Wednesday, 27 January 2016

Sampai Masa Untuk Miliki Rumah Sendiri

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya semasa mula-mula kerja, memang tak pernah letak target bila nak kahwin, bile nak rumah sendiri.. Tapi alhamdulillah, bab kahwin, Allah permudahkan dan berjumpa dengan si jantung hati dan terus berkahwin pada umur 28 tahun.. Setengah orang kata, umur tu dah lewat, setengah orang kata ok ok la bagi lelaki.. Semua tu bergantung pada orang tu la kan.. Lepas kahwin, safe bajet dulu, duduk rumah sewa.. Dalam kepala, tak letak target nk buat rumah sendiri bila.. Tapi bila dah 3 tahun duduk rumah sewa, terfikir juga alangkah ruginya duduk bayar sewa rumah kalau nak compare buat bayar bulanan loan buat rumah.. Betul tak?


Alhamdulillah lepas 4 tahun kahwin, Allah bagi idea dan permudahkan untuk kami mulakan fasa kami untuk mendirikan rumah sendiri.. Allah tunjuk jalan depan mata dan terus semangat tu datang.. Kami terus berjumpa dengan kontraktor yang bertauliah dan berbincang akan harga dan prosedur-prosedur lain.. Sebelum berjumpa dengan kontraktor, kami suami isteri sudah awal-awal buatkan design (pelan lantai) untuk ditunjukkan kepada kontraktor.. Keluasan dalam pelan tu tak pasti lagi.. Lepas ada perbincangan baru decide..

Bila dah jumpa, design kami buat dah ok tapi katanya arkitek dengan ubah sebab nak sesuaikan dengan keluasan tanah dan had maksimum loan yang kami mahupun.. Harap semuanya berjalan lancar.. 

3 comments:

  1. alhamdulillah..dua tahun dah duduk rumah sendiri..tapi lagi best bila dapat dirikan rumah kat tanah sendiri..lagi best tanah kampung...

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan . ika pon tgh cari rumah nak beli .

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... eraz,

    eraz buat rumah atas tanah sendiri... itu lagi terbaik boleh buat ikut keluasan yang kita inginkan.Berbanding beli rumah kat bandar dengan keluasan yang terhad. Ok. Semoga dipermudahkan segala urusan nie k.. Aamiin..

    mselim3

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.