Sunday, 31 January 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 | Masih releven ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dah mula program Maharaja Lawak Mega 2016 rupanya.. Memang dah dengar yang program musim tahun 2016 ni akan bermula tak lama lagi, tapi tanpa sedar, Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Pertama telah pun berlalu.. Kalau dulu memang rekod siap-siap sekarang? Hehe.. Masih releven ke lagi program Maharaja Lawak Mega? Atau ada mana 'tempat' yang perlu di baiki? Korang rasa?


Pertama sekali, peserta.. Rasanya senarai peserta memainkan peranan.. Dengan hilangnya Nabil, Johan, Zizan, arwah Pak Yus, Jihan Muse, Kumpulan Zero, Sepahtu dan nama-nama yang senonim dengan program Maharaja Lawak Mega, rasanya Maharaja Lawak Mega 2016 akan menjadi sedikit suram.. Pengacaranya dah ok.. Dato' AC di antara yang terbaik.. Mungkin senarai peserta tidak membuatkan penonton rasa tertunggu.. Sebab tak tengok Minggu Pertama baru ni, so tak tahu sambutan dari penonton di dewan yang berlangsung..

Dengarnya Ziana Zain, Shaheizey Sam. Najip Ali dan Bunga Citra Lestari telah dipilih menjadi juri.. Tak nak la komen bab juri.. Rasanya perkara biasa dalam pemilihan kerana memerlukan juri dalam pelbagai backgroud.. Ya la, kalau panggil geng sendri, kang bias pulak kan.. Tapi serius,di mana sebabnya Eraz rasa Maharaja Lawak Mega 2016 kali ni sangat hambar pada permulaan walaupun tak tonton?

Saturday, 30 January 2016

Bila Zara Main Sticker

Assalamualaikum w.b.t.. Biasa la kalau budak-budak dalam peringkat tumbesaran.. Mula-mula dulu hanya belikan buku mewarna.. Pensel warna dah berapa kali beli kot.. Ada juga yang orang hadiahkan.. Hilang satu persatu dalam kotak barangan dia.. Kalau kumpulkan balik, insyaallah lengkap warnanya.. Bila dah beberapa kali beli buku mewarna, sampailah satu masa tersilap beli yang ada sticker di tengahnya.. Haa... Mula lah episod baru.. Tapi mewarna tu tetap diteruskan.. Nampak macam Zara happy sangat-sangat bila mewarna.. Fokus je.. Sebab di nursery, pengasuh mereka bagi pensel warna dan kertas mewarna sebagai salah satu aktiviti mereka..


Ok, berbalik bab sticker.. Sebenarnya Eraz sendiri pun tak tahu kenapa tak suruh Zara tampal di buku mewarna.. Yang pasti masa tu di rumah Tok Ma dia.. Mungkin tak bawak buku mewarna kot.. So terpaksa la suruh Zara main tampal di powerbank.. Daripada dia main tampal di dinding or pintu, better la di powerbank papa or mama kan.. Hehe.. Tapi bila melihat anak excited dalam melakukan aktiviti yang dia suka, memang kita sebagai ibubapa sangat happy.. Tumbesaran depan mata dengan positif salah satu perkara yang buat hilang penat dalam hidup dalam sehari-hari yang stress.. Alhamdulillah..

Friday, 29 January 2016

Buat Rekabentuk Pelan Lantai Sendiri ?!

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau semalam Eraz ceritakan pasal Sampai Masa Untuk Miliki Rumah Sendiri, kali pasal pelan lantai.. Jujurnya kami sendiri mulanya blank masa mula-mula decide untuk dirikan rumah dan dapat buat appointment dengan kontraktor.. Tapi fikirkan logik dalam fikiran, kami sediakan juga pelan lantai contoh yang boleh diberikan kepada kontraktor tengok.. Design kami tu boleh dikatakan ok dan diterima oleh mereka tetapi ada la kena ubah sana sini sikit.. Lepas beberapa hari..

Selepas beberapa hari, pihak kontraktor telah menghantar hasil pelan lantai yang telah diubah mengikut kesesuaian keluasan yang sepatutnya.. Ada sedikit perubahan.. Sebagai orang yang nak duduk di situ, mesti la nak kepuasan dan hak kita sebagai pelanggan kan.. So minta bagi masa satu dua hari untuk ubah semula.. Bila lepas office dan anak-anak tidur, mula la suami isteri ni ambil pensel, kertas kosong dan pemadam, lakar ubah mengikut apa yang kami nak.. Alhamdulillah, malam tu juga dapat yang ada dalam fikiran..

Esoknya terus email pada kontraktor.. Email lukisan yang dah cantik buat dengan pembaris semula.. Nak guna Microsoft Visio, malangnya dalam pc ni tak de.. So lakar je la.. Cantik la juga hasilnya dan mereka yang akan bertanggungjawab tu faham.. Lepas email, 2, 3 hari lepas tu, kami dapat yang betul-betul punya.. Alhamdulillah ianya sama dengan apa yang kami nak.. So setakat itu, memang complete siap untuk pelan lantai bakal rumah kami..


Sejak nak buat rumah ni, memang banyak info dan ilmu baru yang kami dapat.. Ya la, semuanya kan belajar melalui pengalaman.. Tali ukur memang siap ada dalam beg kerja.. Malam masa buat pelan lantai tu, memang pergi ukur situ sini untuk kepuasan.. Wife pun membantu sebab kami memang sama-sama memberi idea.. Tidak la kata wife hanya menyerahkan kepada Eraz.. Dan dalam masa yang sama, Eraz juga bertanyakan pendapat ke wife..

Bab-bab deco nanti, memang kami dah ada bayangan.. Apa yang nak diletakkan di living area.. Dining area.. Family area, Kitchen serta washing area.. Tak semua rumah ada washing area.. Tapi kami decide adakan washing area dan stor supaya senang untuk basuh kain, jemur kain dan simpan barang.. Bilik kosong memang ada extra satu, tapi tak nak buat simpan barang kan.. Semoga ianya berjalan lancar..

Next : Pelan 3D

Wednesday, 27 January 2016

Sampai Masa Untuk Miliki Rumah Sendiri

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya semasa mula-mula kerja, memang tak pernah letak target bila nak kahwin, bile nak rumah sendiri.. Tapi alhamdulillah, bab kahwin, Allah permudahkan dan berjumpa dengan si jantung hati dan terus berkahwin pada umur 28 tahun.. Setengah orang kata, umur tu dah lewat, setengah orang kata ok ok la bagi lelaki.. Semua tu bergantung pada orang tu la kan.. Lepas kahwin, safe bajet dulu, duduk rumah sewa.. Dalam kepala, tak letak target nk buat rumah sendiri bila.. Tapi bila dah 3 tahun duduk rumah sewa, terfikir juga alangkah ruginya duduk bayar sewa rumah kalau nak compare buat bayar bulanan loan buat rumah.. Betul tak?


Alhamdulillah lepas 4 tahun kahwin, Allah bagi idea dan permudahkan untuk kami mulakan fasa kami untuk mendirikan rumah sendiri.. Allah tunjuk jalan depan mata dan terus semangat tu datang.. Kami terus berjumpa dengan kontraktor yang bertauliah dan berbincang akan harga dan prosedur-prosedur lain.. Sebelum berjumpa dengan kontraktor, kami suami isteri sudah awal-awal buatkan design (pelan lantai) untuk ditunjukkan kepada kontraktor.. Keluasan dalam pelan tu tak pasti lagi.. Lepas ada perbincangan baru decide..

Bila dah jumpa, design kami buat dah ok tapi katanya arkitek dengan ubah sebab nak sesuaikan dengan keluasan tanah dan had maksimum loan yang kami mahupun.. Harap semuanya berjalan lancar.. 

Tuesday, 26 January 2016

Bintik di Jari Tangan | Berisiko Untuk Berpenyakit ?

Assalamualaikum w.b,t.. Masa duk layan on off layan AJL30 yang tak berapa nak best baru ni, ternampak satu artikel yang kongsi oleh kawan-kawan di Facebook tentang makluman bahaya kepada orang yang tidak menyedari akan apakah-apakah sebenarnya penyebab timbulnya bintik-bintik di jari.. Masa tu share dulu entri berkenaan kerana melalui komen, entri berkenaan tidak dapat dibuka mungkin kerana ramai sangat sedang view kot.. Takpe, parking dulu, baca kemudian... Kenapa? Sebab diri sendiri memang pernah naik bintik-bintik macam tu..


Tapi sehingga ke hari ini, entri berkenaan masih lagi tidak dapat di buka dan paparkan, 'Bandwidth Limit Exceeded - The server is temporarily unable to service your request due to bandwidth limit has been reached for this site. Please try again later'.. Ok, so try google entri-entri berkaitan di internet dah jumpa kebanyakkannya dari indonesia.. Apa yang Eraz faham, bintik-bintik kecil pada jari boleh menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh kita, serta dapat menunjukkan yang tubuh kita ada banyak racun.. Serius??

Selanjutnya memang cari lebih detail lagi la.. Kalau orang yang mendalami ilmu perubatan, mesti tahu akan hal ni.. Siapa ada jumpe entri pasal perkara ni yang boleh kami baca, share di komen bawah.. Thank you..

Monday, 25 January 2016

Apa dah jadi dengan Anugerah Juara Lagu 30 ? #AJL30

Assalamualaikum w.b.t.. Salah satu majlis anugerah yang Eraz nantikan untuk tengok di TV ialah Anugerah Juara Lagu.. Rasanya dari kecil lagi kot tengok AJL ni.. Usia AJL dah 30 tahun.. Eraz sendiri pada Disember lepas dah 32 tahun.. Seolah-olah macam membesar dengan AJL.. Kalau sebelum ini dari awal peserta pertama buat persembahan, dah rasa macam wow.. Tapi apa dah jadi dengan kali ni? Mungkin ada sesuatu yang tak kena ke? Tema? Peserta? Pengacara? Atau AJL tu sendiri? Korang rasa?

Bermula dengan Malam Ini Kita Punya - Bunkface, lepas tu Angin Kencang - Noh Salleh.. Lepas tu muncul Knock Knock - Elizabeth Tan, Bukan Hal Aku - Kaka Azraff & Sleeq, Sampai Mati - Hazama.. Tiba masa Hanya Namamu - Caliph Buskers, Assalamualaikum - Faizal Tahir, Biarkanlah - Drama Band.. Seterusnya Not For Sale - Stacy & Altimet, Mana Mungkin - Black, Potret - Akim  & The Majistret dan akhir sekali Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah..

Satu persatu persembahan yang muncul macam mengecewakan kecuali ada beberepa yang boleh membuatkan mata terpaku pada TV.. Yang lain-lain memang boleh ke sana ke mari, pergi toilet ke, main dengan anak ke, macam-macam la boleh buat.. Rasa macam tak rekod pun tak pe.. Sampai macam tu rasa.. Mana perginya tarikan AJL kali ni? Kan best kalau ada nama besar macam Dato' Siti Nurhaliza ke, Misha Omar ke dan nama-nama best lagi.. Errmmmmm..

Persembahan siapa yang ditunggu? Pada mulanya memang menunggu persembahan Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum.. Kalau di ABPBH kalau tak silap, memang penuh pentas Faizal bawa dalam persembahan pembukaan, tapi untuk AJL30 kali ini, Faizal tumpukan kepada isu kemanusiaan di seluruh dunia.. Satu pengisian yang bagus dan berjaya dihayati..

Not For Sale.. Mula suka lepas lagu ni jadi OST drama Tuan Anas Mikael.. Salah satu yang ditunggu juga sebab nak tengok cara persembahan stacy dengan tarian dia dan memang lagu tu best di telinga.. Tapi tak tahu mana silapnya dan dalam kontek rezeki, Stacy belum masanya menang apa-apa kategori di AJL walaupun setiap tahun berjaya ke final.. Seolah-olah macam penyeri.. Tapi jujurnya lagu Not For Sale memang best walaupun tak menang..


Lagu best lain yang dinanti ialah Potret.. Tak kisah la persembahan Akim & The Majistret macamana, tapi lagu memang best.. Tambah-tambah bila lagu tu jadi lagu OST untuk drama Isteri Luar Biasa.. Dari segi persembahan untuk Vokal Terbaik, nampak Hazama dan Black mencuba.. Tetapi tetap cool dengan persembahan pentas dan vokal yang bersahaja.. Nampaknya kemunculan Dayang sebagai artis senior memang berbaloi.. 

Tahniah ke Akim & The Majistret sebab menjadi juara dengan lagu Potret.. Memang dalam kepala ni, dah agak kalau tak Potret, mesti Assalamualaikum dari Faizal Tahir yang menang.. Assalamualaikum dan dah menang besar di APM baru ni.. Tapi Assalamualaikum selesa di tempat kedua.. Tempat ketiga, siapa-siapa pun boleh duduk.. Tapi rezeki terletak pada lagu Hanya Namamu - Caliph Buskers.. Persembahan Terbaik, dengan undian 50% dari juri awam melalui SMS dan 50% dari dari juri profesional, jatuh pada Akim & The Masjistret..

Persembahan pembukaan dari Dato' Siti Nurhaliza, Yassin dan Dato' Jamal Abdillah memang terbaik.. Tapi ada la kadang-kadang tu terganggu dengan pergerakan bongkah empat segi besar tu.. Lain-lain semua ok untuk persembahan mereka.. Dan paling penting panaja utama mereka, Qu Puteh dan Pamoga.. Kenapa tak banyak sangat keluar?? Tak macam AJL 29 yang lepas.. Mungkinkah disebabkan oleh kontroversi dari JAKIM baru ni?? Errrmmmm.. Kurang meriah pulak rasanya..

Tak tahu kenapa, kalau tengok acara majlis macam ni, mesti akan teringat pada Nabil Ahmad dan Jihan Muse.. Semua gara-gara Gegar Vaganza.. Rasa macam tak best dah semua orang.. Itu sajalah pendapat peribadi tentang AJL30 kali ni.. Wassalam..

Saturday, 23 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Hal Kerja vs Hal Personal


Assalamualaikum w.b.t.. Bila fikirkan hal kerja dan personal ni, memang boleh buat sakit kepala.. Kenapa? Sebab salah satunya cara seseorang bos itu bekerja.. Kalau sebelum ini selalu juga skip hal personal dan cuba untuk adjust selagi mampu supaya tak clash.. Tapi sampai satu masa, memang dah tak larat dah.. Apa yang mampu? Terpaksalah menyuarakan sesuatu yang terbuku di hati.. Yes, komitmen tu komitmen.. Memang perlu diberikan.. Tapi bila memikirkan ada sesetengah tempat kerja tu sangat fleksibel, tergerak di hati, 'Kenapa aku kena macam ni.." kan.. So sekarang, terpaksa meluahkan apa yang perlu..

Kerja vs Personal.. Kerja, kalau ada masalah kelak, atau kehilangan kerja, insyaallah boleh cari kan.. Samada dapat dapat yang sama taraf atau sebaliknya, itu bergantung kepada rezeki kita.. Janji usaha.. Tapi kalau hal personal.. Kalau hilang hal yang berkaitan itu? Ada gantian ke? Masa untuk anak-anak, isteri, ada gantian ke? Dah la masa bujang dulu, masa untuk ibu bapa atau adik-beradik sudah tidak dapat dikembalikan.. Boleh faham kan.. Biarlah orang atas nak kata apa, kadang-kadang tu kita terpaksa bersuara demi masa depan keluarga..

Kobis Pedas | Pemenang Tempat Pertama Juara Parodi

Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan belum lagi melelapkan mata, jadi sempat la tengok program final Juara Parodi malam ni.. Sejujurnya tak pernah boleh faham bagaimana program Juara Parodi ni muncul.. Tapi mungkin bermula dengan satu idea yang kecil, ianya bercambah ke satu program yang besar.. Lagi-lagi dapat menghimpunkan pelawak terkenal bersama penyanyi yang juga terkenal.. Itu mungkin salah satu faktor yang boleh menarik perhatian penonton.. Tapi korang yang membaca ni tengok ke program Juara Parodi ni? Patutkah ada musim kedua? Itu terpulang kepada jawapan masing-masing..

Malam ni sudah peringkat akhir.. Mengikut info yang Eraz google tadi, dari sepuluh kumpulan, ianya dikecilkan kepada tujuh kumpulan setelah bertarung beberapa minggu.. Mereka yang berada di Top 7 dengan markah terkumpul, akan layak ke peringkat Separuh Akhir.. Selepas itu, di peringkat Separuh Akhir pula akan berjuang untuk menempatkan diri ke Top 5 yang mana akan ke final.. Tapi kumpulan yang layak ke final itu ialah Kobis Pedas, Abang Face, Juri, Slumber Blur dan Righthanded.. 


Apa tarikan yang buat Eraz buat entri ini? Katanya ramai yang menjangka Abang Face yang akan menjadi juara.. Tapi akhirnya rezeki itu sebenarnya milik Kobis Pedas.. Selepas diumumkan sebagai juara, sememangnya terserlah di wajah Misha Omar dan Tauke yang terkejut dan dalam masa yang sama, semestinya kejuaraan ini membuatkan mereka lagi merindui arwah Pak Yus.. Walaupun tak pernah tengok persembahan penuh Kobis Pedas, semestinya keputusan juri itu adil dan bab nyanyian, siapa yang tak kenal Misha Omar kan.. Lucu jugak sebenarnya Misha ni.. Kebelakangan ini, banyak betul program yang Misha join.. Seolah-olah comeback.. 

#Rindu juga nak dengar suara Misha Omar dengan lagu seakan-akan Bunga-Bunga Cinta

Wednesday, 20 January 2016

Wordless Wednesday #140 | Seorang Insan Bernama Ayah


Ketahui seorang insan bernama 'Ayah' itu, ingin melihat puterinya memiliki suami yang baik, jaga tanggungjawabnya kepada agama, jika agamanya tidak terjaga, bagaimana dia hendak menjagamu....

Wordless Wednesday Sebelum ini : 


Tuesday, 19 January 2016

Aku Pilih Kamu Episod Akhir

Aku Pilih Kamu Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Rupa-rupanya malam ni sudah episod akhir untuk drama slot Samarinda, Aku Pilih Kamu.. Serius, ini salah satu drama yang Eraz memang tunggu nak tengok sampai habis.. Mungkin happy, mungkin juga sebaliknya.. Episod semalam memaparkan babak-babak yang sedih serta gembira.. Sedihnya bila Dato Mizal meninggal dunia disebabkan kemalangan dan peristiwa itu berlaku selepas Qasha diperangkap oleh Datin Rosnaida. Farouk dan Isabel yang menampakkan Qasha menggoda Farouk sehingga ke bilik tidur..

Aku Pilih Kamu Episod Akhir
    Dayana Roza

Selepas berlaku sedikit kekalutan semasa Qasya bercakap dengan Datin Rosnaida semasa pembacaan wasiat, Qasya telah dihalau oleh Farouk walaupun meminta belas kesian dari suaminya, Rizman dan kakak iparnya, Nadia.. Mereka berdua dalam keadaan serba salah samada percaya atau tidak akan peristiwa sebelum ini.. Akan tetapi rahsia Isabel dan Farouk terbongkar apabila Datin Rosnaida yang sedikit kurang siuman telah memberitahu Nadia bahawa mereka telah memerangkap Qasya dan Nadia telah memberitahu pula kepada Rizman..

Aku Pilih Kamu Episod Akhir
    Hafidz Roshdi - Watak Rizman (Suami Qasha)

Qasya dihalau dan terus drive ke KL pergi ke rumah Tan Sri Zainal dan selepas pada itu, kebenaran bahawa Qasya adalah anak kandung Tan Sri Zainal terbongkar selepas ternampak Qasya bercakap dengan arwah ibunya melalui gambar yang ada didalam bilik.. Scene akhir juga memaparkan bagaimana Nadia tahu yang Qasya merupakan adik kandungnya sangat beremosi.. Apa jadi malam ni? Kena tunggu Aku Pilih Kamu Episod Akhir !

DE'XANDRA PERFUME | DeXandra Couple Set

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ini DeXandra Perfume nak memperkenalkan beberapa Couple Set DeXandra Perfume.. Sebenarnya banyak lagi yang boleh digabungkan tetapi kali ini kami cadangkan untuk 7 wangian popular.. Harganya pun sangat istimewa.. Kalau dapatkan satu, RM 65 sahaja.. Tetapi kalau dapatkan couple set, harganya akan menjadi RM 60.00 sahaja.. Dan kalau tempah sekarang, kami akan belanja postage.. Mana mahu cari tawaran macam ni kan.. Whatsapp atau SMS kami sekarang ni 0179773382!!

Instagram zaraadam_online








De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA
 
Ini diantara senarai De'Xandra Perfume yang boleh dipilih dan dibeli.. Senarai untuk lelaki dan wanita telah diasingkan..



De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Harga : RM 65 (Boleh dirunding jika membeli lebih dari SATU - RM 60)

Follow Instagram zaraadam_online untuk berita promosi semasa : https://www.instagram.com/zaraadam_online/

Monday, 18 January 2016

Putera Valley Resort | Tanah Merah

Putera Valley Resort - Assalamualaikum w.b.t.. Sebagai seorang yang lahir dan membesar di daerah Machang Kelantan, memang selalu lalu kawasan Jalan Kenerak, Highway Machang - Jeli, Tanah Merah ni.. Kami lebih suka panggil kawasan ni, kawasan Tepi Sungai sebab dekat dengan laluan Sungai Kelantan dan laluan utama ke Tanah Merah kalau dari Machang, PAsir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang dan lain-lain daerah la.. Kadang-kadang orang Kota Bharu pun lalu ikut sini selain ikut laluan Pasir Mas.. Kalau musim perayaan, memang tak payah nak cerita la.. Kalau boleh elak, better elak.. Tak mustahil sangkut berjam-jam di situ sahaja.. Hehe..

By the way, memang dah perasan signboard Putera Valley Resort di tepi jalan.. Sebelum kawasan tu membangun lagi.. Tapi tak sure pulak bila Putera Valley Resort ni akan siap kan.. Sekali hari ini adik ipar ada share satu entri ni facebook tunjuk gambar-gambar suasana di Putera Valley Resort.. Menarik.. Jarang-jarang ada di Machang atau Tanah Merah.. Semestinya ramai yang belum pernah sampai ke sana walaupun orang Kelantan.. Dikatakan resort ni complete, selain swimming pool dan tempat mainan kanak-kanak, aktiviti lain macam kayak, flying fox, atv, paintball semua ada.. Nampak luas betul.. 

Berharap lepas ni dapat ke sana dan review mana patut.. Dan boleh la cerita di blog erazfadlidotcom ni kan.. Juga di media sosial.. Insyaallah.. Teringin nak bawak Zara, Adam dan wife serta family lain ke sana.. Tambahan pula dekat dengan kampung walaupun sekarang tinggal di Kota Bharu.. Tunggu reviewnya lepas ke sana..








Kredit Gambar : Cempedak Cheese

Sunday, 17 January 2016

Tazkirah : Suamiku Milik Ibunya

Tazkirah : Suamiku Milik Ibunya

Tazkirah : Suamiku Milik Ibunya

Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati.

Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...
Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya.

Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti.

Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..

Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...

Seorang suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

Assalamualaikum w.b.t.. Perkongsian tazkirah ni Eraz terbaca di Facebook.. Lepas baca-baca, sesuai juga dikongsikan dengan pembaca blog erazfadlidotcom sebab tak semua orang sempat baca di facebook.. Tazkirah : Suamiku Milik Ibunya.. Menarik kan tajuknya.. Bagi yang sudah faham, alhamdulillah, tapi bagi yang sedikit confius, mungkin boleh baca dah hayati.. Love u mom..

Saturday, 16 January 2016

Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Pamoga Qu Puteh The Red Warriors | Assalamualaikum w.b.t.. Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) satu jenama baru dalam bola sepak Malaysia terutama Kelantan sebab dengan kerjasamanya pihak KAFA dengan Pamoga Qu Puteh (Dato' Seri Vida), setiap hari semakin ramai orang yang memperkatakan tentang pasukan bola sepak Kelantan itu dan juga produk Pamoga Qu Puteh itu sendiri.. Memang sangat tabik kepada Dato' Seri Vida sebab ada idea pemasaran yang sangat bagus dan dikongsikan dengan pihak KAFA untuk memastikan pasukan bola sepak Kelantan lebih maju..

Jika sebelum ini Datuk Seri Vida memasuki bidang hiburan dengan memberi tajaan besar kepada program Anugerah Juara Lagu, Gegar Vaganza dan Mentor, kali ini bidang sukan pula.. Kalau dulu dikenali dikalangan orang dan peminat hiburan tapi kali ini semua rakyat malaysia dengan pelbagai umur kerana peminat bola sepak bermula dari budak kecik sampai la dewasa dan juga orang-orang kampung kan.. Dengan tajaan jutaan ringgit tu rasanya sangat berbaloi buat Dato' Seri Vida.. Dalam masa yang sama, Dato' Seri Vida sendiri tidak lupa akan bersedekah kepada yang memerlukan.. Itu mungkin salah satu perkara yang buat rezekinya makin murah..


Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Good Luck Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi

Assalamualaikum w.b.t.. Apa-apa penyakit sekarang ni, tak mengira umur.. Kadang-kadang kita dengar tak logik pun ada.. Tapi apa yang berlaku tu, maksudnya dapat penyakit tertentu di umur yang muda, tidak mustahil.. Mesti ada sebabnya.. Hari ni Eraz terjumpa entri tentang penyakit darah tinggi.. So dalam entri tu ada ceritakan petua bagaimana nak cuba untuk rawat penyakit darah tinggi secara tradisional.. Orang muda sekarang ni pun ramai yang kena darah tinggi.. Dan ada juga berlaku kepada wanita yang lepas bersalin.. Masa mengandung tiada darah tinggi, tapi tidak mustahil, lepas bersalin, dapat darah tinggi..



- Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi -

1. Daun Kucai


Cara-cara untuk merawatnya ialah:-

Ambil seikat atau lebih daun kucai dan tumbuklah sehingga daun tersebut lumat sehingga
mengeluarkan air.Anda dikehendaki minum air tersebut.Sila amalkan setiap hari.
Inshallah penyakit anda akan mulai sembuh.

2. Limau Nipis


Cara-cara untuk merawatnya ialah:-

Ambillah 2 atau 3 biji limau nipis dan potong mengikut alurnya.

Kemudian anda perah pati limau nipis kedalam gelas dan asingkan bijinya.
Campur dengan air suam sedikit dan minum.Kalau boleh buat biar rasa lagi masam.
Lagi masam lagi bagus untuk penyakit ini.Ini kerana, khasiat limau nipis boleh
mencairkan darah.

3. Kelapa muda


Cara-cara untuk merawatnya ialah:-

Ambil air kelapa muda dan minum segelas setiap minggu.Inshallah dapat merawat darah
tinggi.


Friday, 15 January 2016

Filem Cikgu Online | Datuk Seri Vida

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ini ada terbaca yang Datuk Seri Vida akan menerbitkan satu filem kisah benar yang berkisahkan kehidupan dia dari awal hingga ke hari ini.. Ok, lepas baca artikel tu memang rasanya mungkin sesuatu yang bagus la kan.. Mana la tahu dapat memberi inspirasi kepada penonton akan susah payah beliau untuk berjaya hari ini.. Bab bajet, mestinya tidak akan menjadi satu masalah kepada beliau.. Bab mencari pengarah, pelakon dan crew yang terbaik pun semestinya ok.. Korang ada baca siapa pengarah dan pelakon pilihan Datuk Seri Vida sendiri?


Antara pelakon wanita yang akan membawakan watak Datuk Seri Vida sendiri juga menjadi pilihan Datuk Seri Vida sendiri ialah Zahirah Macwilson, Jihan Muse, Anzalna Nasir dan Emma Maembong.. Siapa di antara mereka jadi pilihan? Haha.. Heronya pula di senaraikan ialah Nabil Ahmad, Zul Ariffin, Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad.. Nampak dari senarai, semuanya dah ada nama tersendiri bagi yang senior sudah popular dalam bidang masing-masing.. Dan bagi senarai pelakon baru, pun ada kelebihan masing-masing.. Kalau bab pengarah, pilihan utama Datuk Seri Vida ialah Ghaz Abu Bakar..

Apa-apa pun, belum ada sebarang sidang media lagi tentang bakal filem kisah benar Datuk Seri Vida ni yang kemungkinan besar bertajuk Cikgu Online.. Tentang tajuk ni, tak mustahil akan berubah.. Contoh macam Love, Supermoon.. Semasa pengambaran, di war-war kan tajuk filem tu bertajuk Pengapit.. Tapi masa dilancarkan, ditukarkan ke tajuk Love, Supermoon.. So kita tunggu dan lihat..

DE'XANDRA PERFUME | Kami Belanja Postage Hanya Untuk 3 Hari !

Assalamualaikum w.b.t.. Khas kepada peminat De'Xandra Perfume dan peminat baru juga, khas untuk TIGA HARI SAHAJA ( 15, 16, 17 Januari 2016 ), Zaraadam Online Instashop ingin belanja postage kepada semua pelanggan.. Kalau nak jimat lagi, order lebih dari satu.. Bertambah-tambah lah murah.. Boleh share dengan ahli keluarga atau kawan-kawan sepejabat.. So tunggu apa lagi, boleh whatsapp ke no. 0179773382 sekarang.. Terhad untuk TIGA HARI INI sahaja.. Promosi khas hujung minggu..



De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA
 
Ini diantara senarai De'Xandra Perfume yang boleh dipilih dan dibeli.. Senarai untuk lelaki dan wanita telah diasingkan..



De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Harga : RM 65 (Boleh dirunding jika membeli lebih dari SATU - RM 60)


Follow Instagram zaraadam_online untuk berita promosi semasa : https://www.instagram.com/zaraadam_online/

Monday, 11 January 2016

DE'XANDRA PERFUME | Tahan Lama, Bawa Solat & Murah

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ini Eraz nak memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..


Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA
 
Ini diantara senarai De'Xandra Perfume yang boleh dipilih dan dibeli.. Senarai untuk lelaki dan wanita telah diasingkan..



De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Harga : RM 65 (Boleh dirunding jika membeli lebih dari SATU - RM 60)


Follow Instagram zaraadam_online untuk berita promosi semasa : https://www.instagram.com/zaraadam_online/