Assalamualaikum w.b.t.. Populariti Vape pada rakyat Malaysia memang tinggi.. Eraz sendiri bukan perokok dan apatah lagi gunakan vape.. Bau rokok memang dah familiar la tapi masa first time bau asap vape tu, alahai, ada macam bau chewing gum.. Macam-macam perisa.. Dan satu lagi, asap yang dikeluarkan memang sangat banyak berbanding rokok kan.. Itu masa pertama kali melihat oleh gunakan vape la.. Dan lepas tu.. Di pemerhatian di Kota Bharu ni, bila dah popularnya vape, ada yang berita memulakan perniagaan..
Perniagaan membuka kedai vape yang ada antaranya nampak sangat eksklusif dan cantik giler.. Masa tu memang vape tengah popular.. Dari satu kedai, ke satu kedai nampak dibuka.. Disebabkan popularnya vape masa tu, mereka sanggup menanggung risiko memulakan perniagaan yang rasanya masa tu memang akan mendatangkan untung.. Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang.. Rupan-rupaya hujan di tengah hari..
Bermula dengan meletupnya vape dalam satu penerbangan, maka timbulah isu-isu bahawa tentang vape.. Lepas satu, satu kes vape yang boleh membahayakan pengguna.. Dalam masa yang sama, ada satu-satu negeri mengambil langkah berani dengan mengharamkan penggunaan vape di negerinya.. Dan bermula 2, 3 hari lepas, tibalah untuk rakyat Kelantan yang mana kerajaan Kelantan juga mengharamkan penggunaan dan jualan vape..
Macam Eraz yang tidak merokok dan menggunakan vape ni tak pe la.. Kalau pengguna pun same, mungkin mereka boleh cuba tidak menggunakan vape kan demi keselamatan.. Tapi bagaimana dengan mereka yang baru memulakan perniagaan? Memang kesian.. Dilaporkan semalam, dianggarkan mereka semua akan menanggung kerugian 50 juta.. Fuh.. Apa-apa pun, belum ada rezeki mereka kot.. So lepas ni, kalau nak memulakan satu-satu perniagaan, kena la fikir dan rancang betul-betul.. Elak dari menjual benda-benda yang mungkin akan memudaratkan kesihatan..
Kalau dah berlaku pengisytiharan haram ini, dah tak boleh nak buat apa lagi la..
Pada saya...nak haramkan VAPE..haramkan dulu rokok yg terang2 dah membahayakan..Walaupun ramai yg advance skrg duk buat flavor sndiri smp mgkn ade yg membahayakan jgk.Rasenye dieorg ni HARAMKAN VAPE sebab SALE ROKOK DOWN...huhu
ReplyDelete