Wednesday, 23 December 2015

Perbaharui Lesen Memandu Malaysia di Pejabat Pos

Assalamualaikum w.b.t.. Bila dah tiba tarikh ulang tahun kelahiran, maka tibalah masanya kena perbaharui lesen memandu sebab last renew tahun 2012 yang lepas dan masa tu masih guna yang laminate tu.. Memang biasa gitu.. Sekali renew, 3 tahun tahun terus.. So orang dah lama pakai lesen memandu yang baru di seluruh Malaysia, tapi kita masih guna yang laminate tu.. Haha.. Dalam kepala nak renew di Pejabat Pos ke, perlu ke JPJ.. Kalau pejabat pos, boleh ke Kubang Kerian je tapi kalau ke JPJ, kena ke Panji.. So untuk lebih cepat, pergi pejabat pos je la.


Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin ada yang sudah tahu.. Memang boleh renew lesen memandu di Pejabat Pos sekarang.. Sangat senang dan cepat kalau masa tu tak ramai orang dan staf yang bertugas tu buka 2, 3 kaunter.. Hehe.. Eraz hari tu, kena la menunggu dalam 20 minit juga kot.. Mula-mula satu kaunter je beroperasi.. Tak lama lepas tu, satu kaunter lagi buka.. So laju la sikit.. Orang tak de la ramai sangat.. Bukan musim orang bayar bil atau keluarkan wang ASB kot.. Apa yang korang perlu bawa untuk renew lesen ialah :

1. Kad Pengenalan original
2. Lesen Memandu yang sedia ada
3. Semestinya WANG.. Eraz buat 3 tahun so caj rasanya RM 92.10 rasanya..

Gambar?? Tak perlu sebab staf pejabat pos tu ambil dari kad pengenalan je.. Alhamdulillah, bila dah sampai kaunter, memang tak lama la tunggu.. Sekejap je.. Masa menunggu turn tu yang lama.. Kalau tak nak buat 3 tahun, setahun pun boleh.. Maksimum, 5 tahun kot.. Kan? Alhamdulillah.. Lesen Memandu yang renew sehingga tahun 2018.. Cool!

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.