Saturday 23 January 2016

Hal Kerja vs Hal Personal


Assalamualaikum w.b.t.. Bila fikirkan hal kerja dan personal ni, memang boleh buat sakit kepala.. Kenapa? Sebab salah satunya cara seseorang bos itu bekerja.. Kalau sebelum ini selalu juga skip hal personal dan cuba untuk adjust selagi mampu supaya tak clash.. Tapi sampai satu masa, memang dah tak larat dah.. Apa yang mampu? Terpaksalah menyuarakan sesuatu yang terbuku di hati.. Yes, komitmen tu komitmen.. Memang perlu diberikan.. Tapi bila memikirkan ada sesetengah tempat kerja tu sangat fleksibel, tergerak di hati, 'Kenapa aku kena macam ni.." kan.. So sekarang, terpaksa meluahkan apa yang perlu..

Kerja vs Personal.. Kerja, kalau ada masalah kelak, atau kehilangan kerja, insyaallah boleh cari kan.. Samada dapat dapat yang sama taraf atau sebaliknya, itu bergantung kepada rezeki kita.. Janji usaha.. Tapi kalau hal personal.. Kalau hilang hal yang berkaitan itu? Ada gantian ke? Masa untuk anak-anak, isteri, ada gantian ke? Dah la masa bujang dulu, masa untuk ibu bapa atau adik-beradik sudah tidak dapat dikembalikan.. Boleh faham kan.. Biarlah orang atas nak kata apa, kadang-kadang tu kita terpaksa bersuara demi masa depan keluarga..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.