Tuesday, 1 December 2015

Kisah Ambil Darah

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas set appointment sebelum ini, tibalah tarikh 1 Disember 2015 untuk Eraz ke HUSM untuk ambil darah.. As usual, sebelum ambil darah, kena la puasa dulu kan.. 8 ke 12 jam rasanya.. So semalam memang makan awal-awal bersama wife dan Zara dan ingatnya nak tidur awal.. Tapi terlewat jugak lelapnya.. 

Mula-mula confius jugak, puasa ni hanya untuk makan sahaja ke, atau minum sekali.. Hehe.. Tapi sebab pedih tekak sebab ada batuk sikit-sikit, minum la jugak seteguk air suam semasa nak tidur dan seteguk air selepas bangun dari tidur.. Entah kenapa rasa nak batuk sehari dua ni.. Tapi tak serius sangat la.. Mungkin nak demam kot.. Selalunya itulah tanda-tandanya kan..


Sepatutnya appointment pukul 8.30 am tapi lepas bangun tidur, kami sama-sama siapkan anak-anak untuk ke nursery semua, terlewat jugak la sampai HUSM.. Ada la beberapa perkara berlaku yang membuatkan kami akur tidak dapat keluar pukul 8.30 am.. Lepas keluar hantar anak-anak ke nursery, wife ke office, akhirnya Eraz sampai ke HUSM dalam 9.30 a.m.. Dah la puasa dari semalam ni.. Hehe.. Muka cuak je masa menunggu di panggil.. Haha..

Sekejap je tunggu sebab memang dalam appointment kan.. Masa panggil je, berdebar rasa sebab rasanya last ambil darah banyak ni masa umur 12 tahun kot.. Masa tu nak check kena penyakit apendik.. Masa tu budak tu.. Urat darah pun susah nak jumpa.. So rasa fobia sikit.. Bila masa nurse nak masukkan jarum, terus ambil tangan sapu kat muka.. Fuh! Nurse risau kot-kot pengsan.. Haha.. 

Saje je tu, nak amek mood.. Neves kan.. Padahal sekejap je pun.. Neves je lebih.. Tak sakit pun.. Urat memang senang jumpa sekarang.. Nurse pun cakap sekejap je ni.. Urat pun dan nampak bila ikat kat lengan.. Tak sampai seminit, darah dan cukup untuk kuantiti yang mereka nak.. Haha.. Neves bukan main lagi.. Propa lebih.. Alhamdulillah.. Tapi kena la tunggu resultnya pulak nanti..

Ambil darah ni pun atas saranan wife.. Mungkin dia risau akan keadaan suaminya ni kot.. Kalau dia tak saran dan paksa, memang sampai bila-bila la tak sukarela nak pergi ambil darah ni.. Ambil darah ni untuk dua tiga test untuk perkara-perkara tertentu.. Bila umur dah 30 lebih ni, macam ni la kan.. Penyakit senang nak dapat kalau tak jaga.. Done!

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.