Friday, 8 January 2016

Perlu Ke Fizo Omar Tegur Uzu (Kisah Emas Putih) Kritik Servis FizoMawar Kitchen?


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya ini isu paling hangat hari ini di media sosial sampailah ke mStar Online.. Kisahnya Fizo Omar telah menegur seorang penulis blog iaitu Uzu (Kisah Emas Putih) kerana dikatakan telah memberikan kritikan servis restorannya, FizoMawar Kitchen.. Sedia maklum yang Uzu merupakan blogger dan dia tidak dijemput pun ke FizoMawar Kitchen untuk makan pada masa itu.. Tetapi sebagai pelanggan, dia memilih untuk lunch di situ.. Seterusnya menulis apa yang dia alami di FizoMawar Kitchen kerana ada rasa kesal dengan servis.. Kalau korang baca balik entri Uzu, Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan ni, korang rasa Uzu ada niat jahat ke?

Mana-mana blogger ni menulis apa yang dirasakan perlu dan Eraz kenal Uzu ni.. Dia tahu akan etika-etika seorang blogger.. Tidak ada satu pun ayat yang dikatakan ada niat untuk menjatuhkan perniagaan FizoMawar Kitchen.. Itu hanyalah review biasa dan tak sangka yang entri berkenaan menjadi viral sampailah semalam Uzu menerima panggilan dari seorang wartawan untuk menemubual akan isu ini.. 

Sebagai seorang blogger, setiap apa yang mereka lakukan, ada di'lakar'kan di blog masing-masing.. Kalau di google, banyak mana restoran yang menerima tulisan seperti mana yang ditulis oleh Uzu? Rasanya tak de yang melenting cuma mereka akan hubungi semula penulis dan memberitahu akan membaiki servisnya agar menjadi lebih baik.. Mana ada restoran yang ok 100%.. Mesti punyalah ada yang tak ok.. Kalau yang tidak ok tu dikatakan hanya satu titik hitam, jadi pengusaha restoran perlulah lebih positif menjawab persoalan seperti akan cuba membuang titik hitam itu sepenuhnya!

Melayu jatuhkan melayu? Alahai.. Isu apa ni.. Rasanya ramai yang sudah mengimbas kembali apa yang berlaku pada malam Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Kedua baru ini.. Betul tak? Kalau korang ingat, apa yang berlaku masa tu? Siapa yang menghantar tweet yang agak tidak menyenangkan tu? Ada yang dituju itu melenting? Fikirkan sendiri ya.. Pada Uzu, dont worry.. DOngibab! Kipidap!

#Be Professional, customer is always right.

8 comments:

  1. bila melayu berniaga, tak boleh terima teguran langsung! kebanyakan melayu macam ni lah.

    ReplyDelete
  2. tak bolehlah melatah... itukan teguran atau kritikan membina...untuk memperbaiki lagi segala kekurangan... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. singgah petang ... http://darihatikecilkuu.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. teguran membina tak apa?lesson learnt anyway..

    ReplyDelete
  5. Maybe tercabar reputation die kot . Haha Ala Diva gittew :D . haha

    ReplyDelete
  6. sifat manusia....mugkin ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima...asam garam kehidupan...tak pelah perkara ini boleh juga terjadi kepada kita semua......salam perkenalan dripada keladi..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.