Wednesday, 2 December 2015

Harga Tambang ERL Naik RM 20 Sehala?

Assalamualaikum w.b.t.. Ini lah yang kecohnya semalam.. Bila semua dapat tahu akan harga tambang baharu ERL akan naik dari RM 35 ke RM 55 bermula 01 Januari 2016 ni, memang semua orang bising la.. Eraz sendiri yang berada di Kelantan ni pun rasa macam terkejut.. Apatah lagi orang yang berada di KL dan yang selalu guna perkhidmatan ERL kan.. Eraz selalunya prefer ERL dari teksi kalau dan sampai dari Kota Bharu di KLIA atau KLIA1 untuk ke KL Sentral.. Dari situ baru ambil teksi..

Tapi dengan meningkatnya sebanyak RM 20 sehala, rasanya macam sangat-sangat membebankan pengguna ERL.. Sabarlah wahai kawan-kawan pengguna ERL.. Kalau dah diumumkan macam ni, apa boleh kita buat lagi.. Sangat-sangat kecewa.. Di media sosial semalam, banyak betul andaian apa ayat-ayat yang akan dikeluarkan oleh orang-orang tertentu.. Sekadar membaca.. Nak tergelak pun ada.. Hehe.. Adios Amigos..

2 comments:

  1. Lepas ni semua rakyat Malaysia kena naik motor nak p mana pun..Lagi tahun depan mcm2 lagi yg kerajaan nak naikkan.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.