yang mempunyai barisan koleksi aksesori dan beg lelaki yang cukup bergaya!

TOPMAN memberikan akses kepada Eraz untuk gaya terhangat dan trend yang terkini yang boleh Eraz gayakan that I swear I can’t resist. Tidak kiralah untuk kerja Eraz pun aktiviti kasual, jenama ini mempunyai semuanya! Kini Eraz boleh hiasi almari pakaian Eraz dengan gaya yang terbaru dan apa yang lagi menarik ialah Eraz boleh dapatkan dengan harga yang cukup istimewa tanpa perlu berbelanja lebih. 

Let’s revamp your wardrobe today with the latest koleksi baju TOPMAN online yang terbaru! 

Read more ...

Nur Syazana Seiras Nur Fazura

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni ternampak di muka depan Harian Metro ada tajuk Rezeki Seiras dan ada satu gambar gadis muda ni.. Sekali imbas macam tahu seiras siapa.. Nur Fazura ada.. Shera Aiyob pun sebab bertudung kan.. Lepas baca memang confirm seiras Fazura.. Fokus utamanya ialah rezeki gadis yang nak masuk umur 18 tahun ni.. Bila tertulis rezeki dia mencurah-curah di usia yang muda, alhamdulillah.. Kalau dia pandai manage, mesti berguna pada dia di hari muka nanti.. Rezeki susah nak dijangka.. Tetapi, usaha tu tetap kena ada.. Rezeki tak kan datang bergolek kan..

Selepas google, rupanya ada entri-entri pasal Nur Syazana ni rupanya.. Bermula dengan Nur Fazura komen di instagram Nur Syazana dan orang mula tahu.. Follower instagram dia terus melonjak macam artis dah.. Dari situ rezeki dia bermula dengan mendapat tawaran jadi duta.. Buka satu dua produk, tetapi tujuh ya.. Semua tu untuk pakaian muslimah dan penjagaan kesihatan.. Tak mustahil lepas ni jadi pelakon pulak ni.. Sekarang ni kan banyak muka baru bertudung jadi pelakon.. 


#Nur Syazana di orang Kelantan rupanya
Read more ...

Thursday, 18 February 2016

Kelambu Nyamuk Moden

Kelambu Nyamuk Moden | Assalamualaikum w.b.t.. Kawasan tempat tinggal Eraz ni, ada ketika tak de nyamuk, semua nyamuk memang lesap hilang.. Tapi masa ketika muncul-munculnya nyamuk-nyamuk tu, memang sakit hati.. Ramai giler dan mangsanya ialah anak-anak.. Kalau nampak ada merah-merah pada kulit anak sebab gigitan nyamuk, memang rasa macam nak marah je.. Padahal dah pasang ubat nyamuk jenis yang elektrik.. Tapi macam dah tak endah nyamuk-nyamuk tu..


So sebab sebabkan anak-anak ni, berbincang dengan wife untuk dapatkan kelambu nyamuk yang moden sekarang ni.. Kenapa moden? Kalau korang masa kecil-kecil dulu guna kelambu, akan tahu macamana jenis kelambu dulu-dulu.. Eraz orang kampung, dan memang masa kecil-kecil dulu tidur dalam kelambu.. Kelambu pula jenis yang kena ikat pada tiang atau mana-mana tempat yang boleh la.. Kena cari 4 penjuru.. Setiap hari kena buat macam tu.. Malam pasang, esok bagi, subuh-subuh dah bangun dan bukak semula untuk simpan.. Dulu pulak, mana jenis tidur dalam bilik.. So memang wajib kena simpan la..

Berbeza dengan zaman sekarang, kelambu nyamuk pun dah moden.. Tak perlum ikat situ sini.. Dah ada jenis yang macam khemah tapi transparent la kan.. Siap boleh bawa ke mana-mana lagi.. Senang.. Ubat pun confirm tak boleh masuk punya.. Tidur malam memang nyeyak la sebab tak fikirkan pasal nyamuk yang nak gigit anak-anak.. Kat mana nak beli? Rasanya secara online pun dah ramai orang jual.. Kalau korang biasa pergi DIY, pun ada sekarang ni.. Banyak size kot.. Kalau belikan size yang sama dengan katil, boleh letak atas katil.. Serius..

Fikir-fikir balik, ianya seolah-olah dah kembali ke zaman dulu.. Tidur pakai kelambu.. Kalau dulu tak de aircond.. Tapi sekarang ada rezeki pakai aircond plus pasang kelambu nyamuk.. Korang rasa? Hehe.. Demi keselamatan anak-anak juga.. Ya la sekarang ni kan banyak penyakit berpunca dari nyamuk.. So better kita cuba elakkan dari berusaha untuk berubat.. Hidup pun tenang..
Read more ...

Isi BORANG KWSP 17A (Khas2016) Sebelum Terlambat

BORANG KWSP 17A (Khas2016) | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti semua dah tahu akan hal berkaitan KWSP yang caruman diturunkan 3 % dari 11 % kepada menjadi 8 % kan.. Dan semua juga sudah tahu akan akan berlaku jika kekalkan 11 % atau kurang ke 8 %.. Eraz pernah buat entri sebelum dengan hanya utarakan pendapat sendiri.. (Rujuk entri INI).. Lepas je pengumuman di buat, terus kami di pejabat ada berbincang sambil berborak dan boleh katakan semua ingin kekal 11%.. Demi masa depan.. Tapi.. Tahukah korang?

Kalau korang ingin kekalkan 11 %, korang kena isi borang dan serahkan kepada majikan? Alhamdulillah pihak HR kami terus bagi email reminder pada semua staf pasal hal ini dan rasanya tarikh tutup pada hujung bulan ini.. Borang apa? BORANG KWSP 17A (Khas2016).. Bagi yang mereka ingin turunkan kadar caruman, tak perlu mengisi borang.. Pihak berkenaan akan terus proses tukar ke 8 % jika tidak menerima borang.. Tapi kalau mahu kekal, silalah isi borang semua terlambat atau mungkin akan menyesal.. Kan..


Pengumuman dari laman web KWSP

Mengekalkan Caruman 11%

Pekerja yang ingin mengekalkan kadar caruman syer pekerja asal perlu melengkapkan dan menandatangani Borang KWSP 17A (Khas2016) dan serahkan kepada majikan masing-masing.

Majikan kemudian perlu mengesahkan bahawa borang tersebut telah diisi dengan baik sebelum mengumpul kesemua borang dan hantar kepada cawangan KWSP terdekat.

Read more ...

Ketam Goreng Kunyit Paling Meletop !

Assalamualaikum w.b.t.. Ketam ni memang salah satu favourite dari kecil lagi.. Tapi tak selalu dapat makan la.. Al-maklum la orang kampung.. Jarang-jarang sekali dapat la kan.. Kalau dulu pandai makan je.. Tunggu Ma Abah belikan.. Tapi sekarang bila dah besar dan kena beli sendiri, baru akan harga macamana dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.. Rasa isi ketam ni pun berbeza.. Bukan disebabkan jenis ketam tetapi kesegaran ketam tu.. Kalau terbeli yang dah lama, tak fresh, rasanye pun tak best dah.. 

Terbaru hari tu, masa on the way balik dari Terengganu, singgah di pasar petang Tok Bali.. Alhamdulillah masa tu banyak ketam fresh.. Sotong pun ada.. Ikan tak payah cakap la.. Udang pun ada.. Tapi udang bukan jenis yang besar sangat.. Biasa-biasa je.. Jadi sempat la rembat sikit sotong dan ketam untuk kami sekeluarga.. Bertiga je pun makan.. Adam Fitri kecil lagi.. Cara masakan ketam? Wife suka gulai.. 'Kow' nya gulai tu memang salah satu tarikan selera.. Tapi kadang-kadang tu teringin nak makan sesimple yang boleh macam zaman kecik-kecik dulu.. 
Simple macamana? Hanya Ketam Goreng Kunyit.. Sediakan kunyit tambah garam.. Gaukan sekali sampai rata.. Lepas tu masukkan ketam yang sudah dicucikan.. Ada orang suka gaulkan macam tu je.. Ada yang juga yang suka bukakkan bahagian atas ketam bagi rasam kunyit dan garam tu masuk terus ke isi.. Lepas gaul, gorengkan terus dalam kuali minyak panas.. Lepas ketam tu masak, hiriskan bawang besar ikut suka korang nak banyak mana.. Keluarkan ketam dari kuali dan gunakan minyak yang sama, gorengkan bawang besar tu pula sampai garing ikut yang korang suka.. Mesti rasa bawang goreng tu akan sama macam ketam.. Marvelous.. Confirm habis..

Ini lah cara masakan orang-orang kampung kot.. Ya la, dulu-dulu mana la ada resipi macam sekarang.. Bahan-bahan pun tak banyak kan.. So goreng simple.. Tetap menyelerakan dan habis punya.. Tapi korang perasan tak, kalau makan ketam, mesti rasa macam nak menggaru sana sini.. Especially bahagian muka.. Dah la kedua-dua tangan guna untuk kopek isi ketam.. Terus susah nak menggaru.. Hehe..
Read more ...

Wednesday, 17 February 2016

Wordless Wednesday #141 | Hargai Mak Ayah

Read more ...

Misteri Kehilangan 4 Remaja 10 Februari Lalu Akhirnya Terjawab

Misteri Kehilangan 4 Remaja 10 Februari Lalu Akhirnya Terjawab | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang sudah baca akan kehilangan empat sekawan pada 10 Februari lalu.. Akhirnya hari ni, melalui blog Siakapkeli.my dan twitter Harian Metro mengesahkan bahawah misteri kehilangan empat orang sekawan yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Terengganu terjawab dengan terjumpanya sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran JEB9978 di dalam sungai berhampiran Felda Tenggaroh pagi tadi..

Misteri Kehilangan 4 Remaja 10 Februari Lalu Akhirnya Terjawab

Mereka yang meninggal dunia adalah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.. Berita ini mesti memberi tamparan yang hebat kepada mangsa.. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan salam takziah kepada semua keluarga mangsa.. Malang itu tidak berbau.. Tetapi sama-sama kita doakan semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi. Insyaallah..
Read more ...

Banana Shot dari Faiz Subri viral !

Assalamualaikum w.b.t.. "Sepakan lencong Faiz jadi tumpuan dunia".. Itu tajuk berita utama hari ni yang buatkan nama Faiz Subri melonjak naik.. Kenapa? Pemain Pulau Pinang itu, telah berjaya menarik tumpuan dunis selepas sepakan percumanya melencong dengan unik dan hebat kot sebelum bola berkenaan masuk ke gawang gol.. Ianya berlaku pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dengan Pahang.. Video yang diupload di Youtube itu menjadi viral sejak semalam..

Banana Shot dari Faiz Subri viral !

Mengikut apa yang Eraz baca, memang sudah banyak laman web yang menulis tentang sepakan 'Banana Shot' Faiz Subri itu.. Ini di antara yang dikongsikan oleh Berita Harian..
Laman web Mirror Online, menggambarkan jaringan Faiz Subri itu sebagai detik menakjubkan dalam sukan bola sepak dan menyatakan jaringan terbabit tidak ubah seperti jaringan yang dilakukan legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.. Malah, laman sesawang itu turut menyatakan sepakan percuma yang lebih dikenali dengan gelaran 'banana shot' itu juga tidak lagi menjadi hak eksklusif Carlos memandangkan ada pemain dari Malaysia yang mampu mencipta jaringan seunik itu..
Laman sesawang, Independent menyifatkan sepakan percuma yang dihasilkan pemain berusia 29 tahun itu layak dicalonkan untuk memenangi Anugerah Puskas iaitu anugerah yang diberikan kepada jaringan gol yang tercantik.. Katanya, gol terbabit mampu menjadi pencabar dalam anugerah Puskas kerana ia bukan sahaja unik sehingga mengelirukan penjaga gol, malah ia turut dilihat 'melanggar' hukum fizik..
VIDEO Banana Shot dari Faiz Subri viral !

Read more ...

Tuesday, 16 February 2016

Bila Gelagat Anak-Anak Dirindui

Assalamualaikum w.b.t.. Bila anak-anak dalam proses membesar, masa ini la banyak gelagat yang kita dapat rasakan macam comel je kalau mereka buat kan.. Ada ketikanya, dah sepatutnya dengan umur setahap itu, dia dah boleh buat itu ini.. Bila tengok perkembangan yang positif, alhamdulillah alangkah syukurnya nikmat yang Allah bagi berbanding dengan rakan-rakan lain yang mendapat sedikit dugaan.. Terbaru Adam Fitri.. Bermula dari kakaknya yang memang suka Didi & Friends, sekarang ni dah berjangkit kepada adiknya, Adam Fitri.. Spontan.. Bila buka je Didi & Friends, automatik duduk diam-diam lepas tu tepuk tepuk tangan dua-dua belah.. Berbunyi pulak tu..


Tak sangka dalam usia dia tu, dah faham itu ini dan bertindakbalas kena pada tempatnya.. Gelagat-gelagat macam ni la kalau terpaksa berpisah dengan anak untuk dua tiga hari, si abah atau ibu akan rindu giler.. Itu memang tak jumpa lama kan.. Tapi kalau ke pejabat untuk office hour selepas hantar ke nursery, pun boleh teringat.. Terus rasa tak sabar nak balik kan.. Walaupun dapat anak lelaki yang membesar dengan sangat aktif, tak duduk diam, tapi penat ke, apa ke, layan la jugak sebab masa dan ketika ini tak akan berulang.. Bila dia dah besar, kita dah tak boleh nak timang dia macam tu.. 

Kakak pula memang kreatif juga,, 'Lego' yang dia ada, macam-macam dah boleh buat.. Sekarang ni asyik buat 'po-po'.. Panggilan untuk pistol / senapang.. Lepas tu nak 'tembak' orang la.. Mewarna? Pun sama.. Tak kisah la walaupun tak cantik.. Tapi yang pasti, minda dia aktif menggunakan pensel warna yang ada.. Kalau sebelum kami belikan buku mewarna, kami la mangsa Zara yang disuruh untuk lukis apa-apa di buku dulu.. Manja? Itu cerita lain.. Hehe..

#Kan best kalau boleh bawa anak-anak isteri bercuti sekarang ni..
Read more ...

De'Xandra Perfume | Harga Mampu Milik Perfume + Free Gift !

De'Xandra Perfume | Harga Dapat Perfume + Free Gift !

Assalamualaikum w.b.t.. Dah pernah try De'Xandra Perfume? Atau yang sedia ada sudah hampir habis? Jangan tunggu habis, nanti tak de perfume pula.. By the way, pihak DeXandra Perfume Original 0179773382 di Facebook dan Instagram zaraadam_online sekarang menawarkan De'Xandra Perfume dengan harga RM 65 sebotol tetapi kalau beli dua botol dan ke atas, harga akan jatuh RM 60 sebotol.. Bayangkan beli dua samada untuk diri sendiri atau kongsi, dah jimat RM 10.. Paling penting, ada FREE GIFT juga nanti.. So tunggu apa lagi, whatsapp 0179773382 sekarang untuk tempahan dan pertanyaan..

Follow Instagram zaraadam_online


De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online
Read more ...

Monday, 15 February 2016

Kenapa Ternganga Sama Semasa Menyuap Anak?

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya perkara ni terjadi kepada kebanyakkan orang lain juga kot.. Kalau Eraz memang betul.. Tambah-tambah kalau menyuap anak sebesar Adam.. Nak bagi sudu masuk dalam mulut anak, dengan kita-kita sekali ternganga mulut seorang nak suap kita.. Hehe.. Itu tindakbalas spontan rasanya.. Feel terlebih orang kata,, Yang pasti, memang rasa happy giler kalau berjaya suapkan anak sehingga licin dalam pinggan dia.. Puas hati rasanya.. Tapi kalau tak habis, frust la sikit.. Risau pun ada kot-kot anak lapar kan..


Lagi satu, pernah nampak ada baby jenis yang menyembur kan air liur atau sekadar angin kan.. Bayangkan ketika duduk suap anak, makanan masuk dalam mulut dan anak tu semburkan keluar then kita ternganga masa tu? Tak ke terus direct masuk dalam mulut kita pulak? Haha.. Wassalam..
Read more ...

Fara Fauzana Berhenti Kerja DJ Hot FM

Fara Fauzana Berhenti Kerja DJ Hot FM | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang dengar radio Hot FM pagi tadi mesti tahu akan berita ini.. Seelan Paul bersama dengan AM Crew pagi tadi telah mengumumkan beberapa pengumuman tentang DJ nya pagi tadi.. Antaranya ialah AG, Ikhwan dan Liza akan bertugas di radio yang lain tetapi masih dibawah bumbung Media Prima bermula Mac 2016.. Manakala Fara Fauzana pula akan berhenti kerja sebagai DJ di Hot FM berkuat kuasa pada masa yang sama.. Tak de angin tak ribut, berhenti.. Alasan tu, tak sure la.. Yang pasti, mesti ramai wartawan akan cari Fafau lepas ni.. Berhenti terus ke? Berhijrah ke radio lain ke? Balik ke Astro ke? Tak tahu.. Hehe.. 

Fara Fauzana Berhenti Kerja DJ Hot FM

Pemegang anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH bermula dari 2007 sehingga sekarang ni mungkin mengejutkan peminatnya.. Berbanding dengan pengacaraan dan radio, pendapat Eraz sendiri, Fafau lebih menonjol dari penyampai radio rasanya.. Kalau tengokkan trek rekod pengacara dua yang terakhir di TV iaitu Anugerah Skrin dan Anugerah Juara Lagu, masih ada kelonggaran di situ.. Tapi sebagai penyampai radio, memang terbaik bermula dari ERA FM sehingga ke HOT FM.. So siapa yang akan gantikan Fara Fauzana & AG di Hot FM AM Krew bersama Fizie? Tak tahu la.. Hehe..

Jemput join SEGMEN | Bloglist ERAZFADLI[DOT]COM.. Win-win Situation..

Read more ...

Senarai Calon ABPBH 29 / 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau pagi tadi Eraz ada buat entri pasal pengenalan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke 29 a.k.a bagi tahun 2015 kan.. [ Rujuk SINI ] So malam ni Eraz nak upload senarai penuh calon awal untuk ABPBH 29 / Tahun 2015 ni.. Biasa la kalau calon awal, kadang-kadang nama yang tak kenal pun ada.. Tambah-tambah untuk calon kategori Artis Baharu Lelaki / Wanita Popular dan Penyampai Radio Popular.. Tapi kalau kategori lain, familiar la semua.. Yang popular ada, suam-suam kuku ada.. Semua ada.. Terbaru ada senarai calon untuk kategori Artis Versatil Popular.. So di buat di ada senarai calon.. Nampak tak?





Nampak macam nama besar tiada macam Shila Amzah.. Mungkin sebab Shila tak de single baru tahun 2015.. Lebih fokus pada kerjaya di China.. Siti Nordiana juga tiada walaupun menang Gegar Vaganza 2015.. Sama macam peserta GV lain.. Faktor? Tiada single barangkali.. Penyampai Radio? Nama besar macam Linda Onn, Halim Othman pun hilang dah.. Lepas Dato' Siti Nurhaliza tak de, mengharapkan Jihan Muse ada sangkut untuk semua kategori atau at least satu memandangkan pencapaian dia pada tahun 2015 yang lepas.. Apa-apa pun, have fun untuk tengok-tengok calon ni.. Wassalam..

Read more ...