Thursday, 24 December 2015

Bukan Senang Untuk Tidurkan 2 Anak Serentak


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Eraz buat entri pasal Babysitter ( Cabaran Bila Baby Bad Mood ) kan.. Hari ni saje nak kongsi cerita juga masa menjadi babysitter tanpa wife yang mana betapa susahnya nak cuba tidurkan dua-dua anak secara serentak.. Anak ni ada banyak jenisnya.. Ada yang jenis senang terjaga bila bunyi sesuatu, ada yang jenis, kalau dah tidur, tak de masalah kalau adik buat bising ke apa kan.. Dan ada juga jenis yang susah nak ditidurkan.. Perlukan buai la, dodoi la, macam-macam..

Anak Eraz sendiri, alhamdulillah, Allah bagi kemudahan pada kami, kalau mereka berdua tu nak tidur, tak perlukan buai atau apa.. Kalau dah mengantuk sangat, letak je kat atas tilam, tepuk-tepuk sikit, terus tidur.. Itu kalau masa mereka memang nak tidur atau dah penat main la.. Kalau memang tak nak tidur, memang aktif la kan.. Tapi Allah bagi pada kami, tak de masalah dari segi itu la.. Alhamdulillah.. Malam-malam pun, mereka hanya bangun kalau nak susu.. 

Entrinya hari ini, hanya nak berkongsi betapa happynya kalau masa jadi babysitter sorang-sorang tanpa wife dan berjaya tidurkan kedua-dua anak secara serentak atau seorang demi seorang dan akhirnya dua-dua tidur.. Sebab masa tu la nak buat itu ini kalau penting kan.. Kalau salah seorang jaga, mesti ada sedikit halangan kan.. Betapa puas hatinya kalau berjaya tidurkan kedua-duanya serentak..

Tapi ada ketika, kalau boleh tak nak bagi anak-anak tidur.. Betul tak? Kenapa? Sebab masa itulah rasanya nak main dan luangkan masa dengan anak.. Kadang-kadang waktu malam, masa tu la nak tatap muka anak yang sudah tidur.. Cium anak yang dah tidur.. Sebabnya rasa tak cukup masa main dengan anak.. Tambah-tambah kalau anak tu dah pandai buat sesuatu yang kita rasa happy.. Contohnya suruh cium sikit, dia cium.. Dan lain-lain lah.. Tapi, sebenarnya bukan senang untuk tidurkan 2 anak serentak..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.